Salah satu daripada produk Shaklee kegemaran saya sudah semestinya serbuk protein Shaklee yang yang telah menjadi suplemen wajib saya sejak tiga tahun yang lalu. Shaklee ESP (Energizing Soy Protein) ini asalnya saya minum dengan tujuan untuk membanyakkan susu badan, namun hasil eksperimentasi saya mendapati pengambilan Shaklee ESP ini secara teratur juga membantu saya kekal bertenaga sepanjang hari dan memberi kesan kulit yang cantik berseri. Anak-anak saya, Icha dan Bella turut mendapat manfaat hasil daripada pengambilan Shaklee ESP.

Baiklah, sebenarnya banyak lagi manfaat yang saya dan rakan-rakan telah perolehi hasil pengambilan Shaklee ESP ini secara konsisten, alhamdulillah. Jadi, kali ini saya cuma kongsikan dengan anda semua sedikit review peribadi saya tentang Shaklee ESP dalam salah satu siri VLog saya.

Kepada anda yang nak tahu cara bancuhan protein Shaklee ni yang paling asas, memang wajib view video review ni. Jemput view, like, komen dan subscribe ke channel VLog saya ok?







* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060) 
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya



Merindui vitamin C Shaklee 500mg (Sustain Released)? Jangan bimbang, anda boleh menggantikan kerinduan anda terhadap vitamin C Shaklee itu dengan pilihan Chewable Vita-C Plus 100mg. 

Formulasi yang sama seperti vitamin C 500mg, namun ia tidak bersifat pelepasan masa dan setiap tablet bernilai 100mg.

Lebih menarik, Chewable Vita-C Plus 100mg ini juga adalah vitamin yang anak-anak anda pasti sukakannya selain daripada suplemen Meal Shakes! 

Hanya hisap atau kemam sahaja. Rasanya yang masam-masam manis pasti menarik hati.


suplemen vitamin c untuk kanak-kanak yang sihat
Chewable Vita-C Plus 100 mg
Citrus Bioflavonoids Complex vitamin C paling lengkap
Dengan tambahan Citrus Bioflavonoids Complex

Jom ambil tahu apa manfaat Vitamin C ini untuk anda 😍

Chewable Vita-C Plus 100mg semasa mabuk hamil

Pengalaman saya di awal kehamilan, bekalan Chewable Vita-C Plus 100mg ini amat penting dalam membantu menghilangkan rasa mabuk hamil saya. 

Malahan, semasa trip Shaklee ke Langkawi tahun lepas, kami dibekalkan dengan Chewable Vita-C Plus 100mg ini sebagai penghilang mabuk laut.

Suplemen Vitamin C paling lengkap di pasaran

Dengan tambahan Bioflavenoids Complex, Chewable Vita-C Plus 100mg kini mengalami revolusi apabila menjadi suplemen vitamin C paling lengkap di pasaran. 

Ternyata Shaklee sangat mementingkan kualiti.

Perbezaan Chewable Vita-C Plus 100mg Berbanding Vitamin C Lain

  • Bersifat antioksidan
  • Untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi
  • Immune booster
  • Disyorkan bagi mereka yang sukar atau tak suka menelan pil
  • Semulajadi tanpa pewarna, perasa, pemanis dan pengawet tambahan
  • Tablet yang kecil dan mudah larut di dalam mulut
  • 1 biji Chewable Vita-C Plus 100mg bersamaan dengan setengah biji oren
  • Vitamin C terbukti berkesan untuk kecantikan kulit


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 


Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Hadhatina Mkb
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 846060 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 293 9886
♥ Emel : hadhatina@yoursupermom.net
Shaklee menyediakan rangkaian makanan kesihatan untuk semua golongan termasuklah kanak-kanak. Meal Shakes adalah antara suplemen yang disyorkan buat kanak-kanak dengan rasa dan bau vanilla yang enak. Shaklee Meal Shakes yang merupakan pilihan multivitamin enak dalam bentuk serbuk ini turut diperkaya dengan serat (fiber) dan protein, menjadikan Meal Shakes ini lengkap untuk membantu memenuhi lompong nutrisi anak-anak.

Cara bancuh Meal Shakes


Paling ringkas, cuma bancuhkan satu sudu kecil serbuk Meal Shakes dalam secawan air suam dan berikan anak anda minum. Ini adalah tips bancuhan Meal Shakes paling asas buat anak-anak.

