Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
  1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
  2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
  3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
  4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
  5. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)".
  6. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!
  7. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
  8. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
  9. Kekalkan wuduk
  10. Bersedekah
  11. Belanja orang makan.
  12. Jaga makanan - jangan makan makanan yang syubhah
  13. Berkawan dengan ulama
  14. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
  15. Pesan pada orang, jadi baik.
  16. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.
Notes : Mommy Icha tips ni daripada seorang Blogger. Terdelete pulak link nye :P

lots of love,
Happy Deepavali to All!

Saya tahu kawan-kawan sedang bergumbira sebab esok cuti kan? :) Nah! Balik cuti ready la ye sape-sape yang kena tagged dengan saya at the end of this entry. Okey?

Thanks to latest blogger buddy, Puan Kasmawati Jaffar a.k.a Misae Nohara untuk assignment ini. Jenuh jugakle nak memikio apa ke benda yang nak dikongsi kat sini pasal diri sendiri .. hihi!

Assignment nye berbunyi begini

Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, fact, habits, or goal about you.
At the end, choose 25 people to be tagged.
You have to tagged the person who tagged you
If I tag you, its because i want to know more about you

  1. setakat hari ni, 041110, saya baru setahun lebih kawen dan baru ada anak sorang
  2. merupakan SHAKLEE Independent Distributor yang gila makan suplemen!
  3. dari kecik-kecik mak saya dah ajar saya makan vitamin :)
  4. bercita-cita nak jadi muslimah jutawan (sila ameen kan doa saya.. ameen)
  5. tua setahun daripada suami saya tau.. tapi semua orang ingat saya muda banyak tahun daripada hubby :)
  6. tak berapa suka budak-budak tapi budak-budak sangat sukakan saya hehehe
  7. ada 8 orang adik ; termasuk saya kami terdiri daripada 6 perempuan, 3 lelaki
  8. saya anak sulung le ..
  9. bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Teluk Intan ; SPM 1998 .. ada sape-sape geng dengan saya?
  10. bekas pelajar UIAM jurusan Communication Engineering
  11. bekas pelajar UniKL jurusan IT
  12. sangat cerewet pasal hal kemas-kemas rumah, tapi bila hubby buat sepah saya tak reti nak handle
  13. saya suka makan coklat, fullcream milk, aiskrim strawberry dan vitamin
  14. harlindahalim yang ada blog Rich Mom Diary tu adik kandung saya .. bukan kakak saya tau :)
  15. suka lipat baju kecik-kecik dan comel-comel .. kalau orang lipatkan baju saya tak ikut scale saya, memang saya buka balik (belakang orang tu la..)
  16. tak suka kawan-kawan hubby yang ajar hubby buat bukan-bukan. contoh : merokok, ajak dia keluar malam-malam borak-borak, karaoke dsb yang akan membuatkan identiti dia sebagai family man hilang.
  17. sangat protective terhadap orang-orang penting dalam hidup saya
  18. nak anak tujuh orang, inshaALLAH
  19. saya tak reti dan tak suka baca sms yang ada perkataan pelik-pelik seperti ittew, ak, ble, naperz dan banyak lagi.. kenapa ekk korang tak taip elok-elok short form tu? :)
  20. saya berblogging sejak tahun 2005
  21. kepala angin, baran, pantang orang merepek dan bagi arahan kat saya .. owh! siaplah kena kutuk!
  22. ni tarikh lahir saya : 22 Mac - Aries
  23. suka nombor 1 (satu)
  24. sentiasa rasa diri cantik dan terbaik.. self-esteem tinggi sebab tu kot suka mengamuk
  25. pantang mula menulis.. ni rasa nak tambah lagi 25 je hehehe
Jeng! Jeng! Jeng! Siapakah yang bakal menjadi mangsa tagged saya ni ... scroll ke bawah lagi ye :)  
lots of love,
Esok Icha masuk usia 7 bulan dah. Alhamdulillah.

Harini, Icha tak bagi emak buat kerja. Tengoklah Icha tutup laptop emak.






lots of love,

1. Adakah Shaklee ini Halal?


Jawapan : Halal. Boleh rujuk sini


2. Mengapa urin saya bertukar menjadi kekuningan selepas mengambil vitamin?

Jawapan: Ianya adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.

3. Mengapa susu saya bertukar kuning kehijauan?

Jawapan: Ia adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.

