Setiap orang mesti pernah merasa masalah sembelit. Sembelit memang menyakitkan. Lebih-lebih lagi jika ia semakin memudaratkan dan menyebabkan buasir. Namun begitu, cara hidup yang sihat dan aktif boleh membantu melegakan sembelit dan mengurangkan sakit akibat sembelit.

Sembelit adalah kejadian buang air besar kurang dari tiga kali seminggu. Setiap orang memiliki pergerakan usus yang berbeda. Beberapa orang mungkin merasakan pergerakan usus setiap hari dan beberapa orang lain mungkin buang air besar setiap dua hari. Terdapat banyak Punca dan Gejala terjadinya sembelit.





Berikut merupakan makanan yang dapat membantu atasi sembelit :


1) Buah-buahan dan Sayuran



Selain dari menjadi salah satu elemen penting dalam piramid makanan, kumpulan makanan ini juga kaya dengan serat larut mahupun serat tidak larut. Serat adalah kunci utama kesihatan sistem pencernaan. Apabila ia memasuki sistem pencernaan, ia akan menyerap cecair dan melembutkan sisa buangan. Ini akan membantu pergerakan sisa di sepanjang usus.
Kandungan serat tinggi di bahagian kulit, stem dan daun buah-buahan atau sayur-sayuran, jadi makan epal bersama kulitnya, jangan dibuang batang brokoli atau kangkung. Kenapa perlu dibuang sedang boleh dimakan?



Disamping itu, sayuran hijau gelap seperti kangkung, brokoli, kailan dan sebagainya kaya dengan kandungan magnesium yang bersifat laksatif. Bukan sekadar tinggi serat tetapi juga tinggi nutrien yang menggalakkan pencernaan efektif.



Sasaran: 25 - 35g serat sehari. Boleh dicapai dengan pengambilan 2 sajian buahan dan 3 sajian sayuran berserta pengambilan bijirin penuh dari kumpulan karbohidrat.





2) Buah prun dan buahan kering lain



Buah prun bertindak sebagai agen laksatif ringan, dengan merangsang otot usus untuk menolak keluar bahan buangan. 5 biji prun membekalkan 3g serat, tetapi kajian menunjukkan keberkesanannya bukan hanya terletak pada serat tetapi juga pada kandungan sorbitol serta komponen lain.
Selain prun, anda mungkin boleh mencuba buah tin, kismis, kurma dan buah-buahan kering lain. 
Sasaran: secawan prun (tambah sesudu perahan jus lemon untuk menambah kesan) atau 4 biji prun sehari.



3) Kopi dan minuman panas lain


Sebahagian individu akan terus 'membuang' setelah menikmati kopi. Antara faktornya ialah minuman panas akan membantu pergerakan usus. Kandungan kafein dalam kopi juga akan merangsang pergerakan dan pengecutan otot usus. Tetapi ia bukanlah penyelesaian jangka masa panjang, kerana pengambilan kafein secara berlebihan akan menyebabkan masalah kesihatan lain pula.
Atau anda mungkin boleh mencuba air panas dibancuh bersama sesudu jus lemon atau limau.



Sasaran: secawan dua kopi atau sekole air panas bersama 2 sudu jus lemon atau limau





4) Air


Serat memerlukan air untuk berfungsi sepenuhnya. Jika tidak meminum air secukupnya, badan akan menyerap balik air dalam bahan buangan, dan seterusnya akan menyebabkan sisa tersebut mengeras. Jika anda jenis susah untuk menelan air kosong, cuba tambah perisa seperti perahan limau, hirisan buah-buahan dan sebagainya. 



Sasaran: minum 8-11 gelas (250ml segelas) atau 2-3 liter sehari.



5) Linseed dan psyllium


Kedua-dua tumbuhan ini mampu melembutkan bahan kumuh. Anda boleh dapati dalam bentuk mentah, terproses atau mungkin sekali bersama dengan bahan lain di pasaran. Boleh cuba campurkan susu panas dengan linseed yang telah dihancurkan, minum sebelum tidur. Atau boleh tambahkan dalam minuman lain, atau yogurt, salad, smoothie, bijirin pagi dan sebagainya. Anda juga boleh cari bijirin yang menjadikan psyllium sebagai bahan utama.



Sasaran : 1-2 sudu teh sehari berserta pengambilan air yang mencukupi.



