Cara Semulajadi Untuk Anak Demam Tanpa Ubat

Ibu mana yang tidak risau apabila anak kesayangan kita tidak sihat. Terutamanya ketika dia demam. Memang tidak senang duduk dibuatnya. Saya dan suami akan bawa ke klinik dan setiap kali ke klinik mesti doktor akan bagi ubat demam, antibiotic. Tapi, saya memang tidak galakkan bayi saya minum ubat klinik. Orang cakap bayi umur bawah setahun tidak elok makan ubat klinik ni. Jadi, saya menggunakan kaedah semulajadi untuk menurunkan suhu demamnya.


Nak dijadikan cerita dua tiga hari lepas baby saya (Mika) demam panas. Suhunya mencecah 39.4 darjah celcius. Asyik merengek dari pagi. Semua tak kena. Makan dan minum susu pun dia tak lalu. Saya dan suami bawa dia ke klinik dan doktor beritahu saya paru-paru dia ok. So, saya amat lega sebab dia tiada masalah paru-paru. Doktor bagi ubat, tapi saya memang tidak akan beri Mika makan ubat tu. Tak elok tau !

Apa yang saya lakukan bila Mika demam?

  • Bila dah bawak Mika pergi klinik tu, balik je rumah saya akan sentiasa memantau suhu Mika sentiasa dengan menggunakan termometer digital yang dibeli dari farmasi. 
Termometer yang saya guna untuk Mika

Teknik sponging/Lap
  • Memang setiap kali Mika demam, saya memang suka lapkan seluruh badan dia dengan air asam jawa. Biar keluar haba panas dari dalam badan dia. Tidak lupa juga saya akan jerlum kepala dia dengan air asam jawa.
  • Sekali sekala saya lapkan juga di ketiak, pelipat-pelipat semua dan tak juga dekat di area kemaluan dia tu.

     Pakaian dan suhu persekitaran
  • Saya pakaikan baju nipis, dan still pasangkan kipas untuk dia. Tapi, bila suhu dia dah 38+ tu saya pakaikan pampers je tanpa baju.

     Cara Mandian
  • Mak saya cakap time saya demam kecil-kecil dulu saya tak digalakkan mandi dengan air sejuk, mandi air suam je. Mandi pun biar sekali sehari je.
  • Tapi, fakta yang saya dapat bila anak demam ni seeloknya biar dia mandi dengan air biasa, sama juga dengan air kopi panas, biar kita biarkan dahulu dengan udara lama-lama dia akan sejuk. Sama juga dengan keadaan anak kita ni, bila kita mandi dengan air biasa insyallah suhu badan dia pun akan berkurangan.
  • Bila Mika demam ni, saya akan mandikan dia setiap 1 jam sampai suhu dia kembali normal.

     Teknik Minyak Bawang Putih
  • Minyak bawang putih ni memang saya tidak akan lupa sampai bila-bila. Even time dia demam pun, saya still akan sapukan dekat dada dengan telapak kaki dia.
  • Minyak tu saya buat sendiri tau, ada saya share dalam entri sebelum ini. 


Buat masa sekarang ni, Mika memang tidak digalakkan mengambil ubat atau madu. Memang saya akan buat rawatan cara semulajadi ni. Memang agak meletihkan tapi Alhamdulillah memang cara macam ni amat berkesan dan memang cepat baik demamnya. Semoga entri saya kali ini bermanfaat juga kepada pembaca yang lain :)

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!