Apa sebenarnya breast engorgement?

Bengkak susu atau engorgement berlaku biasanya pada tempoh awal selepas bersalin kerana susu dihasilkan dengan banyak sekali. Susu ini tersimpan dalam tisu disekeliling salur susu sehingga menyebabkannya membesar lebih daripada kapasiti selesa.

Dalam keadaan yang terlampau, kadang-kadang ibu-ibu yang mengalami bengkak susu merasakan payudaranya seperti mahu pecah. Jika disentuh pun mungkin menyebabkan amarah yang amat. Hati-hati ya dengan ibu yang mengalami masalah engorgement ni. Silap langkah buruk padahnya.


kredit imej : http://www.pdrhealth.com/images/CareNotes/193630.jpg
anatomi payudara wanita

Sebab terjadi nya bengkak susu / engorgement :

1. Masalah pengurusan penyusuan yang tak teratur especially bila baby ter miss feeding time dia. Kadang-kadang baby tertidur lama atau kita as mother termiss waktu pump session (untuk ibu yang pumping ) . Macam kes aku, waktu Hanum kecil dalam 1-3 bulan, selalu aku mengalami engorgement ni. Sebab nya, adakala diorang tido terlebih lama dan bila dikejut tak nak bangun-bangun. Aku pula time tuh memang takde langsung pump . So memang terasa sakit ya amat.
2. In between kita nak wean anak kita. Ni kalau sudah sampai masa kita rasa kita perlu wean anak la atas sebab-sebab kesihatan, umur anak dah makin meningkat atau sebab kita mengandung lagi . Time ni breast akan engorged kerana breast sedang melatih otak kita bagi adjust penghasilan susu.
3. Bila bagi baby breastfeed milk, kita juga bagi formula milk. Itu juga antara punca kenapa bengkak susu sebab baby miss feeding time susu ibu nya.
4. Baby tak latch-on (perlekapan) dengan betul. Yang menyebabkan masalah perkara 5.
5. Poor suckling. Disebabkan perkara no 4 tu, baby tak dapat hisap dengan elok. Dan menyebabkan masalah no 6. Hisapan yang lemah oleh bayi akan menyebabkan tidak banyak susu dapat dihisap keluar.  Baby pula  kemudiannya tak mendapat cukup susu untuk setiap feeding. Seterusnya bolleh jadi punya anak kurang berat, tapi perkara ini kita akan kupas dimasa lain.
Next,
6. Breast is not emptied properly. Payudara kita ni kena dikosongkan dengan sekosong-kosongnya supaya tak ada susu terkumpul. Kalau tak , disebab tu kita dah menyusu pun masih boleh engorge. 

Boleh berlaku juga akibat perkara 4 dan 5.

Jadi lihatlah, semuanya berkait-kait.

Apa nak buat kalau bengkak susu :

Secara umum, jika dah berlaku bengkak susu kita pasti akan cuba nak kosongkan payudara kita kan? 

Tapi engorgement akan menyebabkan bayi susah nak melekap (latch on). Bila dah susah nak latch, bagaimana mungkin boleh kita kosongkan payudara?

Maka, kalau dah jadi juga bengkak susu, cubalah tips-tips ini berikut:

1. Buat cold compress dulu kalau breast dah terlalu sakit. Cold compress atau tuam dengan ais adalah sebagai pain killer. Dah kurangkan sakit barulah boleh teruskan dengan step no.2.
2. Warm compress. Ambil kain dan basahkan dengan air suam. Tapi jangan air mengelegak pula. Nanti lain jadinya. 

Warm compress untuk nak lembutkan breast kita yang dah bengkak amat tu. sambil-sambil buat tuam dengan air suam tu, urutla payudara perlahan-lahan.
3. Beri anak menyusu atau pam susu keluar.
4. Kalau dah kronik juga, amik kobis ( satu dua layer kobis tuh ) dan letakkan kat breast kita dalam 5 – 10 minit. Tapi jangan lama-lama. Nanti susu terus kering pula.

InshaALLAH bengkak akan menyusut and kurang sakit.

