Tahukah anda yang Alfalfa juga sesuai untuk kaum lelaki? In fact, Alfalfa ni sebenarnya sesuai untuk semua golongan, kecuali bagi penghidap SLE (LUPUS) kerana ia activate sel SLE dalam badan mereka. Tapi, mungkin sebab saya dok cerita yang Alfalfa ni ialah milk booster saya, maka ramai terlupa ia adalah untuk overall body health.



19 Manfaat Sebenar Alfalfa

  1. Milk booster
  2. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
  3. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  4. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  5. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
  6. Memberi kelegaan semasa haid.
  7. Merawat arthitis
  8. Bagus untuk elergi dan ekzema
  9. Merawat asma
  10. Mencuci usus bagi membuang toksik
  11. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang
  12. Meneutralkan asid dalam badan
  13. Merawat masalah keputihan pada wanita
  14. Membesar dan menegangkan payudara
  15. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
  16. Memulihkan urat selepas bersalin
  17. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  18. Meningkatkan stamina seorang suami
  19. Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!)
  20. Dan banyak lagi untuk disenaraikan
Ada 13 manfaat Alfalfa yang tersenarai adalah untuk kaum lelaki. Maksimum makan Alfalfa ni 10 biji sehari. Tapi, untuk permulaan, test 2-4 biji sehari dulu dan tingkatkan dos sikit demi sikit. Semakin banyak Alfalfa dimakan, semakin banyak kena minum air. If takut nak telan, bancuh macam teh panas je pun sedap. Yang penting, anda mendapat manfaat daripada Bapa Segala Tumbuhan ini.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060) 
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
Bismillahirrahmanirrahim.

Dah lama rasanya saya tak update perkembangan dan aktiviti terkini saya bersama buah hati pengarang jantung saya yang paling comel kat dunia ~ ICHA! Nak kata sibuk denganbiz tak juga, saya memang banyak tumpukan perhatian kepada ICHA aje lately. Itu lebih utama.


muka sebelum dan selepas dapat enen-enen

Tinggal 21 hari genap setahun usia puteri sulung saya ni. Ya ALLAH .. nak dekat setahun dah jadi emak? Bestnya! ICHA pun dah pandai macam-macam dan berlagak macam budak besar aje sekarang ni.

Soalan wajib - ICHA dah boleh berjalan ke? Haha. Tak tercapai hasrat saya mahu ICHA berjalan di usia 10 bulan. She is totally not into it ~ nak kata kaki lembik, memang memanjat ke sana ke mari je kejenya. Kalau saya 'paksa' dia bertatih menangis pulak. Tapi 2, 3 hari ni saya perasan apabila saya acah-acah ICHA suruh bertatih (time dia tengah sibuk memanjat tu), dia pun acah-acah saya nak lepaskan kerusi, meja, palang tangga etc .. tapi lepas tu dia duduk dan gelakkan saya. Budak cerdik!

Sangat demand - if saya tak bagi apa dia nak, dia akan menjerit dengan sekuat hati sampai satu TAMAN MUTIARA SUBANG NI DENGAR! Siap dengan airmata lagi. Drama sungguh! If saya dukung tapi beri juga apa yang dia nak, ICHA akan melentik-lentikkan badannya sambil kaki menendang-nendang saya, kepala menyondol-nyondol saya. Aduhh.. anak emak ni :)

Pandai senyum dan ketawa secara real dan berpura-pura - kadangkala macam kartun pun ada saya tengok. Icha dok kecik-kecikkan mata dia yang bulat besar tu, then kenyutkan hidung comel (macam mak ngah linda punya kenyut masa kecik-kecik), dan mempamerkan gigi rabbit kesayangan emak tu. SO CUTE!

Suka tolong emak. Alhamdulillah .. memang rajin. Sejuk perut saya mengandung dan melahirkan ICHA. Bila saya lipat kain, ICHA tolong buka balik. Bila saya susun fail kat almari, ICHA tolong keluarkan. Bila saya susun buku, magz dan segala macam docs, ICHA tolong ' betulkan' susunan tu.

