Pages

Apr 14, 2012

Kenapa ESP Shaklee Sangat Best?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Alhamdulillah .. dapat juga saya mencuri masa untuk update blog YSM malam ni. Seminggu ni memang exhausted saya.. puncanya, Icha yang selesema dan demam on off sejak malam Ahad yang lepas. So, macam terlebih manja la juga .. ditambah lagi, both IchaBella pakat-pakat taknak tidur siang .. order yang masuk mencurah-curah (alhamdulillah) .. memang menduga IMAN. 

So, malam minggu ni saya share dengan pembaca blog saya mengenai best ever suplemen daripada Shaklee iaitu ESP. Jujur aku dayus .. eh silap! Jujur saya katakan saya sendiri masa first time ambik ESP 2 tahun lepas terus jatuh cinta sebab efek dan sensasi positif yang saya dapat daripada ESP ni. Masa tu, kesan pengambilan ESP yang saya nampak :
  • Susu jadi pekat (time awal-awal tu rajin woo buat stok EBM)
  • Icha menyusu kejap je.. tapi tidur lena
  • Berat badan Icha memang marvellous sampai jadi 'baby michelin'


Tapi, ada juga kesan-kesan yang 'menakutkan' saya contohnya Icha muak memang nampak 'pekat' muaknya .. hehe. Yelah, first time mommy kan? Tapi, dalam 'takut - takut' tu saya buat derk je sebab saya sebelum beli produk Shaklee ni saya dah study habis-habis dan dah baca almost 97% testimonial dan review yang ada kat Internet. Senang kata - 'saya tak mudah panik'

ESP adalah ringkasan kepada Energizing Soy Protein. Nak tahu apa yang BEST, yang PANAS, yang buat saya dan anda memang CONFIRM RISAU KALAU TAK MAKAN ESP .. meh baca points kat bawah ni ya!

credit to Kak Cery dan Beeha

KENAPA ESP NI BEST SANGAT!

  1. Sbb PROTEIN ADALAH MAKANAN TERPENTING UNTUK TUBUH MANUSIA. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel. Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu badan yang lama/tua dengan tisu-tisu yang baru, menggantikan tisu-tisu yang rosak/cedera dengan tisu-tisu yang baru.
  2. APA yg BEST tentang ESP ? Merupakan sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian. Berasakan tumbuh- tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol dan TERBUKTI SECARA KLINIKAL dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, di samping membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormon yang sempurna. ESP juga membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah. Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) dan tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan plg penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.
  3. Kelebihan ESP dalam menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri, membantu hilangkan parut jerawat di muka, memberi tenaga berpanjangan, menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan. ESP juga menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  4. Pengambilan ESP bersama suplemen-suplemen lain amat membantu dalam meng'optimum'kan kadar penyerapan nutrien suplemen-suplemen tersebut ke dalam tubuh kita .. senang kata, kesan pengambilan vitamin/mineral akan lebih efektif bersama pengambilan ESP (reason : baca point nombor satu tu semula)




So, apa kata anda? Paling mudah pun jika anda faham point terakhir tu - protein yang lengkap, yang baik akan membantu membaiki, membina sel-sel tubuh yang sihat dan cantik. Sel-sel yang sihat lebih mudah menyerap vitamin berbanding sel-sel yang kurang sihat. Sebab tu, seeloknya dalam setiap program/ pekej kesihatan yang anda ambil, disarankan mengambil ESP.

Oh ye! Saja nak share gambar ni. TQ to Elle (^____________^)