Selain daripada itu, keep on feeding baby as often yang boleh untuk mengelakkan bengkak susu terjadi. 

Jangan cut down fluid intake sebab takut bengkak susu kerana ianya tidak ada kena mengena dengan sebab terjadi nya engorgement / bengkak susu.

Kalau tak diatasi breast engorgement ni, boleh jadi masalah lain, susu akan kurang, mungkin juga akan ada blocked duct, mastitis dan banyak lagi.

Good luck ye mommies semua!

Info :


Pernah dengar mengenai teknik Power Pumping untuk bantu banyakkan susu badan tak?


Cara-cara buat Power Pumping

Power pumping is a technique that can be helpful in building a milk supply. For more information on basic pumping techniques, see the pumping section below. Here is a brief explanation of power pumping.

Power pumping involves using regular pumping techniques and setup, but in a unique way. The idea is to mimic a baby who is nursing frequently to increase a mother’s supply, as is common in the nursing relationship during a growth spurt. To power pump, hook-up as you would for a normal pumping session, pump for 10-20 minutes, rest 10 minutes, then pump another 10 minutes, then rest for 10 minutes, then pump again for 10 minutes. The mother does this for about an hour, once per day, to increase supply. At other pumping times during the day, routine pumping is used. It can take about a week to see an increase, so don’t get discouraged.

Some mothers prefer to concentrate their efforts and have a power pumping weekend, called “Power Pumping Boot Camp” by some lactation consultants. They power pump at each pumping for a couple of days before returning to routine pumping.
Okey! Now kita baca apa kata MamaAna pasal Power Pumping ni Smile



Hyperstimulation dan power pumping sebenarnya adalah satu kaedah atau teknik yang intensif untuk mempercepatkan proses pengeluaran susu.  Ramai ibu-ibu baru kurang faham apakah power-pumping sebenarnya. 

Daripada beberapa pembacaan aku dan juga pengalaman aku sendiri ia adalah di mana kita mengepam kedua-dua payudara serentak atau dipanggil kaedah double-pumping selama 60 minit. Caranya ialah 10 minit mengepam-10 minit berehat-10 minit mengepam-10 minit berehat dan dilakukan selama 60  minit Kaedah ini sangatlah aku sarankan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah susu sedikit, di datangi period, apabila bayi menghadapi growth spurt (beralih bulan di mana bayi akan consume lebih banyak dari biasa) dan boleh buat seminggu sekali dan jika ada banyak masa lapang boleh buat hari-hari.  Sebaiknya lakukan kerana ketika itu hormon prolaktin kita sangatlah tinggi dan kandungan susu kita pada waktu 12 tengah malam- 6 pagi (kalau rajin buatlah solat sunat minta dimurahkan rezeki alang-alang dah bangun tengah malam kan) sangatlah berlemak dan penuh berkrim. Susu kita pada waktu itulah yang selalunya mempengaruhi kenaikan berat badan anak kita(sebab itu kita sarankan makan vitamin di waktu malam di mana ibu akan perasan susu akan pekat dan banyak, Insyaallah disebabkan pengambilan alfafa).

Bagi ibu-ibu baru kena faham konsep power-pumping ini di mana apa yang kita pam hasilnya kita tidak akan nampak masa itu juga. Sekurang-kurangnya kita akan nampak pertambahannya dalam masa seminggu 2 dengan syarat kena sabar, konsisten dan istiqamah di mana prinsipnya juga sama seperti pengambilan suplemen. 

Perlu banyakkan rangsangan seperti kekerapan mengepam 3 jam sekali ataupun banyakkan direct feeding. Ada juga di antara ibu-ibu kurang minum air masak tapi mahukan output susu yang banyak. Kena ada keseimbangan keduanya, banyakkan minum air masak at least 3 liter, jadual mengepam 3 jam sekali dan bykkan direct feeding serta jangan lupa berdoa agar dipermudahkan perjalanan penyusuan. Setiap apa yang kita lakukan perlu displin, sabar dan istiqamah.  Jangan mengharapkan susu akan keluar memancut-mancut jika ibu sendiri tidak ada usaha untuk perbanyakkan susu.