Pilihan ibu pula, campurkan Meal Shakes dalam bancuhan ESP. Saya amat menyukainya!

Meal Shakes pilihan ibu-ibu bijak
Shaklee Meal Shakes yang enak


Sekilas fakta Meal Shakes

  • Meal Shakes mengandungi 19 jenis vitamin asas dan mineral 
  • Sarapan berkhasiat dan lazat untuk kanak-kanak yang sedang membesar (dan lebih-lebih lagi on the go) 
  • Hidangan rendah kalori yang ideal bagi golongan dewasa yang nak maintain berat badan - kenyang 
  • Athletes yang perlukan hidangan makanan tambahan ringkas penuh khasiat - so kalau ada kawan2 yang kaki gym boleh suggest ambik ni (atau ESP) 
  • Mudah dibancuh


Testimoni kulit kembali lembap dengan Meal Shakes. 

Credit to kak cery dan iffah ~*

" ... consume "Shaklee Meal Shake"macam yang Iffa berikan pada adik bongsu Iffa, sedap memang sedap, beraroma vanilla. Dalam tak sedar, adik Iffa dah consume canister yang kedua..
"Kak Ipah, ape yang kak Ipah belikan Ijat hari tu? Boleh belikan lagi?"
"Dah habiske?"
"Dah laa"
Terkejut juga Iffa, adik Iffa memang tak pernah missed untuk minum Shaklee Meal Shake ini. Buat pengetahuan semua, kulit adik Iffa ini sangat sensitif. Semasa beliau menuntuk di MRSM Gemencheh, beberapa kali Bonda Iffa perlu mengambil beliau untuk mendapatkan rawatan sakit kulit beliau yang kronik. Kulit muka dan kulit di bahagian kaki seakan tumbuh macam jerawat yang banyak dan bernanah(Resdung Kulit kata doctor)…..Kini, Alhamdulillah kali terakhir Iffa jumpe beliau 2 minggu lepas, kulit muka Aizat bukan sahaja kering tetapi makin licin, kulit kaki pun sama... Suka sangat! Harap Ijat akan teruskan consume Shaklee Meal Shake dan yang terbaru Iffa berikan Ijat Shakee Alfalfa Complex (untuk resdung dan alahannya) dan juga Shaklee Sustained Released Vita-C untuk meningkatkan imuniti Ijat"


Tahukah anda bahawa protein amat penting untuk sel yang sihat dan cantik? Bagi kanak-kanak, Shaklee Meal Shakes dengan perisa vanilla adalah pilihan suplemen protein yang sihat buat mereka.

Fungsi protein yang lain-lain :

  • Protein berfungsi untuk membentuk sel baru bagi menggantikan sel mati atau sel yang telah rosak 
  • Protein digunakan untuk membina tisu penghubung pada ligamen, tendon dan otot 
  • Protein digunakan untuk mensistesiskan antibodi bagi mempertahankan badan daripada penyakit 
  • Protein berfungsi untuk mensintesiskan hormon bagi koordinasi badan 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Hadhatina Mkb
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 846060 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 293 9886
♥ Emel : hadhatina@yoursupermom.net
♥ Laman web: www.diarivitamin.com


Berikut adalah senarai risiko penyakit/masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi yang tidak diberi susu ibu hasil kajian pakar:

1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan.

Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti. Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan sebenarnya!)

Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu ketika bayi menunjukkan skor yang tinggi dalam ujian kepintaran.

Para pengkaji juga mendapati kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka waktu lama menunjukkan skor kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka masa singkat.

2. Diabetes.

Diabetes jenis I (yang diwarisi secara genetik) biasa dikesan di kalangan kanak-kanak . Kajian ke atas kanak-kanak yang tidak diberi susu formula (sekurang-kurangnya sehingga umurnya 1 tahun) mendapati bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk menghidap diabetes.

3. SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).

SIDS ialah situasi kematian mengejut bayi, biasanya ketika tidur. Tidak diketahui penyebab terjadinya kematian begini. Namun begitu kajian menunjukkan bayi yang diberi susu formula lebih tinggi risiko terjadinya SIDS.