6) Suplemen


Anda juga boleh mengambil suplemen-suplemen asas bagi atasi masalah sembelit ini. Boleh tengok apa suplemen yang sesuai di sini.




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Kuala Lumpur

Sebelum ini, banyak entri yang Ain selalu share berkenaan dengan kesihatan wanita dan kamak-kanak sahaja. Kebetulan bulan ini Promo bagi Vitamin E Complex, cantik sangat kiranya Ain nak share berkenaan kesihatan lelaki. Ramai yang tidak tahu masalah berkaitan dengan kanser prostat ini. Check it out !

PROSTAT adalah kelenjar seks lelaki. Saiznya adalah sebesar kacang walnut. Ia terletak di bawah pundi-pundi kecil di hadapan rektum. Prostat mengelilingi bahagian atas uretra iaitu saluran yang membawa air kencing dari pundipundi kencing. Untuk membolehkan ia berfungsi, prostat memerlukan hormon lelaki terutamanya testosteron yang dihasilkan oleh testis. Hormon-hormon yang lain pula dihasilkan dalam jumlah yang kecil oleh kelenjar-kelenjar adrenal. Seperti juga organ-organ badan yang lain, prostat terbentuk daripada berbagai-bagai jenis sel. Biasanya sel-sel berpecah untuk menghasilkan sel-sel yang lain apabila diperlukan. Proses ini membantu mengekalkan kesihatan badan.



Antara tanda-tanda awal Kanser Prostat



Kanser prostat di peringkat awal sering kali tidak menunjukkan apa-apa gejala. Apabila tanda-tandanya muncul, ia mungkin melibatkan beberapa masalah berikut:

* Sering membuang air kecil terutamanya pada waktu malam
* Kesukaran sewaktu mula membuang air kecil atau air kencing yang tertahan
* Tidak boleh mengeluarkan air kencing
* Aliran air kencing yang lemah atau tersekat-sekat
* Kesakitan atau kepanasan semasa mengeluarkan air kencing
* Terasa sakit ketika air kencing keluar
* Terdapat darah dalam air kencing atau air mani
* Sering mengalami kesakitan atau ketegangan di bahagian belakang, pinggang, atau paha

Bagaimana cara mengesan kanser prostat:

Kanser prostat dapat dikesan dengan menjalani pemeriksaan prostat melalui rektum dan membuat ujian PSA dalam darah. Sekiranya tahap PSA tinggi, ujian biopsi dilaksanakan olek pakar urologi untuk memastikan kehadiran kanser. Semasa ujian biopsi pakar urologi akan mengambil contoh sel-sel prostat menggunakan jarum melalui rektum setelah diberi ubat kebas. Contoh sel-sel ini akan dikaji oleh ahli patologi, iaitu seorang doktor yang pakar dalan kaji penyakit. Pakar patologi akan mengesahkan sama ada seseorang itu mempunyai kanser atau tidak.


Peranan Vitamin E bagi Mengurangkan Masalah Kanser Prostat

Di Malaysia, kadar kemandulan lelaki telah meningkat daripada 15% kepada 30% dalam tempoh 5 tahun lepas. Vitamin E ini terbukti bermanfaat untuk rawatan kemandulan lelaki dan juga mengurangkan risiko kanser prostat. Selain itu, elemen antioksidan dalam Vitamin E dapat melindungi tubuh daripada penyakit jantung, kanser dan seterusnya menggalak kesihatan lelaki yang lebih optimum.
Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. 



Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik. Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee, pastikan juga anda membeli vitamin selenium supaya vitamin E anda dapat berfungsi dengan lebih baik. 
Sama seperti Vitamin A, kita tidak boleh mengambil Vitamin A berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan toksik kepada badan melainkan kita mengambil vitamin Pro- Vitamin A seperti Beta Carotene yang mana ia hanya akan ditukar kepada vitamin A bila diperlukan saja.

Makanlah vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia 'd' atau 'l'. Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia. Mengapa perlu memilih sumber asli? Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan , ini akan menyebabkan toksik kemudan hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.

Mungkin anda merasakan vitamin E Shaklee mahal berbanding vitamin E di luar sana [ dalam pasaran] tetapi kita perlu tahu nilai yang kita bayar. Vitamin E Shaklee adalah bersumberkan asli dan lengkap dengan selenium.

