Untuk pengetahuan semua, vitamin E adalah vitamin larut lemak yang disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot. Namun, yang menariknya vitamin E ini ialah, 60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin A.





Antara rahsia yang ada dalam Vitamin E adalah :

1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat. Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct.

Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.

3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah saraf belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.

6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan aerola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

credit to anakkuwiraku.com



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060) 
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya


Sumber Ilhamku .. Alya Qatrisya MKB




Maafkan emak sayang .. andai Icha terasa seolah emak mengabaikan Icha. Demi ALLAH, emak berusaha mahu memberikan yang terbaik untuk Icha dan anak-anak emak yang lain. Kalian nyawa emak, sumber ilham emak, kekuatan emak serta syurga emak di dunia dan di akhirat ..

Tadi ada nyamuk gigit dahi si comel saya ni. Cepat-cepat saya ambil Elomet dan sapukan. Kata saya, " Icha, walaupun emak ni garang, tapi emak lah orang paling taknak tengok Icha tersiksa. Alangkan Icha demam sikit emak dah menangis-nangis."

Saya garang. So takde istilah I'm spoiling my kid(s).

Tiada siapa yang tahu mengenai Icha lebih daripada saya. Sangat pelik kalau ada orang boleh claimed Icha pandai menari, menyanyi, bersembang dll sebab 'dia' .. cuma saya dan abah Icha je sebab 100% kehidupan Icha bersama kami berdua, terutama saya.

Note :

Bukan senang nak jadi WAHM. Samada korang boleh bangun awal-awal pagi ataupun tidur lewat macam saya ni ..


Untuk mendapatkan update terkini, jangan lupa join FanPage YSMFC. Bagi membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS 019 293 9886 atau email ke admin@yoursupermom.com.

lots of love,
Mengandungkan anak kedua ni, saya mengamalkan suplemen Shaklee 100%. Yelah .. dah kata 'tokei vitamin Shaklee'. for sure lah saya makan apa yang saya jual kan? :)

Bagi preggies macam saya, suplemen Shaklee yang disyorkan untuk anda ialah
  • Vitalea with Iron Formula
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Ostematrix
  • ESP/ MealShake
  • Omega Guard
So, saya cuma nak share secara ringkas akan kepentingan vitamin B Complex. Vitamin  ni adalah dalam kategori vitamin larut air so memang jarang sangat lah saya missed makan.

Siapa yang perlukan vitamin B Complex (credit)

Semua individu perlukan vitamin B terutama mereka yang :-
  • Terdedah kepada sinaran matahari
  • Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
  • Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
  • Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan.
  • Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
  • Mereka yang nak nampak cantik dan muda
  • Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
  • Wanita yang mengambil pil perancang

Jadi, pastikan tubuh kita cukup bekalan vitamin ini ya? :)

Untuk mendapatkan update terkini, jangan lupa join FanPage YSMFC. Bagi membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS 019 293 9886 atau email ke admin@yoursupermom.com.

lots of love,
Alhamdulillah .. dapat juga saya kesempatan nak update satu entry malam ni. Icha baru aje tidur ni.

Harini hari kedua Icha demam. Nampaknya macam dah okey sebab dia dah kembali menyibuk ke sana ke mari membantu saya. Abahnya as usual la, awal-awal malam lagi dah tertidur sebab keletihan. Nanti esok dia bangun dulu sebelum saya hihihi (oppss! nak kena iron baju hubby la sebab esok ada jamuan raya TMW)

Kisah Icha demam kali ni amat sadis buat saya. Yelah .. at 5 months pregnant, susu badan saya memang sangat berkurang. ESP, Osteo can't help anymore, even breast stimulations every 2 hours (Icha nenen la tuu ..) pun can't help. The pregnancy hormone caused this. It is normal, totally normal. Tapi, bagi seorang ibu yang breastfeeding hardcore macam saya .. hurrmm .. ALLAH aje tahu perasaan saya.

I told my hubby this morning.

" Dulu, masa susu banyak, sayang tak kisah pun Icha demam kita tak bawak gi jumpa doktor. Sebab, saya susukan aje dan ikut petua yang akak2 ni ajar, Icha demam kejap je. Tak panas pun badan dia. Sekarang, susu dah kurang .. terpaksa bagi makan ubat doktor."

" Icha dah kurang dapat antibodi dari mak dia"

Tu je jawab hubby, coz dia memang nampak kesan susu ibu pada Icha. Ye, dulu memang saya taknak pun bawak Icha gi jumpa doktor. I dun want all those drugs and chemicals dibiasakan masuk dalam badan dia. What I did was breastfed her as much as possible, mandikan dengan lebih kerap (air mandi make sure dititiskan dengan Basic H), tuam selalu badan  dan dahi dia .. then, masa lepas umur setahun, saya tambah satu benda lagi, bagi Icha makan Omega Guard. It really works!

Dari lahir sampai sekarang rasanya baru empat kali Icha demam termasuk yang latest ni. Kuat kan? Even bawak jalan2 di India pada suhu 45 darjah celcius pun Icha relax je.

So, sebab susu terbaik Icha dah kurang membantu, apa yang saya buat?
  • Jumpa doktor untuk pastikan keadaan Icha (sebab dia demam secara tiba-tiba, takde punca)
  • Bagi Icha makan ubat yang dipreskripsi doktor masa 2 kali pertama aje. Then, kali ketiga dan seterusnya saya tak follow sangat dosage tu (lagipun bukan antibiotik).
  • Harini Icha makan sebiji Omega Guard 
  • Mandikan Icha 3 kali sehari dengan air suam yang dititis Basic H. Basic H ni untuk pengetahuan korang menyerapa haba 3 kali ganda daripada air biasa.
  • Sembur kepala dan dahi Icha dengan semburan larutan Basic H.
  • Sapu seluruh tubuh Icha dengan Multipurpose Herbal Blend Cream.
  • Sapu minyak Yuyi di perut, tapak kaki dan belakang badan Icha.
  • Breastfeed Icha as usual dengan tujuan untuk tenangkan jiwa dia. Yup! At this stage, 'ngempeng' is very crucial sebab 'ngempeng' adalah perbuatan yang lebih kepada emotional bonding between kita dan anak kita. They'll feel very relax and this really helps them to heal faster.
  • Masa dia tidur tu, saya usap ubun-ubun Icha sambil doakan Icha segera sembuh dan ucapkan kata-kata semangat, " Icha budak kuat kan? Anak mak kuat dan bijak, Icha akan lekas baik. Icha takkan demam lama2". Sape yang tahu pasal sub-conscious mind faham kot teknik ni.

Tu je. Alhamdulillah .. nampak Icha kebah harini (hari kedua). Thanks to ubat doktor untuk hari pertama Icha demam (^_^)

So, mana-mana yang korang rasa nak try tips saya tu, silakan. Dengan rasa rendah diri dan berbesar hati saya tumpang gembira andai berkesan pada anak-anak korang. :)

Untuk mendapatkan update terkini, jangan lupa join FanPage YSMFC. Bagi membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS 019 293 9886 atau email ke admin@yoursupermom.com.

lots of love,