Nov 10, 2011

Fakta-Fakta Penyusuan

Dah masuk 10 hari bulan November. Harini barulah saya berkesempatan nak update blog ni. Kebelakangan ni saya banyak habiskan masa berehat-rehat sambil menenangkan minda .. biz berjalan as usual cuma tak hapdet blog secara proper tak sempat.

Okeylah. Saya dah 27 minggu hamil .. minggu depan genap 7 bulan. Berdebar? So far belum lagi. Excited lagi ada dan saya seakan tak sabar nak melalui saat2 melahirkan baby kedua ni. Hopefully dipermudahkan ALLAH. Ameen.

Nak dekat-dekat bersalin ni, banyak perkara saya perlu prepare. Antaranya bab penyusuan. InshaALLAH saya akan update satu persatu. Untuk rujukan saya di masa hadapan juga sebab mengandung dekat dua tahun sekali dah tentu banyak benda yang saya lupa.

Yang ni saya ambil dari blog Puan Sue LunaTots dari entry ini

Konsep penyusuan susu ibu sebenarnya adalah pembelajaran tentang makanan berkhasiat seawal usia 1 tahun


Mengikut kajian, bayi yang berumur 4 bulan (yang minum susu formula) akan menconsume 33% lebih susu berbanding bayi berumur sama yang minum susu ibu
(Sumber Breastfeeding Made Simple by Nancy Mohrbacher, IBCLC)


Kerana itu, bayi yang minum susu ibu akan semakin kurang intake susunya tambah2 bila berusia lebih satu tahun
(Menjawab mengapa hasil perahan susu ibu semakin kurang selepas bayi berusia lebih 1 tahun)


Berbeza dengan bayi yang minum susu formula dimana mereka perlu menconsume sehingga 8 oz satu hidangan biarpun sudah berusia hampir 2 tahun!

Fakta 1 : Susu ibu biarpun sedikit (3 ke 5 oz) sekali minum sudah cukup utk memenuhi nutrisi yang bayi perlukan manakala susu buatan manusia mempunyai banyak ‘lebihan’ yang tidak digunakan kerana itu ianya diperlukan dalam kuantiti yang banyak

Fakta 2 : Bayi yang minum susu ibu biasanya akan minum sedikit dari botol, dan berhenti 10 minit kemudian sambung semula (macam minum dari breast ibunya).

Ini biasanya membuatkan ibu risaukan anaknya yang tak mahu minum susu perahan (ebm) dari botol

Apa yang berlaku sebenarnya ialah, bayi anda cuba mengaplikasikan konsep minum sikit sikit tetapi kerap :)

Pattern pemberian susu mungkin berubah selepas satu masa (atau mungkin dari awal memang bayi boleh habiskan 3 ke 5 oz sekaligus)

Tiada apa yang yang tidak kena dengan bayi anda, cuma cara ‘delivery’/ pemberian susu oleh babysitter yang menyebabkan bayi boleh menghabiskan 5 oz sekaligus (biarpun ianya susu ibu)

Sedangkan amount yang ibu perah tidak sampai 5 oz sekali perah!

Inipun boleh membuatkan ibu rasa tertekan (tambah2 bila pengasuh kata susu anak tak cukup)

Cara mengatasinya :
- Ketahui fakta, mengikut website Kellymom, bayi dibawah 6 bulan minum susu ibu sehingga 30 oz sehari (24 jam)
- Sekiranya anda meninggalkan bayi anda selama 8 ke 10 jam, ini bermakna 10 ke 13 oz sudah memadai
- Susukan bayi anda sebelum meninggalkannya di nursery dan semasa mengambilnya. Ini boleh mengurangkan jumlah susu perahan yang perlu dihantar.
- Gunakan botol yang beraliran paling perlahan sehingga dia berumur 2 tahun
- Latih pengasuh anak anda dengan fakta2 susu ibu
- Sediakan makanan tambahan utk anak anda seperti buah, bubur nasi, sayur, nugget dan finger food (hanya selepas berusia 6 bulan)

Jujurnya, mempunyai anak membuatkan kami sekeluarga lebih particular tentang makanan yang kami ambil
Buah perlu sentiasa ada supaya senang dipotong2 utk Iki makan selang 1-2 jam
Dan setiap hidangan nasi perlu ada sayur dimana garam dikurangkan


Nanti bila saya ada kelapangan, saya carikan info mengenai pemakanan anak yang tinggi kalsium dan zat besi ya!

Oh ya, anak kita PERLU makan dari semua jenis gizi makanan dan tidak bergantung kepada susu sahaja
Mungkin susu formula mengandungi semua zat yang dinyatakan di tin

Akan tetapi kaedah penyusuan susu ibu secara tidak langsung ialah lebih kepada ‘mengajar’ anak kita menerima makanan lain selain kebergantungan terhadap susu sahaja selepas bayi berusia lebih 1 tahun :)

Okeh done! Ringkas tapi padat. Semoga sedikit sharing ni bermanfaat buat semua yang melawat entry ini.