11 Cara Menjadi Wanita Yang Ceria dan Positif

  1. Cuba Pumped Up! : Pam tenaga anda. Ramai perempuan diluar sana terlalu mengejar deadline, stay up late menguruskan rumah, ini menyebabkan anda kelihatan penat. Tapi ada langkah mudah untuk dapatkan spark (cetusan) anda semula. Cari, contohnya seperti sentiasa senyum, sentiasa positive atau menonton cerita lawak. 
  2. Lakukan Sesuatu Diluar Jangkauan : Go off the grid . Cuba jauhkan diri anda dari gadget elektronik. Segala gadget mampu merompak hidup anda dari keluarga anda. 
  3. Bersyukur Dengan Kegilaan Itu : Ada yang stress dengan kerja tetapi masih mampu tersenyum. Tahu sebab apa? kerana mereka seorang yang ceria, "gila", dan positive. Dan selalunya, senaraikan perkara yang harus dilakukan dahulu. Supaya anda fokus dan anda akan bersyukur dengan kegilaan kerja yang dihadapi. 
  4. Hidup Di Jalanan : Bukannya anda perlu gelandangan di jalan raya, cuba selalu keluar rumah, keluar berjalan, ambil angin, dan pelbagai lagi. Ada orang, makin lama duduk rumah, rasa makin bengang. Dengan keluar dari rumah anda lebih bertenaga. 
  5. Penuhkan Play List : Muzik boleh merubah mood anda. Percayalah, dengan muzik anda mampu terkinja sana terkinja sini. So, nak lagi bertenaga, pelbagaikan jenis muzik yang anda dengar. Selain lagu-lagu hiburan, anda boleh juga dengarkan lagu ketuhanan yang lebih tenang dan mengasyikkan ;) 
  6. Ikut Kata Pakar Bedah : Tepat apa yang kebanyakan doktor pakar bedah kata. 3 perkara penting dalam hidup: Jaga perut supaya tak lapar, jaga kaki kerana ia yang menggerakkan kemana saja, dan yang ketiga cuba hidup dengan dikelilingi orang yang bertenaga. 
  7. Ikut Cara Hidup Mereka Yang Kelakar : Gelak membuatkan anda bersemangat. Kalau tak percaya, cuba. Tak semua orang boleh gelak, lagi-lagi nak buat orang gelak. 
  8. Buat Apa Yang Anda Suka : Jika anda seorang morning person, lakukan saja. Jangan ikut rakan sebilik yang lain yang bangun jam 12 tengahari. Kalau anda suka makan sambal belacan dengan roti sekalipun, buat saja. Jangan ikutkan kata orang. 
  9. Kadang-kadang Anda Harus Check The Heck Out : Anda yang terlalu sibuk, dengan kerja, apa salahnya create satu aktiviti kegemaran yang lain dari tugasa kerja di pejabat. Contohnya balik rumah, anda boleh berendam di bathtub, ataupun tonton movie kegemaran anda. Tinggalkan kerja di tempat kerja ok. 
  10. Pam Jantung Anda : Biasa mereka yang bersenam setiap hari akan lebih bertenaga. Bila sekali tak bersenam, mereka akan rasa lembik dan lemau. 
  11. Cari apa yang menggembirakan anda : Senaraikan perkara yang simple yang boleh dilakukan dengan mudah. Seperti membaca surat khabar berbanding news di internet, buat kek yang mak pernah ajar dan pelbagai lagi. Perkara simple ini yang akan memberikan anda lebih tenaga. 




Tak susah kan nak jadi wanita yang ceria? Jom amalkan!


-AYU-
Facebook : Stmshdy Mhdmhy
No Tel : 017 880 5272
Emel : ayumohdmohyi@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!