Juga, boleh baca di sini untuk panduan POWER PUMPING



(1) Daun Alfalfa



alfalfa

Meskipun dalam set penyusuan tu ada pil alfalfa, tapi tak salah kalo nak makan daun alfalfa. Tapi kat Malaysia ni saya biasa jumpa orang jual daun alfalfa untuk haiwan ternakan (alfalfa sangat bagus untuk binatang ternakan!). Kalau kat supermarket yang ada ‘alfalfa sprout’ atau yang jenis cambah tu.

(2) Halba @ Fenugreek

fenugreek

Halba atau juga dikenali sebagai fenugreek merupakan milk booster yang agak terkenal di kalangan ibu2 di negara kita. Halba biasanya digunakan dalam masakan. Ada juga halba dihasilkan dalam bentuk pil.

(3) Jintan

jintan


Jintan ni sama dengan halba di atas, biasanya digunakan dalam masakan. Jadi tak hairanlah kalau lepas makan kari, kilang susu rasa penuh saja :)

(4) Kurma

kurma

Kurma membekalkan kalori segera, amat sesuai untuk ibu menyusu kerana ibu menyusu memerluka extra kalori.

(5) Susu

susu

Khasiat susu tidak dapat dinafikan lagi. Ibu perlu minum susu untuk menghasilkan susu. Mungkin ideal kerana bukan sahaja memberi kebaikan kepada susu ibu, malah juga menjaga tubuh ibu dengan membekalkan protin, kalsium dan berbagai jenis vitamin dan galian perlu.

(6) Keju

mozzarella cheese

Keju yang tinggi kandungan zat, sama seperti susu membekalkan protein, kalsium dan vitamin serta mineral perlu. Keju seperti juga susu dan produk tenusu lain, ia mudah diserap oleh tubuh. Jadi tak hairan kalau lepas makan keju, terasa ‘berat’ saja kilang susunya ;)

(7) Tempe

tempe

Tempe yang dibuat dari kacang soya adalah tinggi kandungan protein. Ia bukan saja membantu membanyakkan, malah memekatkan susu.

(8) Sayuran Hijau

sayur

Sayuran hijau seperti kucai, sawi, dan sebagainya membekalkan vitamin B perlu terutama asid folik yang penting dalam penyusuan susu ibu.

(9) Lobak Putih

lobak putih

Lobak putih mengandungi vitamin C melebihi buah-buahan, serta serat yang tinggi. Kedua-duanya membantu dalam penghasilan susu ibu, dan juga memperbaiki sistem imuniti tubuh ibu.




Dan banyak lagi makanan yang boleh membantu dalam menambah susu ibu. Walau bagaimana pun, semua usaha harus disertai dengan ilmu pengetahun dalam bidang penyusuan.




AMALAN WAJIB - KOSONGKAN PAYUDARA!


KERAP MENGEPAM – setiap hari sekiurang-kurangnya 2-3 jam sekali, terutama ketika bayi tiada bersama.




DOA

Doa membanyakkan susu ibu:



Zikir-zikir untuk membanyakkan susu ibu seperti YA MATIIN, Selawat dan sebagainya. Dan ibu-ibu hendaklah selalu bertaubat, bersedekah, membersihkan hati dan berbaik sangka dengan si pemberi rezeki.


Shaklee tiada suplemen yang bernama EPO (Evening Primrose Oil)

.. tetapi Shaklee mempunyai suplemen yang dikenali sebagai GLA Complex

yoursupermom_shaklee_glacomplex
GLA Complex daripada Shaklee


GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yangg normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.
  • Menggalakkan kesihatan semasa kitaran haid
  • Menyokong sistem imun
  • Setiap kapsul Shaklee GLA Complex mengandungi asid-asid lemak utama daripada campuran minyak bunga matahari dan vitamin E, serta Shaklee Guard, iaitu sistem antioksidan semulajadi Shaklee yang eksklusif untuk memastikan keberkesanan penuh dan kesegarannya
  • Vitamin E membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriiti sel

 

Cadangan pengambilan GLA Complex untuk :

~ Diabetes
~ Period tidak teratur
~ Mencantikkan kulit

** Boleh hubungi saya untuk cara pengambilan suplemen ini.

Entry lain : Cerita EPO dan GLA







Asid lemak untuk wanita


Soalan: Saya telah mengamalkan pengambilan minyak evening primrose (EPO) sejak lebih daripada setahun yang lalu. Saya dapat rasai perubahan pada kelembapan kulit dan saya terfikir untuk diberikan kepada ibu. Apakah pengambilannya turut memberi kebaikan kepada ibu yang sudah berusia 52 tahun ?