4. Masalah pernafasan.

Peningkatan penyakit asma di kalangan kanak-kanak amat ketara pada masa sekarang. Tidak dinafikan faktor persekitaran menyumbang kepada peningkatan tersebut termasuk pendedahan kepada pencemaran udara dan pertambahan bilangan kanak-kanak di nurseri, tadika serta pusat jagaan mendorong pendedahan kepada virus pada usia muda.

Kajian menunjukkan pemberian susu formula kepada bayi meningkatkan risiko kepada asma dan juga masalah pernafasan lain seperti respiratory syncytial virus (RSV). Kanak-kanak ini juga lambat sembuh berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu.

5. Jangkitan telinga.

Jangkitan telinga agak biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Kajian mendapati risiko terjadinya otitis media (jangkitan telinga) lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula.

Jangkitan telinga sangat sakit bagi bayi/kanak-kanak dan boleh menyebabkan komplikasi lain – pengumpulan cecair di dalam telinga dalam jangka masa yang lama akibat jangkitan itu boleh menyebabkan masalah pendengaran dan perkembangan pertuturan pada kanak-kanak tersebut.

6. Kanser.

Kajian mendapati kanak-kanak kecil yang minum susu formula mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser pada usia mudanya.

7. Jangkitan saluran pencernaan.

Tidak dapat dinafikan masalah sistem pencernaan berkait rapat dengan apa yang dimakan. Pemberian susu formula meningkatkan risiko terhadap cirit birit dan lebih buruk lagi mengalami fasa penyembuhan yang perlahan. Ini adalah kerana apabila bayi mengalami cirit birit dan muntah-muntah, doktor selalu menasihatkan supaya mengurangkan pemberian susu formula dan banyakkan minum air (untuk mengelakkan kekontangan).

Kurang menyusu bermakna kurang nutrien diperoleh bayi. Sebaliknya bayi yang minum susu ibu masih boleh terus menyusu. Oleh itu bayi akan mendapat nutrien yang cukup dan juga antibodi yang akan membantunya membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan pada saluran pencernaannya.

Bayi yang minum susu ibu juga jarang-jarang mengalami sembelit sebaliknya bayi yang minum susu formula sering mengalami masalah pembuangan air besar.

8. Keberkesanan vaksin.

Pemberian susu formula mengurangkan keberkesanan pemvaksinan dengan mengurangkan respon bayi terhadap penghasilan antibodi di dalam badan.

Sebaliknya bayi yang minum susu ibu memberi respon yang baik kepada pemvaksinan dan menghasilkan lebih banyak antibodi di dalam badannya.

(Catatan peribadi: pemvaksinan ialah kaedah imunisasi dengan cara menyuntik vaksin ke dalam badan. Suntikan vaksin akan merangsang sel darah putih menghasilkan antibodi untuk melindungi badan daripada jangkitan penyakit.)

9. Perkembangan rahang dan otot muka.

Adakah anda menyedari bahawa teknik hisapan bayi yang minum melalui botol (susu formula) berbeza dengan bayi yang minum susu ibu daripada payudara ibunya? Sesetengah orang mengakui bahawa bayi yang minum susu ibu dapat dikenal melalui pipinya yang cantik membulat!

Perkembangan rahang, otot muka dan pipi ini akan ketara kepentingannya apabila bayi ini membesar menjadi kanak-kanak nanti kerana bayi yang minum susu ibu apabila besar kelak kurang memerlukan rawatan pergigian berbanding kanak-kanak yang minum susu formula.

Penyusuan ibu menjadikan pembentukan rahang dan otot muka terbentuk dengan baik dan seterusnya menghasilkan rahang yang cantik dan gigi yang tersusun rapi.

10. Obesiti

Bayi yang minum susu formula juga terdedah kepada masalah obesiti (kegemukan) pada usia muda (kanak-kanak dan remaja).

Kesimpulan: banyak lagi masalah kesihatan lain yang boleh berlaku apabila bayi tidak diberi susu ibu dan diganti dengan permberian susu formula. Ini termasuk eczema, masalah jantung, alergi, kolik, meningitis dan sebagainya.

[Nota peribadi: Susu ibu diciptakan spesifik untuk tiap-tiap bayi di dunia, mengandungi semua yang terbaik untuknya.]

Sumber: The Ultimate Breastfeeding Book of Answer, by Jack Newman M.D and Teresa Pitman.