Pengalaman Bersalin Icha | Bahagian 1

Sabtu, 3 April 2010.



UMRA



Pagi tu, macam biasa saya dan hubby ke UMRA untuk buat checkup (walaupun kali ni without appointment). Pada kawan2 yang mengikuti perkembangan saya dan icha dalam The P H A S E, mesti tahu yang saya supposed buat daily CTG sampai rabu, and kalau Rabu tu still tak deliver, kena induce.



Tapi, saya tak pergi pun sebab pergerakan Icha aktif sehari selepas saya dapat 'show' (bleeding) tu. isk..isk..isk..berani betul kan? By this time also, saya tengah runsing sebab orang2 sekeliling kept asking 'bila nak bersalin?'. Hubby pun sampai tak gi outstation. Ikutkan hubby nak hantar saya balik TI, tapi saya taknak. 



So, masa kat UMRA, still Dr Karamjit yang check saya. Dia tanya samada saya ada sakit2 contraction atau tidak. Saya bagitaulah takde. Saya still aktif2 macam biasa. Kemudian dia check bukaan rahim saya. Nak tahu? Masa tu, memang betul2 2cm dilated dan kepala icha pun dah cantik ada kat situ (dia boleh rasa kan?). Kata dr karamjit, Icha berada postion yang cantik...alamak!



Tapi, yang concern masa tu ialah, placenta icha yang dah matang. Which is, kalau saya tak deliver cepat, takut icha lemas sebab bila placenta dah matang, dia stop functioning. Jadinya, malam tu saya kena admit.



Mengikut kata Dr Karamjit, dia akan 'usik2' icha dan tengok apa jadi. Saya tak tahu medical term untuk 'usik2' tu, but for precise, kena seluk lah ye. Kata my sil, biasanya bila kena 'usik2' macam tu, baby tak suka dan marah, so the mommy akan start contraction.



Contraction? Hihi..saya ni mmg gila2 sikit. dalam hati saya time tu cuma excited nak rasa macam manalah sakit contraction tu. Tapi bohonglah kalau takde rasa nervous kan?



Pesan doktor cuma, 



"Do whatever you want to do. You can go shopping, tengok movie ke.."



Hehehe..berfoya2 buat kali terakhir sebagai single wifey la tuuu..


HUBBY's REACTION



Hurmmm..macam mana reaksi hubby korang bila tahu korang dah nak deliver? Yang saya ingat time tu, saya asyik senyum dan gelak je sebab saya taknak hubby saya susah hati serta fikir bukan2. Saya perlukan restu suami saya untuk mudahkan bersalin malam nanti.



Tapi hubby, muka dia memang.. nak kata monyok pun ye.. cuak pun ye.. letih pun ye... mulut pun tak cotcet2 macam biasa. Kesian pulak saya tengok kekasih saya yang sorang ni. Saya pun pura2 le tanya,



"Abang letih ye?"

"Ha ah" pastu dia senyap sekejap.
"Abang risau isteri abang nak bersalin malam ni.. risaukan anak abang lagi"


Tiba2 hati rasa sayu lak. Bergenang gak sikit airmata tapi saya taknaklah tangkap leleh time tu. Walaupun saya selalu cakap pasal mati la, itu la, ini la kat hubby.. tapi dalam hati saya, selalu berdoa semoga semuanya selamat.. dan saya mahu happykan hubby saya!



"Alaaa.. InshaALLAH semua okey je nanti. Abang janganla risau sangat"



Balik tu, hubby belikan air kelapa (nak cuci baby kalau ikut petua orang tua2), ayam golek dan aiskrim. Tengahari tu pun, best friend hubby - Mambo, sempat lunch dengan kitorang kat rumah.



Ok. Lenguh pula menaip. Nanti saya sambung lagi.


0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!