Teknik Pemerahan & Penyimpanan EBM

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Oleh kerana ramai customers kesayangan Hadha yang bertanyakan soalan tentang teknik pemerahan dan penyimpanan EBM ni.. maka Hadha share di sini secara am terlebih dahulu ya! Semoga membantu.

Credit to MAMADANISH

Memerah susu ibu ada 2 teknik secara umumnya iaitu
- marmet (dengan tangan)
- menggunakan pam - manual / elektrik / bateri


Memerah dengan tangan

  • Memerah dengan tangan pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
  • Basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
  • Sediakan bekas yang bersih dan steril
  • Lakukan pemerahan di tempat yang bersih,tenang dan selesa
  • Boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri
  • Buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan
  • Melihat gambar bayi boleh menghasilkan refleks
  • Tuam panas payudara boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu
  • Buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
  • Tekan payudara ke belakang ke arah dada
  • Perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
  • Teruskan memicit sehingga susu keluar
  • Buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
  • Tukar ke payudara yang satu lagi
  • Urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi
  • Perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
  • Setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara



Memerah dengan pam
  • baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
  • basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
  • basuh tangan dengan bersih
  • duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
  • rangsang/gentel puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
  • posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
  • mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah(jika menggunakan pam elektrik/bateri)
  • boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
  • pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
  • masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)

CARA MENYIMPAN PERAHAN SUSU IBU

1. Simpan perahan susu ibu dalam bekas yang bersih dan bertutup
2. Tuliskan tarikh dan masa perahan di setiap bekas simpan susu
3. Simpan susu ibu:
Pada suhu bilik, susu tahan 4-6 jam
Di dalam peti sejuk beku tahan 2 minggu - 3 bulan (bergantung kepada jenis peti ais - 1 @ 2 pintu)
Di bahagian rak pertama bawah 'freezer' tahan selama 72 jam
Suhu dingin tahan 8 jam
4. Susu ibu tidak boleh di masak. Panaskan dengan merendam bekas susu ke dalam air suam
5. Baki susu perahan yang telah di panaskan tidak boleh di simpan semula.

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

 Hadhatina Mkb
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 846060 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 293 9886
♥ Emel : hadhatina@yoursupermom.net
♥ Laman web: yoursupermom.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!