Pengalaman Bersalin Icha | Bahagian 2

Alhamdulillah.. dah masuk 3 hari saya berpantang sendiri kat rumah saya di Subang. So far, takde masalah since time berpantang kat kampung tempoh hari pun saya banyak uruskan hal saya sendiri, kecuali saya tak memasak masa kat kampung sebab mertua yang sediakan makanan saya. Yang lain2 tu macam mandikan Icha, rebus air mandi, bertungku semua saya buat sendiri aje. Cuma bila diorang semua ada kat rumah barulah saya dapat rest sikit..


Apapun, saya sangat happy sekarang sebab dah dapat balik rumah saya sendiri. Hubby pun banyak membantu walaupun nampak dia agak kekok kadang2 tu. Hubby paling suka time mandikan Icha. Dia tolong tuamkan, sapukan bedak.. hehehe. Malah, dah dua malam ni, hubby yang bangun gantikan diapers Icha yang dah berat.



Alhamdulillah.



Okey, jom kita sambung pengalaman pertama saya bersalin.


CONFINEMENT SET



Saya guna set NR since ramai yang recommend pada saya. Antaranya diorang kata minuman herba dan jamu NR ni bagus untuk sistem pelawasan dan boleh banyakkan susu. Lagipun, time saya dan hubby gi ke Chow Kit survey pun, rata2 peniaga jamu kat situ cakap NR antara yang paling popular.



Set Bersalin NR ni mudah digunakan. Contohnya, pilis yang selalu tepek kat dahi tu diganti dengan Minyak Herbanika. Bedak panas/ param pun takde sebab dah ada minyak tu. So, petang tu lepas Mambo balik, saya ajak hubby keluar shopping jap. saya nak beli:

  1. Barra gel NR - mcm feminine hygene wash lar
  2. Sabun Dhia - nak buat scrub harian, plus saya nak pakai sabun berbau herba
  3. Minyak Berubat Mustajab NR
  4. Pilis
Dalam empat barang tu, cuma yang last je tak dapat. Takpelah, beli kat kampung.

ADMITTED



So, saya skip la cerita2 sampingan lepas tu ok? Malam tu, sempat le saya tidur dalam setengah jam selepas dipaksa oleh hubby. Dia risau saya takde tenaga nak push baby malam tu (kalau bersalin malam tu). Hubby juga pesan supaya minum air glucose (tapi, sampai harini saya lupa nak minum). Malam tu juga, sempatlah saya solat berjemaah Maghrib dan Isyak bersama hubby buat kali terakhir.



Lepas solat, saya ingat nak buat sessi minta maaf dengan hubby, tapi tak sanggup rasanya nak menangis depan hubby sebab saya nampak sangat hubby tengah risau. Tak baik saya tambah kerisauan dia. Saya cuma pegang kata2 hubby yang saya dan baby akan selamat - dia doakan. Itu dah cukup menyatakan restu dan keampunan dia pada saya.



Dalam pukul 10.30 malam, kami bertolak ke UMRA. Lebih kurang 10 minit perjalanan Bersama dengan adik ipar saya, Un. Sampai di sana, lepas register, saya dibawa naik untuk buat CTG. Lepas tu, kami bertiga dihantar ke wad. Ada dua katil dalam tu.



Sekejap2 misi datang buat CTG, check bp dan suhu badan. Time tu, saya masih boleh gelak2 lagi sebab tak sakit tak apa pun lagi. Siap kitorang ambil gambar lagi. 



Dalam pukul 11.20 malam, Dr Karamjit datang. Dia tanya samada saya ada rasa sakit atau tidak. Saya cakaplah tidak. Then, dia kata dia akan 'usik2' baby saya.



Tahu ke macam mana 'usik2' tu? hihihi.. actually saya kena 'seluk' dan saya rasa sedikit sakitlah time tu. Kejap aje pun. Kata Dr Karamjit, saya kena rest dan saya akan start rasa contraction tak lama lagi. Kalau tak start contraction then baru kena induce. Dia akan datang check dalam pukul 4 nanti.



Bukaan rahim saya still 2 cm.


CONTRACTION 1



Ok. Dalam pukul 12.20 am saya dah mula rasa baby Icha aktif semacam. Tak sakit tapi dia gerak lebih kuat daripada sebelum tu. Oh! Anak emak dah mula 'marah' ye kena panggil keluar? 



Masa ni, saya boleh lagi pantau pergerakan/ contraction ni. Mula2 12.20 am, then 1.00 am, then 1.25 am... pastu saya dah mengantuk sangat saya pun tidur. Tapi saya tidur tak lena pun sebab perut saya dah mula tak selesa.



Bersambung.

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!