Day 02- The meaning behind your Blog name
Okey. Nama blog saya The Phase 2. Kenapa ada nombor '2' di belakang? Hahaaa.. sebab blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama saya, The Phase, yang mana blog tersebut telah pun saya 'private'kan.
Kenapa The Phase? Nama yang agak formal .. or kurang impressive? Saya ada alasan tersendiri.
Saya mula berblog atas sebab personal. Suka-suka. Seronok tengok orang ada blog, so saya pun nak juga. Plus, saya memang suka menulis. Saya menulis untuk bercerita tentang life saya, perasaan hati saya, lepas geram, sambil share maklumat sikit-sikit .. so, konsep penulisan saya, memberi maklumat secara santai dan bersahaja. TIdak terlalu formal. Bahasa pun rojak.
The Phase bermula masa saya buat praktikal di TMRND. Masa tu TMRND masih dalam kawasan UPM Serdang. Saya stayed kat kolej ke lima kot. Lupa. The Phase berkisar pasal kisah saya masa sebelum berkahwin (masa tu dah couple dengan hubby taww..) sampai lah hari Icha dilahirkan. Siapa nak tahu cerita saya sepanjang preggy boleh minta acess ke blog tu.
So, selepas Icha lahir, saya decided nak start fresh dalam dunia blogging. 'Now that I'm a new momma'. Takleh over-emo macam masa takde anak. Tu pun, ada gak terlepas emo coz saya 'benci' orang kacau dan masuk campur hal saya, hubby dan Icha. Saya suka uruskan hal saya sendiri. Tak suka bergantung sangat dengan orang.
The Phase 2 meand Fasa Kedua. Ya.. ini ialah fasa kedua kehidupan saya. Saya rasa dunia yang lebih-lebih cerah sejak diijabkabulkan dengan hubby, dan lebih-lebih cerah lagi sejak kehadiran Icha. Walaupun ada masalah di awal perkahwinan, tapi saya pegang satu je.. suami saya, syurga saya. Alhamdulillah.. saya berjaya lalui segalanya dengan baik.
Dengan baik. Bukan dengan sempurna. Terlalu banyak lagi yang perlu diperbaiki. Masih banyak lagi saya perlu berikan untuk suami dan anak.
Dan syukur, thanx loads to Kak Cery dan Mommy Lyna kerana membawa saya ke dunia SHAKLEE. Now, The Phase 2 lebih kepada blog informasi secara santai (dah terbalik dari konsep asal - blog santai berinformasi). SHAKLEE juga membuatkan blog saya lebih dikenali, dan hidup saya lebih ceria. Saya ada seorang surirumah yang bekerja dari rumah, dan punyai jutaaan teman di alam maya (dan suatu hari saya pasti akan bertemu korang semua!)
Hehe.. panjang pulak ye. Sorry... so, saya nak check kawan-kawan yang dah kena tagged, sape tak buat lagi ni
lots of love,
Day 03- A picture of you and your friends.
Salam Sayang Semua!
JOM JOIN CONTEST!
![]() |
| Breastfeeding or Nursing in Public :) |
| I heart breastfeeding so much! |
Contest ini adalah bersempena dengan pelancaran Blog Susu Sihat dan sebagai mempromosi tentang Breastfeeding In Public (penyusuan di tempat awam)
Contest ini dianjurkan oleh My Super Kids dan Bling Buubies
Ok. Ini gambar pilihan saya untuk contest ini. Trip pertama Icha ke oversea, 9 jam dalam flight Air Asia ke Melbourne.
Ok. Ini gambar pilihan saya untuk contest ini. Trip pertama Icha ke oversea, 9 jam dalam flight Air Asia ke Melbourne.
Thanks to Mommy Lyna, kerana menganjurkan contest ni. Semoga usaha Mommy Lyna untuk mempromosikan breastfeeding akan berjaya .. Ameen.
Sesungguhnya, pengalaman melahirkan dan mengharungi perjalanan penyusuan bersama Icha, adalah satu kenangan paling indah dalam hidup saya. Tidak terungkap dengan kata, tidak tergambar dengan lukisan, dan tidak terpamer dari riak wajah. Penat, marah, sedih dan gembira, segalanya bercampur-baur. Bahagia saat pertama Icha menyusu dari saya, membuatkan saya terasa 'lengkap' sebagai seorang isteri dan ibu. Bahagia saat Icha berjaya menghabiskan 6 bulan pertama penyusuan ekslusif, membuatkan saya bangga dengan keupayaan saya dalam serba kekurangan ini. Bahagia mendakap erat buah cinta saya dan suami, membuatkan saya merasa begitu bertuah!
Alhamdulillah..
Buat anak emak Icha, tiada yang lebih memgembirakan emak selain melihat Icha membesar sihat dan cerdik dengan susu emak. Buat suamiku MKB, tiada yang lebih menggembirakan sayang selain mendapat sokongan padu abang dalam perjalanan penyusuan anak pertama kita ini.
Sob.. sob.. saya sedih pulak buat luahan hati macam ni .. hehe. tulah, kan saya selalu kata "SESAAT PUN SAYA TAK SANGGUP BERPISAH DENGAN ICHA" .. agaknya sebab tu saya ditakdirkan jadi WAHM. ALLAH Maha Mengetahui rahsia hati hamba-hambaNYA kan?
Anyway kawan-kawan, tarikh tutup contest ni esok. Sempat lagi ni join ye .. Alhamdulillah.. siap pun entry saya. Menang tu mestilah nak kan? Tapi matlamat utama entry ini adalah untuk menyampaikan kepada semua betapa saya bahagia dan bangga jadi ibu yang menyusukan anak, dan saya menyeru kepada kawan-kawan semua "BERTABAHLAH .. ADA GANJARANNYA NANTI"
***********************************************
Update (5 Feb 2014):
3 tahun dah berlalu sejak saya menang tempat ketiga contest ni. Alhamdulillah, saya dan Mommy Lyna pun sekarang dah bergelar Shaklee Master Coordinator. Anak saya dah masuk 3 orang sekarang. I love breastfeeding, I love blogging!
Lots of love,
Foto terkini saya. Pertama kali ke Kelantan naik bas.
![]() |
| Stesen Bas Hentian Putra, KL |
15 interesting facts about yourself
- Ny name is unique. One and only in the world .. except you browse for hadha only, or tina only .. hikhik!
- I am a Shaklee Independent Distributor.
- Anak sulung daripada sembilan orang adik-beradik
- Lembut tapi garang .. dan cepat naik angin, especially bila orang cakap merepek-repek dan berlagak!
- Orang kata saya comel .. tatau la kan? Sampai sekarang orang cakap macam tu. tang mana yang comel pun tatau le..
- Saya suka mikrofon dan kamera :)
- Degil, keras hati ..
- Saya sangat suka menulis!
- Tak suka budak kecik yang mengada-ngada .. rasa nak lepuk aje!
- Sangat suka tengok cerita seram ganas dan aksi!
- Cepat boring ..
- Birthday saya? 22 mac 1981. Ada yang geng dengan saya tak?
- Saya sebenarnya sangat suka ketawa .. suka sangat! tapi kalau saya tak ketawa tu maknanya saya rasa korang buat lawak tahpape la tu ...
- Sangat PANTANG orang masuk campur urusan saya, especially berkaitan hubby dan icha.
- Saya suka makan sedap-sedap
Okey done my first task! hahahhaha... lepas ni saya nak check kawan-kawan yang dah kena tagged tu sape tak buat lagi yekk? Tadi saya nampak Kak Qish dah buat entry hari kedua :)



