Nota Tentang Jaundis atau Demam Kuning Untuk Bakal Ibu

Apa Itu Jaundis?


Jaundis di kalangan bayi dikenalpasti daripada keadaan mata dan kulit yang bewarna kekuningan. Sebanyak 75% daripada bayi baru lahir mendapat jaundis.

Apa Yang Menyebabkan Jaundis?


Tubuh manusia menghasilkan darah baru dan menghapuskan darah lama setiap masa. Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah. Ia proses di dalam hati dan dibuang melalui najis dan air kencing. Walau bagaimanapun, hati bayi baru lahir tidak berfungsi begitu sempurna. Oleh itu, tahap bilirubin akan bertambah di dalam badan. Keadaan inilah yang menyebabkan Jaundis.

Bayi Yang Bagaimanakah Sering Mendapat Jaundis?


  1. Bayi pramatang 
  2. Bayi yang mengalami infeksi 
  3. Bayi yang kekurangan G6PD 
  4. Bayi yang tidak mempunyi keserasian kumpulan darah dengan ibunya 
  5. Ibu mengalami Rhesus Negatif (RH-ve) 
  6. Ibu dari kumpulan darah jenis O 

Adakah Jaundis Merbahaya?


Jaundis yang teruk atau tahap bilirubin yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan kepekakan, kecederaan otak dan kematian bayi.

Apakah Tanda-tanda Bayi Dalam Bahaya?


Apabila bayi anda mengalami:



  • Jaundis dalam masa 24 jam selepas dilahirkan 
  • Jaundis mencapai sehingga ke paras bawah pusat 
  • Kurang aktif, tidak sihat atau demam 
  • Enggan menyusu 
  • Mengalami kekejangan 
  • Jaundis berterusan melebihi 14 hari 
  • Najis bayi pucat atau air kencing bewarna teh 

Apa Yang Perlu Dilakukan Oleh Ibubapa Sekiranya Bayi Mengalami Jaundis?


  • Dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital berhampiran 
  • Jalani ujian darah bagi memastikan tahap bilirubin dalam darah bayi 
  • Elakkan dari menjemur bayi di bawah cahaya matahari 
  • Tingkatkan kekerapan PENYUSUAN BAYI 

Apakah Masalah Jangka Panjang Daripada Jaundis?


Sekiranya tidak dirawat dengan segera, bayi boleh mengalami:



  • Masalah pendengaran (pekak) 
  • Masalah pembelajaran 
  • Kecacatan intelektual 
  • Palsi serebrum (cerebral palsy) 




Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

credit : http://syuhada-wahi.blogspot.com/2012/01/bayi-jaundis-apa-yang-saya-perlu-tahu.html


* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!