Kini Vitamin E Shaklee ditambah dengan ekstrak Biji Anggur untuk hasil yang lagi hebat!


Antara Kebaikan Vitamin E yang lain


Untuk bulan Oct ni Vita E 2nd 50 % (Get 2 for 1 Price)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Kuala Lumpur
Tetiba teringat sejarah ketika melahirkan Mika tahun lepas. Semasa melahirkan anak, ibu mesti dinasihatkan agar tidak mengangkat punggung semasa meneran supaya tak bahagian pangkal rahim tu tak terkoyak kan? Tapi, masa meneran mestilah tak ingat apa yang berlaku. Yang kita ingat adalah sakitnya sahaja. Dan paling penting kita nak keluarkan baby je masa tu. Tapi, akibatnya, kemungkinan untuk terkoyak teruk tu kita kenalah tanggung sendiri. Bila terkoyak banyak, banyaklah yang kena jahitnya. Ngeri bila fikir-fikirkan kembali saat kena jahit tu.

Masa Ain bersalin anak sulung, memang la of course kita takde pengalaman kan. Memang lama kat dalam labour room tu nak keluarkan Mika. Nak taknak doktor minta permission Ain  untuk potong sedikit untuk keluarkan Mika. Nak kata sakit tu, memang rasa diri ni dah kebal dengan kesakitan time tu. Hampir sejam masa diambil untuk menjahitnya sahaja.
Luka jahitan lepas bersalin ni kena jaga betul-betul supaya tak bernanah ataupun terkoyak balik. Ye la, luka jahitan tu di bahagian selalu kena air. Lagilah kena jaga elok-elok. Takut nanti lambat sembuh je. Insyallah untuk kali kedua ni jika ada koyakan, Ain akan amalkan langkah mudah ini supaya luka jahitan cepat sembuh. Biasanya, tak sampai seminggu luka dah kering. 

1. Luka Jahitan Mesti Selalu Kering

Ini adalah perkara yang amat susah untuk dilakukan. Seperti yang Ain cakap tadi, bahagian luka ini selalu kena air. Nak buang air mesti akan terkena luka. Nak mandi pun akan terkena luka juga.
Oleh itu, kita kena sentiasa ada kain bersih dalam bilik air supaya kita boleh lapkan bahagian luka setiap kali lepas membuang air ataupun mandi. Ain memang akan letak satu tuala kecil dalam bilik air sebab selalu je terlupa nak bawa masuk toilet.

2. Tukar pad dengan kerap

Pad kita kan sentiasa basah dengan darah, terutamanya masa awal-awal bersalin. Sebab tu la kena tukar selalu. Di samping takut dijangkiti bakteria, pad yang kering akan memudahkan luka untuk sembuh. Ain guna maternity clothpad. Memang best sebab fabrik dari jenis cotton yang memang menyerap. Jadi, takde la basah sangat tempat luka tu.

3. Berhati-hati bila bergerak

Berjaga-jaga terutamanya apabila anda hendak bangun atau duduk di kerusi. Selalu lah turunkan lutut dulu kemudian baru letakkan punggung di kerusi bila nak duduk. Lakukan pergerakan dengan perlahan-lahan. Kalau duduk terlalu lama tu buatkan anda tak selesa, alaskan dengan bantal yang lembut dan selesa.

4. Rendam dengan air garam

Yang nie sakit sikit la. Ain buat pun sekali sekala je. Ain ambil besen yang agak besar, asal boleh masukkan bahagian luka tu. Sambil menyangkung dalam bilik air tu, rendamkan sekali luka tu. Awal-awal rasa la sakit, tapi lama-lama rasa best je. Garam kan antiseptik yang bagus. Cepatlah mati segala bakteria dan ia juga membantu untuk cepat sembuhkan luka jahitan. Alhamdulillah, memang cepat baik.

