Flight to Bandung at 33 Weeks Pregnancy

As salaam dan hai semua!

Alhamdulillah. Saya dah pun recover daripada demam, selesema dan batuk. Rasa gembira sangat. Lepas tu, paling happy saya dah pun dapat surat kebenaran daripada doktor untuk travel by air Jumaat ni ..










ke Bandung!!!







at 33 weeks pregnant! Fuhh!




Macam-macam pendapat saya dengar, even yang bergelar doktor pun bagi pendapat berbeza. Macam my obg, tak banyak tanya sebab tengok saya fit dan takde apa-apa masalah, cuma dia concern if saya terberanak kat sana kosnya tinggi. My sis in law pula kata if rasa boleh pergi, no stress/ pressure then carry on sebab takut pressure dalam kapal terbang membahayakan, her husband pulak kata if dah ditakdirkan nak bersalin, bersalin juga bila sampai masa. My other colleagues pun say the same thing pasal pressure takut terberanak dalam penerbangan.

Betul ke pasal these 'pressure' thinging eh coz saya tak jumpa jawapan lagi?

But, based on my readings, sebenarnya it depends on my conditions. A few testimonials from FA around the world beritahu preggies sebenarnya takde masalah nak fly even a week before EDD! Yang ni saya tak berani la kan haha! (Dan tak sure kebenarannya)

InshaALLAH .. pada saya yang penting saya harus bersedia betul-betul dan please doakan yang baik-baik untuk saya ye? Lagipun, AirAsia sendiri allowed preggies join up to 34 weeks pregnancy tapi kena sign agreement la dengan diorang .. 

Yang saya risaukan ialah penat time kat Bandung tu je nanti sebab saya expect weekend je .. Rupa-rupanya fullday Sabtu sampai Senin. Kalau honeymoon or follow husband meeting ke relax la kot coz takde berjalan sangat. Ni dengan family sure berjalan sakan, mau pengsan saya sampai Subang Selasa depan ni.



Anyway, wish me luck ya! :)



0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!