Di mana ada emak, di situ ada ICHA. Mula-mula rimas juga sampai ke bilik air pun nak ikut, tapi bukankah itu satu pengalaman manis sebagai seorang emak? Nanti dah besar adalah bahan saya nak kutuk ICHA. Kekeke!

Pandai menulis @ melukis. Kalau siapa geng dengan saya kat Fb, saya pernah upload satu pic ICHA pegang pen dengan begitu stylo. Mommy Lyna pun ada upload satu. Saya tak pernah ajar, tapi saya tahu ICHA is a very good observer. Latest, saya belikan magnetic board yang boleh erase semula tulisan atas tu. Saya perhatikan ICHA memang suka menconteng kat situ. Entah apa dilukisnya, mulut siap bercerita lak tu masa menconteng tu. Haha! Sebijik perangai saya dan Linda masa kecik-kecik ;)

Suka berebut mouse dengan saya. Latest, hubby belikan Samsung GT as my becoming birthday present. Mula-mula memang ingat nak beli iPhone, tapi setelah membuat kajiselidik, kami decided beli SGT. Kira win-win situation sebab SGT ni functions dan physical dia in between iPhone dan iPad. So, sekarang ICHA dan saya dah ada handphone baru.

Clever girl. Walaupun ICHA rebut handphone (now android) daripada saya, tapi bila ada bunyi sms/ email/ call masuk, ICHA stop main dan serahkan gadget tu pada saya, sambil pandang muka saya as if dia berkata " It's for you mom. Please answer it." ;)

Bertuahnya saya sebagai pengguna internet terpantas di Malaysia, yakni UNIFI VIP20, saya boleh download macam-macam di internet dengan gumbira. So, untuk project 'sekolah' ICHA, saya dah ada full collection of Baby Einstein set, YBCR set dan a few lagi, complete dengan flash cards, activity books etc. Bukan download youtube, tapi torrent.

So, siang hari saya spend masa untuk ajar ICHA membaca. We have fun together. Mula-mula ICHA suka sleepy tau layan videos tu semua, tapi lepas saya stop dalam2 hari gitu dan sambung semula, ICHA nampaknya lebih bersemangat daripada saya! Go girl! Paling kelakar, ICHA dah ready nak gelak masa word tu yang keluar (dia kan keluar perkataan baru gambar ).  Macam tipu je ICHA ni. Hehe.

Lunch kami berdua, bubur nasi variety. Tak pun, saya bakar roti. Mine sapu jem, hers rendam dalam EBM.

Sangat suka berkawan dan tak takut orang. Petang-petang bila ada free, ICHA borak-borak dengan jiran sebelah kami ni. Kadang-kadang dia yang sibuk bila dengar budak-budak tu jerit-jerit .. ececeh ~ konon geng lah tu kan? Bila ada kawan-kawan saya datang rumah bawa anak, ICHA yang jadi tukang layan. Tapi ICHA suka kawan dengan budak lelaki tau coz ICHA ni agak lasak. Paling serasi setakat ni, Faiz anak Kak Cery dengan Irfan anak sepupu hubby. Kalau budak perempuan, risau saya tengok ICHA tarik-tarik rambut, raba-raba muka, mata semua.. haha! Dah dilatih lasak, lasaklah jadinya.

Garang. Saya marah dia, dia marah saya semula. Saya jerit kat dia, dia jerit balik siap nangis. Kata hubby " Ni mesti sayang garang sangat dengan ICHA kan? Sebab sayang yang jaga dia." Memang pun. I told you, I tak suka budak mengada-ngada dan tak dengar kata kan? ICHA ni dah faham sangat dah dengan saya pasal ni. So, jangan nak mengada-ngada dengan saya.

