Inilah wajah kesayangan saya..
Seorang manusia yang menjadi best friend forever saya selain hubby sejak hampir 2 tahun lamanya.
Namanya Alya Qatrisya, atau sangat dikenali dengan panggilan manja Icha sebelum dilahirkan ke dunia lagi.
Buah hati saya. Intan payung saya. Nyawa saya .. dan kini 'teman bergaduh' saya gara-gara 'nak jadi kakak ni Icha manja lebih mengada-ngada lebih'.
Sebenarnya saya tengah tunggu nak gi klinik ni, ada routine checkup untuk adik Icha. Hubby is in the middle of completing some tasks. So, tengah-tengah menunggu tadi, tiba-tiba saya rasa bersyukur yang teramat sangat!
Saya katakan pada hubby.
"Abang .. kesian kan orang yang takde anak tu .. maksud sayang, orang yang susah nak dapat anak tu"
Jawab hubby.
"Ha ah"
Icha ni pun bukan baby 'bunting pelamin' tau .. lepas nikah dan bersanding sebelah saya pada 12 Jun 2009, kami terus honeymoon ke Bali. Ewahh! Gi Bali sakan la 'buat baby' kan? Ahaks! Seminggu jugaklah kat Bali tu.. hehe.
Tapi, sehari sebelum kenduri sanding kat sebelah hubby, lepas lebih kurang 3 minggu nikah .. saya period. Menangis weh!! Menangis ..
Tapi tak lama selepas tu .. alhamdulillah, buah cinta kami yang dinanti tiba. Gembiranya hanya ALLAH yang tahu. Meskipun masa tu, saya dan hubby dilanda konflik besar, maha besar yang membuatkan saya menangis setiap hari .. tapi sesungguhnya anak itu ANUGERAH ALLAH YANG TIDAK TERNILAI ... membawa sinar kebahagiaan dalam kehidupan berumahtangga.
Errmm.. saya taknak menulis panjang sebab masa tidak mengizinkan. Apapun, saya dan hubby sangat bersyukur kerana berpeluang menjadi ibubapa. Alhamdulillah!!
Dan kini, kami hanya menunggu masa untuk kehadiran buah cinta kami yang kedua .. inshaALLAH dalam jangkamasa terdekat ni sebab baby dah cukup bulan pun.
Hubby dan anak-anak .. segala-galanya buat saya, dan saya cintakan mereka lebih daripada diri saya sendiri kerana dalam susah, dalam senang .. hanya mereka sahaja yang setiasa bersama saya
Ya ALLAH .. rahmati hidup kami sekeluarga, jauhkan kami dari api neraka .. ameen
Buat kawan-kawan yang masih belum ada rezeki anak, jangan putus asa .. teruskan berusaha, berdoa dan bertawakkal atas doa dan usaha itu ..
ALLAH Maha Mendengar dan Dia Sebaik-Baik Perancang! Never Ever Giving Up Untuk Dugaan Sekecil Ini!!
Muuahhss!!
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!