5. Saya mengalami pening-pening selepas mengambil vitamin ini, mengapa? Adakah tidak serasi?

Jawapan: Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang TIDAK kurang dari 2 liter. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca dari less water intake. Satu lagi adalah kerana, jika individu itu adalah pertama kali mengambil supplement, maka tubuh memerlukan 1-3 hari untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima. (Ibaratkan seorang yang tidak punyai perabot di dalam rumahnya dan tiba-tiba datang orang menghantar perabot serta memenuhi ruang kekosongan dalam rumah, pastinya individu itu perlukan masa untuk menyesuaikan diri

Hakikatnya keserasian memerlukan masa.

7. Saya seorang yang kurang minum air kerana malas nak ke tandas, bolehkah saya mengambil supplement ini sebab mempunyai masalah buasir.

Jawapan: Tidak saya galakkan mereka yang kurang minum air mengambil supplement, ini kerana ia tidak dapat disalurkan dengan baik ke seluruh tubuh.

8. Adakah vitamin ini membantu saya cepat sembuh dari penyakit yang saya alami?

Jawapan: Vitamin bukan dalam kumpulan ubat. Ianya sekadar supplement iaitu makanan tambahan yang mengisi ruang kekosongan dalam tubuh. Seterusnya ia membantu badan meningkatkan sistem imun dan secara langsung membantu tubuh melawan penyakit. Sekiranya penyakit yang kronik atau berlarutan maka memang memerlukan masa dan perlu mengambil antioksidan seperti ACE, Nutriferon ataupun Vivix untuk membantu meninggikan daya ketahanan tubuh. Tidak lupa doa serta tawakal pada Yang Esa.
9. Bolehkah saya membeli sendiri vitamin di mana-mana sales branch Shaklee?

Jawapan: Boleh, hanya mesej / sms saya di talian 019 293 9886 untuk dapatkan ID Shaklee.

10. Adakah normal bagi anak saya, setelah pengambilan vitamin, si kecil minum sedikit dan terus lena. Berbeza dengan sebelum ini, si kecil saya akan mengamuk dan asyik berjaga mahu menyusu.

Jawapan: Ibu-ibu yang mengambil vitamin dalam diet harian selain pengambilan makanan harian yang lengkap (tidak berdiet kerana kawalan makanan akan menggangu penghasilan susu) akan mendapati susunya akan bertambah pekat dan anak akan minum sedikit sahaja serta mudah lena. Apabila ini berlaku si ibu di sarankan mengepam sebaik sahaja si kecil lena. Agar penghasilan susu dengan lebih banyak dapat dihasilkan.
11. Adakah vitamin Shaklee selamat diambil oleh ibu yang mengandung?

Jawapan: Ya boleh kerana ia adalah vitamin. Setiap ibu mengandung akan dibekalkan oleh doktor vitamin demi memastikan si ibu dan anak sihat dan selamat semasa proses kelahiran.

12. Apakah vitamin yang baik untuk diambil oleh ibu yang menyusu?

Jawapan: Secara basic saya sarankan 4 jenis iaitu Vitalea@Multivitamin, B Complex, Vitamin C dan Alfalfa. Namun seandainya mempunyai lebihan rezeki boleh mengambil ESP iaitu soya protien kerana ini membantu anak mudah kenyang dan pembesaran anak lebih lancar.
12. Mengapakah saya mudah rasa lapar setelah mengambil vitamin? Saya takut saya akan gemuk. Adakah saya mempunyai potensi untuk gemuk?

Jawapan: Pengambilan B Complex dan Multivitamin boleh membuatkan seseorang itu mudah merasa lapar. Ini kerana B Complex berfungsi membakar glukos untuk menghasilkan tenaga. Rasa lapar itu adalah salah satu body sign yang bermaksud tubuh memerlukan gula untuk ditukarkan kepada tenaga.

Makanan yang dimakan akan ditukar segera kepada tenaga, itu sebabnya mengapa mereka yang mengambil B Complex akan sentiasa rasa bertenaga. Walaubagaimanapun ada sesetengah individu tidak dapat mengawal nafsu makannya.Ini yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berat badan dengan ketinggian seseorang. Pastikan anda mengambil 3 meal sehari dengan masa yang teratur dan jika terasa lapar di antara waktu tersebut, cubalah makan buah-buahan atau makanan yang kaya dengan serat supaya tidak mudah mengalami kegemukkan.



mamam mak masak