Feb 2, 2016

Lisa Surihani dan Yusry Shooting Babypedia, Rancangan Baru Terbitan Astro di Rumah Kami

Pada 22 Januari lepas, merupakan antara hari paling istimewa buat saya dan suami serta anak Shaklee kami, Nur Salwa Ishak, sebab kami berpeluang bertemu dan berbual dengan dua orang celebriti dan artis yang tidak asing lagi; Lisa Surihani dan Yusry KRU. Paling special sebab pertemuan tu berlaku di rumah kami di USJ Heights!

Tak percaya? Lisa yang tolong selfie untuk gambar ni tau.. lalala.. 


Comel tau Lisa ni. Suka sangat tengok muka dia.

Okeylah, sebenarnya Salwa ni telah terpilih untuk featured dalam salah satu siri rancangan berbentuk keibubapaan baru Astro. Mereka 'jumpa' Salwa daripada entri blognya tentang 'Tips Dapatkan Anak Perempuan'. Tak silap saya nama rancangan tu Babypedia; dan dikendalikan oleh pasangan suami isteri Lisa dan Yusry ni lah.. haa! Sebab tu lah mereka ada kat rumah saya ;)

Shooting untuk rancangan tu dah mula sejak hujung tahun lepas, November tak silap saya.. tulah, lambat update dalam blog maka banyak fakta saya lupa. 

Saya tak masuk pun dalam rancangan tu, tapi sebab pihak Red Communication nak buat shooting tu ala-ala Lisa-Yusry datang melawat rumah Salwa, maka Salwa pilih rumah kami; sambil Salwa sendiri memang ada meeting Shaklee Sabtu esoknya di Subang ni. Salwa ni menetap di Johor Bahru k uolss..

Mula-mula, tak berani nak accept sebab alasan tak munasabah - rumah tak kemas. Tapi, bila fikir-fikir kami boleh dapat ilmu baru cara pengambaran dilakukan; saya accept. Lagipun, yang handle rancangan ni adalah Red Communication, salah satu main production house Astro. 

Lepas saya accept, kak Hani wakil Red Communication call saya untuk confirmation rumah kami. Ah ha teruja terus #MakAnak4 ni!

Mujur ruang tamu besar. Tu Lisa-Yusry.

Diorang terus pilih scene untuk editing

Penuh lampu sampai ke atas 

Bergambar beramai-ramai
Banyak juga ilmu baru dapat sepanjang sessi penggambaran tu walaupun kami cuma jadi tuan rumah aje. Proper documentation, scheduling untuk timeline project Babypedia, sound system, dll. Saya dan suami buat vlog kami berdua aje tau.. ni sampai 12-15 orang satu team. Memang perfect!

Shooting tu patutnya sekejap aje.. tapi, sebab tiba-tiba petang tu hujan sangat lebat sampai hampir sejam, so mereka kena stop dulu. Lepas hujan reda, baru sambung. Mujurlah artis Supermom yang featured tu, Qisya (baby girl Salwa) tak meragam. Cuma dah hujung-hujung tu Qisya dah sempat terlentok depan kamera hihi..

Kalau diberi peluang lagi, saya okey aje. Seronok juga rasanya tengok mereka bekerja. Sambil tu saya pun boleh luaskan networking baru. Sembang benda baru pulak, kan?

Till we meet again! Hihi

Okeylah, tu aje saya nak share. Sambil teruja lagi tengok kejelitaan dan kecomelan Lisa Surihani ni. Terus rasa nak daftar masuk Bodytone sebab nak tone kan badan, tapi jenuh la sape nak jaga anak-anak saya yang 4 orang tu? 

Nantikan rancangan baru ni yang akan mula ditayangkan bulan Februari ni di saluran Astro. Salwa ni episod ke-12 so lama lagi. 

ASTRO Babypedia
ASTRO Babypedia



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya