5 Makanan Berwarna Merah Untuk Jantung Yang Sihat

Jantung merupakan organ yang sangat penting dan istimewa bagi setiap kehidupan kita. Jantung berfungsi untuk mengepam darah yang mengandungi oksigen dan nutrien ke seluruh tubuh badan. Jantung yang sihat menjadikan kehidupan kita ceria, aktif dan produktif.

Namun demikian, penyakit jantung pula adalah pembunuh utama di Malaysia selain kencing manis dan darah tinggi. Paling menakutkan, penyakit jantung kini menyerang tidak kira usia termasuk golongan muda. 

Walaubagaimanapun, langkah pencegahan boleh dilakukan termasuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang sihat serta seimbang.

Bercakap mengenaik pemakanan, tahukah anda bahawa warna makanan yang kita ambil sehari-hari mempengaruhi kesihatan jantung anda? Dikatakan buah dan sayur yang berwarna merah mampu menurunkan risiko terkena penyakit jantung sehingga 50 peratus.

Berikut adalah antara beberapa jenis makanan semulajadi berwarna merah yang elok diamalkan untuk kesihatan jantung


Tomato

Lycopene adalah sejenis phytonutrient yang memberi warna merah kepada tomato. Lycopene juga adalah sejenis antioksidan yang kuat. Kajian menunjukkan kaum wanita yang banyak mengambil makanan yang berasaskan tomato mempunyai kadar perlindungan kesihatan jantung yang lebih tinggi. Selain itu, tomato juga merupakan sumber vitamin C dan potassium yang penting untuk kesihatan jantung.

Strawberi

Dikatakan khasiat vitamin C di dalam 8 biji buah strawberi adalah bersamaan dengan sebiji buah oren. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa buah strawberi mampu mengurangkan keradangan dan mengelakkan LDL daripada teroksida. Amalan memakan buah strawberi juga bagus untuk mengawal kandungan gula dalam darah, serta memperbaiki fungsi insulin dalam badan.

Kacang Merah

Cuma ada sedikit sahaja lemak, serat dan kolestrol di dalam kacang ini berbanding kacang lain. Kacang merah dikatakan boleh menurunkan tekanan darah, dan kaya bahan antioksidan yang bagus untuk kesihatan jantung.

Anggur Merah



Kaya dengan antioksidan dan serat. Anggur merah diketahui membantu menurunkan tekanan darah, anti-radang, juga membantu mengurangkan kerosakan otot jantung akibat diet berlebihan garam. Anggur merah juga diketahui mampu merendahkan paras triglyceride dalam darah, merendahkan paras LDL kolestrol, dan memperbaiki fungsi pembuluh darah.
Di Shaklee, kami mempunyai Vivix yang mana bahan utama minuman botani anti-penuaan ini antaranya adalah anggur merah Muscadine.

Epal Merah



Ahah! Selalu makan buah epal kan? Nah! Kajian menunjukkan bahawa dengan memakan buah epal bersama kulitnya mampu menurunkan LDL (jahat) kolestrol sehingga 40%. Juga, 18 tahun kajian yang pernah dibuat terhadap 34,000 orang wanita selepas menopouse menunjukkan dengan amalan makan buah epal mengurangkan risiko kematian kerana sakit jantung.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Shaklee Certified Product Trainer
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!