Selain daripada mengamalkan set vitamin asas untuk ibu mengandung daripada Shaklee yang terdiri daripada VitaLea, B Complex, Vitamin C, Ostematrix dan Energizing Soy Protein (ESP), terdapat beberapa lagi suplemen atau vitamin lain yang saya amalkan sepanjang tempoh kehamilan. Bukanlah bermakna vitamin-vitamin asas tadi tidak mencukupi, tapi saya memerlukannya demi memastikan tubuh saya lebih imun, cergas dan bertenaga, apatah lagi sebagai seorang Shaklee Wahmie (Work At Home Mom), saya mempunyai komitmen yang banyak 24 jam seminggu.
Set Untuk Ibu Hamil |
Cadangan Vitamin Tambahan (Lain) Untuk Ibu Mengandung
* Perkongsian adalah berdasarkan pengalaman peribadi saya yang mengamalkan vitamin Shaklee semasa hamil
Meal Shakes
Ini pilihan pertama suplemen tambahan buat ibu mengandung yang memang takde keraguan untuk diamalkan. Kenapa saya cakap takde keraguan? Sebab Meal Shakes ni kanak-kanak seawal usia setahun pun dah boleh ambik, no harm, so apatah lagi ibu mengandung.
Saya ambil masa awal-awal mengandung dengan tujuan untuk melengkapi lompong nutrisi dalam badan saya. Buat pengetahuan kalian yang baru pertama kali masuk blog ni, Meal Shakes ni sebenarnya multivitamin juga, tapi dalam bentuk serbuk, berperisa vanilla, kaya serat, kalsium dan protein. Lumrah wanita hamil mengalami alahan semasa trimester pertama kehamilan, susah nak telan vitamin dalam bentuk pil, apatah lagi VitaLea yang besar tu. ESP pun rasa loya-loya je time ni (sayalah). Jadi, sebagai gantian, saya amalkan Meal Shakes campur Performance Drink. Sedap lagi berkhasiat!
NutriFeron
Ramai yang tanya saya, boleh ke ambik Nutriferon semasa hamil? Jawapan saya simple. At your own risk (of course), sebab saya amalkan juga atas risiko yang saya sedia hadapi plus kajian, bacaan dan rajin bertanya pengalaman kawan-kawan lain. Alhamdulillah. Takde masalah.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pengalaman saya sendiri
Pertama kali ambik Nutriferon semasa mengandungkan Bella tahun 2011. Saya nak ke India seminggu masa tu. Yeahh.. travel di tempat orang, cuaca panas, agak kurang bersih (saya ke Golden Triangle) dan of course, trip sendiri bukan pekej, memerlukan daya tahan tubuh yang superduper tinggi. Masa tu baru dalam 4-5 minggu hamil, even doktor pun tak berapa advised pergi. Tapi, alhamdulillah saya dan baby survived dengan jayanya.
Kali kedua pula, masa mengandung yang sekaranglah. Kalini saya buat umrah dua minggu di awal kehamilan juga. Batuk teruk sampai sebulan lebih dah ada kat Malaysia masih batuk teruk. Hidung berdarah lagi. So, memang saya amalkan Nutriferon juga di samping petua-petua tradisional yang diberikan kawan-kawan.
Tips mudah, tak perlu amalkan setiap hari dan setengah sachet dan memadai untuk maintain imuniti badan. Selebihnya, amalkan pengambilan vitamin C Shaklee dan vitamin-vitamin asas ibu hamil yang lain secara konsisten. Juga, minum air masak dengan banyak ya.. ibu mengandung perlu cukup air dalam badan.
Garlic Complex
Dulu saya tak tau pun boleh amalkan pengambilan Garlic Complex ni semasa hamil. Sampailah baru-baru ni dalam bulan Ramadhan saya terkena ulser mulut sampai dua kali, teruk, dan sangat lambat sembuh. Mungkin imun tubuh agak rendah kerana saya gagah berpuasa dalam keadaan sarat hamil, kurang minum air, kurang tidur (semua sebab saya sangat enjoy buat biz hahaha), kurang rehat dsb. Alhamdulillah.. setelah mendapat nasihat dan berbincang dengan rakan-rakan yang sama-sama hamil dan amalkan vitamin Shaklee juga, saya tergerak ambil Garlic Complex ni.
Basically, ia bertindak sebagai antibiotik semulajadi untuk diri saya. Sebagai ibu mengandung, saya ambil setakat sebiji sehari sahaja, dah memadai.
Peppermint Ginger Plus (PGP)
Mengandung kali ini, PGP memang kegemaran saya! Saya ni memang nature badan kuat angin, jadi pengambilan PGP ni memang alhamdulillah sangat membantu. Loya hilang, kembung perut hilang, lenguh-lenguh badan sebab angin hilang.. cukup 2 biji PGP untuk saya. Samada nak larutkan buat ala herbal tea atau telan 2 biji tu. InshaALLAH okey lepas tu.
Bagi mereka yang rajin travel sana-sini, PGP ni sangat disyorkan masuk dalam survival kit kalian!
Zinc Complex
Yang ni saya tak ambik. Cuma saya kongsikan pengalaman kawan-kawan yang ada masalah GDM semasa hamil yang amalkan Zinc Complex. Nasihat saya, dapatkan konsultasi doktor terlebih dahulu sebelum amalkan. Ini kerana fisiologi tubuh setiap individu adalah berbeza, justeru penerimaan tubuh terhadap ubat dan suplemen juga tidak sama, apatah lagi semasa hamil memang banyak yang berbeza.
Bagi mereka yang diabetic (bukan GDM), Zinc Complex memang antara suplemen penting untuk anda kerana ia membantu untuk promote penghasilan insulin dalam badan.
Alfalfa, Vitamin E, Vivix, dan GLA Complex
Sama macam Zinc Complex, perlu dapatkan nasihat doktor dan pakar terlebih dahulu. Mungkin perlu mungkin tidak dan ada option lain untuk selesaikan masalah anda.
Apapun, tips asas saya untuk anda, pengambilan vitamin-vitamin tambahan selain daripada vitamin asas yang saya selalu syorkan ialah, pengambilan lebih selamat bermula trimester kedua kehamilan, ambil dalam dos minimum terlebih dahulu dan bagi yang plan nak ambik atas sebab 'masalah' (GDM, batuk teruk, yeast infection dll), sila consult doktor dan SID kesayangan anda terlebih dahulu.
Nak tau vitamin-vitamin asas untuk ibu mengandung? Jemput view video yang saya buat pada tahun 2011 ni k ;-)
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!
Hadhatina Mkb (ID 846060)
Facebook : Hadhatina Mkb
Fb Page : Diari Vitamin E-Shoppe
No Tel : 019 293 9886
Emel : hadhatina@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!