Jawapan

Kegunaan minyak evening primrose bukanlah sesuatu yang baru, malah secara tradisionalnya ia telah digunakan oleh masyarakat asli Amerika untuk menangani masalah kulit dan keseluruhan pokoknya direbus untuk masalah batuk, sakit kerongkong, artritis, lebam dan beberapa lagi. Pada kurun ke-20 ahli saintis Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji evening primrose boleh diekstrak. Hasil analisis mendapati bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA).

Kandungannya yang kaya dengan GLA ini semakin mendapat perhatian dan kajian tidak terhenti begitu sahaja, malah kini ia dikenali dan digunakan di seluruh dunia.

Keajaiban dan kemujaraban kandungan minyak evening primrose ini mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk menyokong kegunaannya ke atas beberapa masalah kesihatan termasuklah sindrom prahaid (PMS), artritis reumatoid, diabetik neuropati (masalah terjejasnya fungsi saraf akibat diabetes), ekzema, kesakitan payudara, alergi, menopos dan beberapa lagi. Ini menjadikan tumbuhan yang berasal dari Amerika Tengah ini semakin berkembang dan lebih dikenali.

Asid-asid lemak perlu (EFA) adalah kumpulan lemak politaktepu yang penting untuk fungsi tubuh. Asid lemak perlu merupakan komponen membran sel dan sel-sel saraf. Ia juga membantu mengekalkan intergriti membran-membran sel yang membenarkan nutrien-nutrien memasuki sel-sel dan penyingkiran bahan buangan. Asid-asid lemak ini juga menyumbang kepada kebendaliran membran sel untuk membolehkan komunikasi antara sel-sel berlaku.

Bagi mereka yang mengalami sesetengah masalah kesihatan seperti diabetes, pengambilannya mungkin lebih diperlukan kerana penukaran linoleic acid kepada GLA menjadi lebih sukar dan perlahan. Ini penting kerana untuk membolehkan ia digunakan sepenuhnya oleh tubuh, ia perlu ditukar kepada GLA.

Selain itu, faktor pemakanan dan gaya hidup juga boleh menjejaskan penukaran ini. Ini merangkumi makanan yang tinggi dengan lemak tepu, makanan proses, kolesterol, gula dan alkohol, stres dan peningkatan usia. Penukaran yang lemah ini boleh mengakibatkan paras prostaglandin yang lebih rendah.

Prostaglandin adalah bahan yang menyerupai hormon yang bertanggungjawab kepada beberapa fungsi tubuh, termasuklah dalam pengawalan tekanan darah, merehatkan salur darah untuk peredaran darah yang lebih baik, mencegah pembekuan darah, menghalang sintesis kolesterol, mengawal tindak balas hormon dalam sistem reproduktif dan juga mengawal paras insulin dan sebagainya.

Pengambilan asid lemak melalui makanan harian adalah perlu memandangkan ia tidak boleh dihasilkan oleh tubuh. Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.

Dengan itu, jika diambil kira faktor-faktor seperti peningkatan usia, faktor kesihatan, pemakanan dan gaya hidup kini, pengambilan minyak evening primrose boleh memberi manfaat kepada wanita sama ada untuk alasan kesihatan mahupun kecantikan secara umum.

sumber : http://utusan.adamantsys.com/utusan/info.asp?y=2011&dt=0417&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_06.htm

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 


 Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan: 

 Hadhatina Mkb 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 846060 ] 
♥ Contact No | WhatsApp :019 293 9886 
♥ Emel : hadhatina@yoursupermom.net 
♥ Laman web: yoursupermom.blogspot.com