Rahsia Kulit Cantik Berseri dengan Koenzim Q10 daripada Shaklee

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Memiliki kulit yang sihat dan cantik berseri dalam apa jua keadaan sememangnya idaman setiap wanita. Justeru, kaum wanita sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai matlamat ini.

Bersesuaian dengan promosi hebat daripada Shaklee Malaysia pada bulan ini, iaitu produk baru Shaklee CoQHealth Plus yang telah dilancarkan pada bulan Jun yang lepas, sememangnya suplemen ini menjadi jawapan kepada demand ini. CoQHealth Plus yang mengandungi CoQ10, ekstrak teh hijau dan vitamin E ini bukan sahaja mampu memberi efek kulit cantik berseri, malahan ia amat disyorkan untuk meningkatkan tahap kesuburan kaum wanita (dan lelaki!) serta membantu jantung kita berfungsi dengan lebih baik.


Jantung, Kulit dan Keseuburan
Promosi September 2013


Fakta mengenai CoQHealth Plus (website Shaklee Malaysia)


CoQHealth™ Plus mengandungi kesemua proprietari
semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin
E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul
bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi
penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.
CoQ10 telah ditunjukkan dapat:

• Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
• Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap 
   pengoksidaan LDL
• Meningkatkan peredaran darah
• Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di 
   dalam darah

Bagaimana CoQHealth Plus membantu menghasilkan kulit yang cantik berseri?


Asas yang perlu kita faham di sini ialah kehadiran Koenzim Q10 dalam tubuh amat penting. Koenzim Q10 merupakan zat makanan larut lemak (fat soluble) yang hadir semulajadi dan ada dalam setiap sel tubuh kita supaya tubuh kita berfungsi dengan lebih baik. Koenzim Q10 membantu sel-sel tubuh menghasilkan tenaga supaya kesemua organ dalam tubuh dapat berfungsi dengan baik bagi menyokong kehidupan.

Antara aktiviti/peranan Koenzim Q10 ialah dengan membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh.

Peredaran darah yang sempurna inilah yang menjadi antara sebab penting bagaimana Koenzim Q10 yang terkandung di dalam suplemen ini membantu menghasilkan kulit yang cantik, sihat, bersinar dan berseri.  Peredaran darah yang sempurna dan sihat membuatkan fungsi sel menjadi lebih baik, penyerapan zat lebih optimum, apatah lagi apabila anda mengamalkan pengambilan ESP Shaklee yang diyakini terbaik dalam membantu menghasilkan struktur sel-sel tubuh yang sihat dan dibekalkan dengan zat-zat tambahan lain, serta amalan gaya hidup sihat dan penggunaan  set penjagaan wajah yang bersesuaian, inshaALLAH Shaklee membantu anda kelihatan awet muda.

Awet muda dengan CoQHealth Plus
Rahsia kulit cantik dengan CoQHealth Plus Shaklee

Selain daripada itu, fakta yang perlu anda ketahui tentang Koenzim Q10 ialah ianya kaya antioksidan yang mana antioksidan penting dalam melawan radikal bebas yang merosakkan sel-sel dan dna-dna tubuh. Apabila tubuh mempunyai bekalan antioksidan yang cukup, ia membantu mengekalkan bekalan kolagen yang semakin berkurangan atau merosot setara pertambahan usia juga menjadi perlahan (maintaining that elastin dan collagen production in our body).

Nah! Apa lagi yang kaum wanita perlukan daripada suplemen hebat ini. InshaALLAH saya akan kupas tentang fungsi suplemen ini untuk kesuburan kaum wanita pula dalam entry yang lain.

Hanya sebiji sehari :)


Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Hadhatina Mkb
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 846060 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 293 9886
♥ Emel : hadhatina@yoursupermom.net
♥ Laman web: www.diarivitamin.com

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!