Kawan-kawan! Dengan bangganya, saya, HADHATINA a.k.a MOMMY ICHA, presenting …
Lilypie Breastfeeding tickers
Alhamdulillah .. syukur saya masih menyusukan ICHA dengan susu saya sendiri sehingga ke saat ini. Saya bangga kerana kecomelan, kepetahan, kecerdikan, kenakalan dan segala-galanya yang ada pada ICHA 99% adalah hasil usaha saya memberi the ever best food in the world! SUSU IBU!
One year more to go. Minimum.
Saja nak share newsletter yang saya dapat daripada BabyCentre harini. Saya share pasal first steps je k sebab currently saya sedang giat melatih ICHA bertatih. (coz i was quite sedey tak capai target ICHA berjalan 2 months ago)

 

First steps

If your baby isn't walking already, she's likely to take her first independent steps soon. (If she doesn't, don't worry. Some perfectly normal babies are 16 or 17 months old before they start walking.)

You can encourage your baby to walk by standing or kneeling in front of her and holding out your hands. Or hold both her hands and walk her toward you. If she's like most children, your baby will take those early strides with her arms out to the side (for balance) and bent at the elbows, her feet turned outward, and belly out in front while her bottom sticks out behind (for balance).

As always, make sure your baby has a soft, safe environment in which to hone her new skills. Follow standard childproofing guidelines and never leave your baby unattended. Most important, keep the camera ready!


Dimaklumkan bahawa ICHA dah menunjukkan tanda-tanda mahu bertatih. Yelah .. she supposed to walk ealier coz dah laaaaama dah ICHA pandai buat pondok-pondok tu tau! Suddenly, sebab asyik dimanjakan oleh orang2 sekeliling, langsung terbantut progress nya. (bukan saya tau sebab saya sah2 garang).
Actually, ICHA sekarang tengah seronok nak belajar bertatih. Dia suka sangat melutut sambil loncat-loncatkan badan dia. Ala-ala macam suruh kita ambik dia la kan? So, what I did was, hold her hands (bukan her arms), then, ICHA pun akan berdiri dengan menggunakan kekuatan lutut dia. So, bila dah berdiri, kami pun start praktis bertatih. Ber’step-step’ sampai lenguh jugalah tangan saya ni. ICHA sangat lah suka aktiviti ni tau! Untuk bagi ICHA happy, every step ke depan yang ICHA berjaya buat, saya akan jerit “ yeaaa.. good girl!! good girl! satu lagi ICHA ~ one, two, three … “ so, far dah berbelas-belas steps jugalah.
Alhamdulillah. Maybe teknik Sichida Method yang saya sedang gunakan tu berkesan juga, coz salah satu perkara yang cakap kat ICHA “ sayang.. sayang mak kena belajar berjalan tau. kita buat sama-sama tau sayang .. mak tau ICHA sebenarnya boleh jalan, tapi saja taknak susahkan mak kan? saaayang anak mak.”
InshaALLAH. Tak lama lagi berjalan lah anak dara saya tu. Nanti dah berjalan baru boleh belikan kasut okey? Dan, barulah saya yakin nak mengandungkan adik ICHA pula. Jeng! Jeng! Jeng!
Saja nak share, ICHA dah pandai panjat tangga sendiri. Siapa pernah datang rumah saya mesti tahu betapa tinggi dan bahayanya tangga kat rumah saya tu. Haha. Sebagai langkah keselamatan, dah pun selamat abah ICHA pasang pagar (temporary). Ada sape2 nak hadiahkan pagar x sempena birthday ICHA ni? Takmo yang murah, saya nak yang mahal. Ahaks! ( lepuk baru tau! demand! )
So, itulah update terkini ICHA. Lagi 10 hari yea?
2011-03-22 20.44.10
Notes : Kitorang kat Penang ni .. saya teringin nak join SGM esok tapi takde transport + tak tau tempat tu Sad smile



Saya copy daripada document di Kumpulan Ibu Menyusu (KIM) di Facebook. Credit to Noorhasline Bt Mohd Sholeh atas perkongsian ini. 


May 27, 2010 Author: Ummu Ibtisam | Filed under: Extended Breastfeeding

Sumber: Rita Rahayu Omar. Majalah Pa&Ma

Selepas 2 tahun, Azrina berhasrat untuk terus menyusukan si manja (extended breastfeeding). Tekadnya itu, bertambah kukuh apabila yang tersayang tidak mahu bercerai susu. INTAN JASTINA JAMALUDDIN mendapatkan pandangan daripada pakar laktasi, Rita Rahayu Omar berkenaan isu ini.

Umum sedia maklumdengan polisi kebangsaan mengenai penyusuan susu ibu yang menggalakkan semua ibu menyusukan bayi secara eksklusif di 6 bulan pertama dan diteruskan sehingga usianya 2 tahun. Pemberian makanan pelengkap pula hanya boleh dimulakan apabila bayi mencecah enam bulan.