5. Mengambil Suplemen

Dengan pengambilan banyak Vitamin C dan juga Zinc, boleh membantu penyembuhan luka dengan cepat. Semasa berpantangkan Mika, memang  ambil lebih vitamin C. Zinc Complex memang sangat-sangat membantu. Selain dari luka cepat sembuh dalam masa seminggu, ia juga menguatkan imun sistem baby yang sangat rendah selepas lahir dengan mendapat khasiat Vitamin C melalui susu ibu. Bukan setakat luka cepat sembuh, sembelit pon takde, seram sejuk pon takde. Alhamdulillah

Minum air secukupnya penting kerana selepas 1-3 hari bersalin badan secara semula jadi akan membuang air lebihan yang terkumpul semasa hamil dan ini akan membuatkan badan kekurangan air secara medadak, menyebabkan masalah sembelit dan kekurangan susu badan. Kekurangan air juga menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh dan masalah sembelit pula akan menyebabkan kesakitan ketara pada luka anda.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Kuala Lumpur
Kurap adalah jenis penyakit kulit yang disebabkan oleh cendawan yang boleh menimbulkan rasa  yang sangat gatal sehingga seseorang yang mengalami penyakit ini sering sekali merasa gatal-gatal di beberapa bahagian tubuh seperti badan, tangan, kaki dan terutama pada bahagian peha. Penyakit ini tentu sahaja selain menggangu aktiviti seharian kita kurap juga menggangu penampilan fizikal seperti terjadinya perubahan warna kulit yang memerah serta bertompok yang tidak teratur muncul pada permukaan kulit. Hal inilah yang membuat sebahagian orang merasa malu dan kurang percaya diri terutama ketika kurap menyerang di bahagian kulit terbuka sehingga tidak dapat ditutup walaupun dengan pakaian.

Kurap juga mempunyai sifat berjangkit serta menjalar apabila digaru, yang menjadi ciri khas kurap adalah rasa gatalnya kerana apabila kurap terus digaru maka rasanya akan semakin nikmat akan terasa pada kulit kita, lain halnya dengan kudis yang menimbulkan rasa perit saat digaru. Namun pada saat menggaru inilah kurap menjadi semakin parah bahkan akan menjalar ke bahagian kulit lain. Oleh sebab itu kurap tidak boleh digaru walaupun berasa gatal, akan tetapi rasa gatal yang luar biasa inilah yang membuat sebahagian orang terus menggaru sehingga kurap sukar sekali untuk diubati. Bagi anda yang sudang diserang penyakit kurap dan ingin segera menghilangkannya, sila semak dibawah ini cara mengatasinya.




Tips Cara Menghilangkan Kurap


1. Bawang Putih

Anda mungkin boleh memulaukan bahan semula jadi yang satu ini, namun perlu anda tahu bahawa bawang putih mempunyai kandungan kompaun anti bakteria yang mampu memusnahkan segala macam jenis cendawan pada kulit termasuk kurap, kudis dan panau.

Caranya: Ambilah 1 buah bawang putih kemudian dibelah menjadi dua bahagian lalu gosokan bahagian dalam bawang putih pada kawasan kulit yang terkena kurap. Gosoklah berulang-ulang sampai kulit terasa perih hal ini bertujuan agar cendawan pada kurap mati.

2. Lidah Buaya

Kandungan gel lidah buaya ternyata tidak hanya bagus untuk rambut tetapi juga ampuh mengatasi kurap kerana gel lidah buaya dapat melawan iritai pada kulit akibat ruam.

Caranya: Ambilah 1 batang lidah buaya lalu belah menjadi dua bahagian kemudian sapukan gel lidah buaya pada bahagian kurap dan biarkan hingga kering.

3. Lengkuas

Lengkuas juga bahan semula jadi yang mampu mengatasi pelbagai penyakit kulit terutama kurap kerana kandungan kuersetin, amilum dan flavonoid yang berguna mampu mengatasi cendawan dan bakteria.

Caranya: Ambillah lengkuas kemudian dibelah dua bahagian lalu gosokan pada kurap, untuk mendapatkan hasil yang maksimum taburkan sedikit garam pada lengkuas tadi untuk disapu pada kulit yang diserang kurap.

4. Belerang

Khasiat belerang hampir sama dengan bawang putih dan lengkuas dimana belerang juga mempunyai kandungan anti bakteria dan cendawan sehingga mampu mengatasi kurap.

Caranya: Gunakan belerang cair untuk disapu pada bahagian kulit yang terkena kurap, lalu biarkan sehingga kering kemudian bilas dengan air bersih.


Demikianlah tips cara menghilangkan kurap dengan berkesan, kelima cara diatas merupakan bahan semulajadi yang sudah dipercaya untuk mengatasi pelbagai penyakit kulit. Semoga bermanfaat!



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Kuala Lumpur