Malam if babah dia tidur, ICHA pun tidur. So tinggallah saya sorang-sorang berjaga. Hehe. Tu pasal online malam jek.
Panjangnya. Tulah dah lama tak update. Anyway, I really enjoy being ICHA's emak! Saya bangga dan bersyukur, dan berharap saya diberikan hidayah dan kekuatan untuk membentuk ICHA menjadi anak yang sholehah. Ameen.

nak jadi spider eentsy weentsy tapi tak jadi :P


lots of love,

Oleh kerana terdapat segelintir pengguna yang meragui status HALAL gelatin SHAKLEE yang terdapat pada kapsul seperti Vitamin E, Omega Guard dan Lecithin, di sini saya kongsikan penerangan mengenai status HALAL ini. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada info ini dan meneruskan gaya hidup sihat dan ceria bersama SHAKLEE tanpa was-was! InshaALLAH



credit to arnie at genkimomma.net
Semasa berada di negara yang majoriti nya ialah non-muslim (Jepun), saya sudah terbiasa untuk membelek segala ingredients setiap satu2 makanan, mahupun barangan (some products were made from pig skin). Walaupun dah pernah membeli makanan itu beratus kali, saya masih tetap akan perhatikan bahan2 nya, sebelum masukkan dalam trolley. Tapi, sebab dah terbiasa kan, tidaklah mengambil masa yang lama untuk belek ingredients tue. Mata dah seperti ala2 scan machine. Hehehe. Perkataan yang paling mata saya alert selain b4b1 ialah "gelatine".
Bila menggunakan supplements Shaklee, perkara pertama yang saya periksa pastilah status ke'halal'an nya. Bila dah ada, barulah rasa yakin untuk consume. Namun, sekali lagi hati saya terdetik, apabila terlihat yang kapsul CarotoMax (Vit-A), Vitamin E, Lecithin & Omega Guard di buat daripada Bovine Gelatine. Hampir luruh juga jantung apabila ternampak perkataan "Bovine" di situ, kerana selama ini saya sangkakan ianya kapsul tumbuh-tumbuhan.
Lantas, saya terus hubungi my upline untuk kepastian. Alhamdulillah, dia yakinkan saya yang gelatin Shaklee adalah HALAL. Ibu & bapanya sendiri pernah pergi ke Shaklee U.S. untuk melihat sendiri bagaimana supplements Shaklee di hasilkan. Menurut mereka, memang diasingkan pembuatan untuk negara Islam & bukan Islam. Memang unik dan kagum. Syukur!
Untuk makluman pengguna Shaklee yang masih ragu-ragu akan ke'HALAL'an nya (seperti saya sebelum ini), di bawah ini saya sertakan Sijil Halal Shaklee...

Ini pula bukti yang menunjukkan ISA ini diiktiraf oleh JAKIM...
Lega tak? Hehehe. Yang pasti, saya sangat lega. Mudah lah untuk saya yakin kan pengguna Shaklee selepas ini. Kalau tidak, masakan Shaklee ada menganjurkan Pakej Umrah bersama Shaklee. Syukran! Syukran!
BTW, untuk rakan2 yang berada di negara selain Malaysia, sila rujuk pada Shaklee Distributor anda ya. Saya tidak pasti bagaimana pemprosesan di negara lain. Pernah juga saya buka Shaklee Japan, tapi, produk yang tersenarai juga agak berbeza dengan di Malaysia. Maka, saya tidak pasti, status halal gelatin mereka.
Yang pasti, untuk pengguna Malaysia, segala produk telah dihasilkan di US, dan di bawa masuk ke Malaysia, dan produk ini telah diktiraf halal oleh Islamic Services of America (ISA).


Alfalfa memang terkenal di kalangan ibu-ibu yang menyusukan anak sebagai milk booster kerana fungsinya yang membantu mempercepatkan penghasilan susu badan. Untuk kesan optimum, pastikan kawan-kawan sentiasa mengosongkan breast atau sentiasa memberi stimulasi kepada breast (sebab sampai satu stage memang 'agak payah' nak kosongkan breast especially yang direct-feed macam saya ni).

Gara-gara alfalfa saya demam bengkak susu. Sebelum ni, memang saya selalu rasa breast penuh sampai sakit-sakit, tapi saya terus suakan pada Icha supaya cepat-cepat kosong. Yelah, dahlah penuh, keras lak tu! Memang lega sangatlah lepas kena pam dengan Icha. Hehehe.