Polisi tersebut merupakan susulan polisi yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Tabung Kanak-kanak United Nations (UNICEF). Namun, kedua-dua badan ini di dalam kenyataan masing-masing menyarankan penyusuan susu ibu diteruskan lebih daripada 2 tahun di samping pemberian makanan pelengkap.

Oleh yang demikian, hasrat untuk meneruskan penyusuan selepas usia 2 tahun sangat digalakkan sehinggalah kata sepakat antara anda dan anak dicapai tentang bila masa paling sesuai untuk menghentikan penyusuan. Faktanya, ramai wanita yang menyusukan anak secara eksklusif menikmati faedah amalan ini sehingga mereka memutuskan untuk meneruskan penyusuan susu ibu lebih lama daripada yang dirancang.

Oleh kerana itulah, penyusuan yang diteruskan sehingga umur 3 atau 4 tahun merupakan perkara normal di kalangan sesetengah masyarakat dunia terutamanya di negara-negara Asia. Lazimnya, kanak-kanak ini akan bercerai susu secara semula jadi tanpa perlu dipaksa. Hakikatnya, amalan extended breastfeeding merupakan fitrah manusia. Paling utama amalan ini sangat baik untuk anda dan anak juga.

Kelebihan: ibu

Jika bercadang mahu mengamalkan extended breastfeeding, ketahuilah banyak manfaat daripada hormon penyusuan yang bakal anda peroleh. Hormon prolaktin dipercayai banyak membantu anda menenangkan perasaan sementara oksitosin merangsang perasaan sayang yang sedia ada. Terbukti, hormon-hormon ini memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan fizikal dan mental anda!

Malah, dengan menyusukan si manja, ia membantu anda memperuntukkan masa yang suntuk itu untuk mengukuhkan lagi jalinan ikatan kasih sayang. Amalan ini turut melambatkan kesuburan anda dengan berterusan menahan ovulasi daripada berlaku. Antara lain, ia memberi perlindungan tambahan terhadap beberapa penyakit atau masalah tertentu seperti:

1. Kanser payu dara (Helewa, Levesque & Prvencher, 2002)
2. Kanser ovari (Schneider AP, NE J Med, 1987)
3. Kanser rahim (Brock KE, Med J Australia, 1989)
4. Endometrium (Petterson B et al, Acta Obstet Gynecol Scand, 1986)
5. Osteoporosis (Blaauw R et al, SAMJ 1994)
6. Mengurangkan insulin bagi yang menghidap diabetes. (Davies HA, British Med J, 1989)

Kelebihan: anak

Extended breastfeeding tidak sekadar memberi zat pemakanan paling optimum dan perlindungan imunologi kepada si manja. Lebih daripada itu, anak yang meneruskan penyusuan memperoleh ketenangan setiap kali sesi menyusu. Disebabkan itu, anda boleh menjadikan penyusuan susu ibu sebagai “ubat penenang” sewaktu dia dirundung sedih atau marah. Ketika dia bertarung melawan penyakit pula, tubuhnya dapat dihidrasi dengan baik menerusi susu ibu itu sendiri.

Sementara itu, mungkin ada yang khuatir anak tidak boleh berdikari jika asyik “berkepit”. Anggaplah penyusuan susu ibu sebagai asas kukuh untuk kasih sayang ibu dan anak sepanjang hayat. Anak yang mendapat cukup kasih sayang dan perhatian akan lebih berkeyakinan. Aspek ini sangat penting dalam usaha membentuk keperibadian yang cemerlang.

Kadangkala dalam kesibukan kerja harian, kita sebagai ibu bapa moden terlalu ghairah untuk memastikan anak cepat berdikari. Hakikatnya, si kecil sentiasa memerlukan perhatian, kasih sayang dan panduan ibu bapa. Bukankah itu tanggungjawab kita sebagai ibu bapa? Malah jelas terbukti melalui pelbagai kajian psikologi yang mendedahkan keperibadian dan perwatakan seseorang dewasa berkait rapat dengan pengalaman zaman kanak-kanak mereka.

Khasiat tetap sama

Bayi hanya memerlukan susu ibu dari hari pertama kelahiran sehingga usianya mencapai 6 bulan. Selepas tempoh itu, kajian menunjukkan terdapat 1 atau 2 komponen di dalam susu ibu tidak mencukupi untuk bayi yang semakin membesar. Perbezaan paling ketara adalah daripada segi komposisi air dan kandungan lemak. Namun, harus diingatkan! walaupun susu ibu kekurangan komponen tersebut, ia tetap jauh lebih baik berbanding susu formula. Dengan itu, susu ibu tetap bersesuaian dengan jumlah kalori yang diperlukan mengikut waktu dan umur bayi pada ketika itu.

