Sebelum anda menghabiskan membaca entry ini, perlu saya tegaskan kepada anda bahawa Shaklee adalah satu usaha, hanya satu usaha daripada bermacam-macam usaha yang anda lakukan demi memberikan yang terbaik untuk diri anda dan bayi yang anda kandungkan selama 9 bulan di dalam rahim yang suci itu. InshaALLAH .. segala kebaikan yang anda lakukan ganjaran pahala dan syurga menanti. Ameen.
Okey. Kali ni saya mahu berkongsi pengalaman seorang ibu yang berjaya mengandung dan menyusukan anaknya (selama beliau mengandung). Dan kemudian memilih Shaklee untuk membantu beliau menjayakan lagi misi penyusuannya.
Assalamualakaikum wbt.... Saya, Nor Shaiza Binti Mir Ahmad Talaat berusia 31 tahun terpanggil untuk berkongsi sedikit pengalaman selama saya menjadi ibu kepada Amir Danial 2 tahun 9 bulan dan Anas Zaquan 9 bulan.Semoga catatan pengalaman saya ini dapat membakar semangat ibu-ibu diluar sana untuk menjaya sesi penyusuan secara eksklusif.
Sehingga hari ini, saya masih diberi keizinan oleh Maha Pencipta untuk menyusukan dengan susu ibu yang tak ternilai harganya.Terlalu banyak ranjau yang saya tempuhi sepanjang menyusukan mereka secara ekslusif. Dengan sokongan Ibu, suami dan adik-adik saya dapat menjayakan sesi penyusuan ini.
Kata orang, kalau dah mengandung tak baik meneruskan penyusuan.Bayangkan sewaktu mengandungkan Anas Zaquan, Amir Danial masih lagi direct breastfeeding. Diberi susu formula, tak mahunya. Maka dengan itu, saya tetap menyusukan Amir Danial dengan harapan rezeki ini datang Ilahi.Dia yang memberi dan Dia juga selayaknya mengambil.
Saya teruskan sehinggalah Anas Zaquan lahir.Bayangkan, sebaik sahaja saya keluar dari Dewan Bedah terus sahaja Amir Danial tidur sekatil dengan saya kerana dia ingin menyusu. Begitu taksubnya Amir Danial pada susu badan.Sebaik sahaja sampai di rumah, keadaan lebih rumit.Anas Zaquan mengalami jaundice. Ini menyebabkan saya sebagai ibu, sedikit tertekan.Mungkin akibat tekanan kecil ini, saya dapati susu badan saya tak semeriah waktu berpantangkan Amir Danial. Pada satu saat, saya mengepam sehingga berdarah puting. PAda waktu itu, terdetik dalam hati kecil saya, walau apa pun terjadi, saya tetap mahu berikan susu ibu. Saya tak sanggup melihat anak yang saya kandung membesar dengan susu formula.
Dua minggu usia Anas Zaquan, susu badan tak menggalakkan. Selain mendapatkan pam yang mudah dikendalikan, saya terjumpa lama web anakkuwiraku. Setelah membaca testimonial, saya terfikir untuk mencuba set Breastfeeding. Alhamdullilah. Saya anggap ini rezeki anak-anak.Set ini mampu menyelesaikan masalah saya dengan izinNya. Dengan teknik yang betul disertai dengan kesungguhan dan keazaman yang kuat untuk memberikan anak-anak saya susu badan sebaik sahaja habis pantang, penuh freezer dengan stok susu badan untuk bekalan Anas Zaquan.Selain mengepam, saya juga memberikan direct breastfeeding kepada Amir Danial dan Anas Zaquan.
Biar pun saya bukannya melahirkan bayi kembar, tetapi kebiasaannya si abang dan si adik akan menyusukan dalam masa yang sama.Kalau tidak, kedua-duanya akan menangis minta disusukan. Apa yang harus saya buat, terpaksalah saya menyusukan mereka serentak.Ini bukan kerja mudah, tetapi saya perlu lakukan secara serentak. Saya gelarkan 2 in 1. Tak kisah apa gayanya, apa lokasinya( diriba, dibaring mengiring, dibaring di atas badan si ibu) yang penting 2 mulut dapat menghisap susu ibunya.
Amat penting badi saya mempastikan susu sentiasa penuh di breast. Syukur yang tidak terhingga kerana Allah mengizinkan saya bertemu dengan pemilik web ini.Saya berbangga menjadi ibu yang mampu memberikan anak-anak saya susu badan. Bagi saya susu badan adalah satu anugerah yang tidak terperi hebatnya. Sekian, terima kasih.
Mahu mencuba vitamin Shaklee? Perlukan konsultasi percuma? Hubungi saya di 019 293 9886 atau emel ke hadhatina@yahoo.com
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!