Tapi, pada malam sebelum saya kena bengkak susu tu, memang saya dah rasa macam selalu - penuh dan keras. Kesilapan saya, suakan Icha sebelah breast aje, yang Icha pulak dah dapat sebelah dia taknak sambung lagi sebelah. Akibatnya, esok pagi saya bangun dengan bahagian atas breast sebelah kiri yang sakit berdenyut-denyut. Sentuh pun sakit! Satu badan seram sejuk plus kepada saya pun tumpang berdenyut-denyut. Risau saya dibuatnya!

Pagi-pagi buta saya call Kak N ( Ibu Addinnasa) sambil tahan sakit dan tahan airmata. Hihi. Lepas explain pada Kak N, baru saya tahu saya kena bengkak susu. Wah! Ni first time la kiranya! Masa dalam pantang pun takde rasa macam ni. Pesan Kak N (tips pengguna SHAKLEE kepada pengguna SHAKLEE) :

  1. ambil sehelai kubis tu, basuh dengan Basic H, then masukkan dalam peti sejuk
  2. kalau nak cepat sejuk, masukkan kubis tu ke bahagian sejukbeku dalam 5 minit gitu
  3. letak kat breast yang sakit tu. InshaALLAH dalam setengah jam hilang/ kurang .. tapi jangan buat selalu sebab petua ni boleh menyebabkan susu kering.
  4. lepas sarapan, makan vitamin E sebiji. lepas minum petang, makan sebiji lagi. kiranya hari tu saya kena ambik 2 biji vitamin E la.
Malangnya, saya takde stok kubis dalam fridge! Huwaaa! Merana sungguh! Bila call hasben dia ajak ke klinik, saya taknak. Saya bukan takut doktor tapi saya taknak doktor bagi antibiotik lak, padahal bengkaknya sikit. Saya yakin saya tak perlukan doktor pun. Dan saya ni, bila sakit tak payah doktor pun boleh baik janji ada orang jaga elok-elok. Saya jumpa doktor dulu-dulu pun sebab nak dapatkan MC supaya boleh berehat di rumah. (nakal)

Sepanjang hari, saya berkelubung aje dalam selimut. Kaki saya memang sangat sejuk. Saya nak pijak lantai pun rasa macam berduri je lantai tu. Sakitnya macam mana? Macam masa kena senggugut tapi yang ni punca sakit tu daripada breast tu. Taubat. Taubat.

Dalam sakit-sakit tu, alhamdulillah rezeki SHAKLEE saya berjalan macam biasa. Cuma memang orang call/ sms saya tak jawab sangat. Tak larat. Icha pula happy la tengok mak dia baring aje dekat dia. Impian Icha nak 24 jam saya macam tu.

Saya taknak cerita panjang sangat. Cuma petang tu saya berjaya dapatkan kubis tu, dapat juga makan vitamin E dua biji hari tu. Esoknya, masih lagi sakit-sakit tapi lebih kuat. Alhamdulillah. 3 hari jugalah baru betul-betul hilang bengkak tu.

Macam mana boleh kena bengkak susu tu?

Saya ni dah seminggu lebih skipped makan alfalfa. Hari-hari minum ESP. Adalah sebabnya. Alih-alih malam tu sebelum tidur, 3 biji alfalfa sekaligus saya telan. Memang saya biasa buat macam tu, samada 2 atau 3 biji. Tapi, tulah badan saya terkejut agaknya. Dah lama tak makan alfalfa, plus breast kiri memang jarang kena pam dengan Icha. Hehehe. Rasakan!

Now ni, saya dah back tp normal. Dah okey dah. Tapi saya memang serik. Takmo skip2 dah melainkan saya confirm pregnant baru saya stop alfalfa.

So, kepada kawan-kawan, alfalfa memang sangat berkesan untuk saya dan ibu-ibu yang kerap memberi stimulasi kepada breast masing-masing. So, mulakan alfalfa dengan dos yang rendah (2 biji) dan teruskan pengambilan begitu kecuali kawan-kawan merasakan perlu penambahan dos alfalfa tersebut.

Boleh hubungi saya untuk jadual pemakanan alfalfa dan suplemen-suplemen lain. :)


lots of love,