Malah, dalam kajian terkini, Fat and Energy Contents of Expressed Human Breast Milk in Prolonged Lactation, PEDIATRICS vol. 116 no. 3 September 2005 menyatakan: Susu ibu yang diperah oleh ibu yang menyusukan bayi lebih daripada 1 tahun menunjukkan peningkatan kandungan lemak dan tenaga berbanding susu ibu yang diperah oleh ibu yang mengamalkan penyusuan eksklusif dalam tempoh yang singkat.

Sementara itu, WHO dan UNICEF menyarankan berikut sebagai pilihan penyusuan untuk bayi:

1. Susu ibu yang diperoleh terus daripada payu dara ibu.
2. Perahan susu ibu daripada ibu kepada bayi.
3. Susu ibu susuan.
4. Pengganti susu ibu yang sesuai.

Lihatlah! Kedua-dua badan ini meletakkan susu ibu sebagai pilihan terbaik bagi penyusuan bayi. Oleh kerana itulah,kandungan nutrisi susu ibu tidak patut dipertikaikan lagi!

Sememangnya akan terdapat sedikit perbezaan dalam komposisi susu ibu jika anda tidak mengamalkan pemakanan yang sihat sekali pun. Namun, secara umumnya kandungan di dalam susu ibu itu masih yang terbaik untuk anak anda. Tiada susu lain yang dapat menandingi kebaikan dan khasiat yang terkandung di dalam susu ibu! Ertinya, kandungan khasiatnya tetap kekal sama walaupun anda menyusu melebihi 2 tahun sekalipun.




InshaALLAH. Selagi mampu, selagi ALLAH mengizinkan, marilah kita sama-sama berkongsi kebaikan penyusuan susu ibu ini bersama-sama.






























Tahukah anda bahawa pengambilan pil perancang (dan sebahagian besar ubat-ubatan) boleh mengganggu penyerapan nutrisi ke dalam tubuh daripada makanan yang anda makan?
Pengambilan pil perancang mengurangkan kadar penyerapan vitamin B6, B12, asid folik, magnesium dan zink oleh tubuh. Tambahan pula, pil-pil perancang kehamilan ini perlu dimakan secara berterusan dalam tempoh tertentu, sudah pastilah gangguan penyerapan nutrisi akan berterusan.
Untuk mengatasi masalah ini, amalkan pengambilan multivitamin sekurang-kurangnya untuk cover kembali nutrisi yang ‘hilang’ dan ‘tak dapat diserap’ oleh tubuh tadi. Amalkan juga pemakanan berkhasiat jika anda mengamalkan sebarang pil perancang/ ubat-ubatan.
Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, dan mengamalkan pengambilan pil perancang kehamilan, penggantian nutrisi-nutrisi ini amat penting sekiranya anda mahukan kesihatan yang optimum dan berpanjangan. Anda boleh mengamalkan pengambilan vitamin2 dalam SET B SHAKLEE yang kami sediakan untuk mengatasi masalah ini.
Kepentingan setiap vitamin dalam SET B:
a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan  minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.
b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.
c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.
d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.
Boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut dan membuat pesanan.

Ramai antara kita yang tahu akan kepentingan mencuci wajah, memakai toner dan pelembab muka demi memastikan kulit wajah sentiasa sihat dan cantik. Tapi, tahukah anda bahawa krim malam untuk wajah juga adalah antara produk wajib dalam regim penjagaan wajah seharian anda?
Secara asasnya, krim malam berfungsi merawat sel-sel kulit wajah ketika ia sedang berehat. Krim malam yang bersesuaian dengan kulit perlu digunakan sekiranya anda mahu kulit wajah anda lebih daripada sekadar sihat dan cantik.
Semakin meningkat usia, kadar kelembapan kulit kian berkurangan, berkadar terus dengan menurunnya keelastikan kulit. Kulit menjadi semakin kering dangaris-garis halus mulai kelihatan. Masalah-masalah lain juga mulai timbul seperti jeragat, pori-pori kian membesar dan sebagainya.
Oleh kerana itu, pelembap yang sesuai perlu sentiasa diamalkan, seawal yang mungkin. Jangan tunggu sehingga pinggir mata dah nampak garis baru nak mula cari krim yang bersesuaian. Pelembap wajah untuk kegunaan siang hari adalah berbeza daripada pelembap wajah yang anda guna sebelum tidur. Ketika siang, perlu ada pelindung UV, pada waktu malam, pelu extra lembapan dan perlu ada fungsi merawat.
Jadikan memakai krim malam sebagai kebiasaan sekiranya anda mahukan kulit wajah yang sihat, cantik dan awet muda!
Juga, jangan lupa amalkan suplemen untuk kulit yang sihat dan cantik dalam diet seharian anda Winking smile
Notes : Boleh test sendiri beza kulit wajah di waktu pagi jika tak pakai krim malam dan jika pakai krim malam. Kulit terasa lebih halus licin, gebu dan anjal apabila memakai krim malam.