Gout adalah penyakit eksklusif untuk lelaki dan jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanya selepas wanita mengalami menopaus.

Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Gout kronik berupaya untuk mengganggu kehidupan harian yang normal. Paling digeruni adalah kecacatan sendi dan otot, sama ada kecacatan ringan atau berat.

Kajian menunjukkan bahawa pesakit gout juga berisiko untuk mendapat penyakit sistem kardiovaskular serta berupaya menyebabkan kegagalan ginjal.

Penulis mendapatkan pandangan Pakar Perunding Rheumatik, Dr. Anwar Samhari Mat Arshad dari Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang mengenai penyakit yang digelar 'Disease of King' ini.

Bagaimana serangan gout berlaku?

>> Akibat pemendapan kristal asid urik dalam rongga sendi. Lama kelamaan akan menyebabkan kristal garam dan mencetuskan rasa sakit sendi teramat sangat. Selalunya bermula dari sendi ibu jari kaki dan menular ke sendi lain.

>> Serangan gout berpunca dari peningkatan kadar asid urik dalam darah (hyperuriceamia).

Jenis-Jenis Gout:

Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat;

1 - asimptomatik (tiada simptom)

2 - akut, simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.

3 - interkritikal

4 - kronik -serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam.

Tofus

Pengumpulan asid urik boleh dilihat melalui pembentukan benjolan kecil di permukaan kulit yang dipanggil tofus. Pada keadaan yang lebih serius, tofus yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur. Selain kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan.

Jumlah tofus berkait rapat dengan berat badan dan kadar asid urik di dalam badan manusia. Tofus akan berkurangan apabila kadar asid urik berada di bawah paras empat mg/dl, dan menjadi lebih besar berat jika paras asid urik berlebihan dari 11 mg/dl.

Bagaimanapun, bukan semua sakit sendi disebabkan kristal asid urik kerana pemendapan kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan kesakitan pada pergelangan kaki, lutut dan pergelangan tangan - yang dipanggil gout palsu atau pseudogout.

Risiko

>> Jantina - lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus.

>> Gaya hidup - Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout.

>> Obesiti - individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.

>> Sesetengah penyakit - tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah)

>> Individu yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba.

>> Ubat tertentu - ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan.

>> Genetik - kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.

>> Umur - gout biasa menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.



Bila Sepatutnya Mendapatkan Rawatan?



Dapatkan rawatan doktor dengan segera apabila sendi berasa panas, bengkak dan sakit kerana jika tidak dirawat masalah ini akan bertambah buruk serta boleh menyebabkan kerosakan sendi.

Rawatan

Buat masa sekarang, tiada rawatan khas untuk menyembuhkan gout tetapi masalah ini boleh dikawal dengan mengambil ubat penahan sakit bukan steroid (NSAIDs) seperti endomethacin, diclofenac atau ubat penahan sakit generasi baru seperti celebrex dan arcoxia.

Individu yang kerap mengalami serangan gout akan dibekalkan dengan ubat allopurinol oleh doktor untuk mengimbangkan paras asid urik dalam badan yang perlu diambil sepanjang hayat.



Beberapa ubat yang dicadangkan bagi rawatan jangka panjang termasuk uricosuric (probenecid dan sulphinpyrazone).

Manakala untuk serangan mendadak, pesakit boleh mengambil ubat antiinflamatori bukan steroid (NSAIDs), colchicine (untuk serangan yang kurang kerap) dan corticosteroids.

Untuk pesakit darah tinggi yang juga mengalami gout, disarankan untuk mengambil ubat darah tinggi yang dipanggil Losartan yang juga berkebolehan untuk menurunkan paras asid urik. Sejenis ubat anti-kolesterol yang dipanggil Lipanthyl juga mempunyai fungsi yang sama.

Diet Untuk Pesakit Gout:

>> buah ceri dan strawberi didapati mampu mengurangkan asid urik.

>> elakkan makanan tinggi purin iaitu yang berasal dari sumber protein

>> hadkan memakan daging kepada satu hidangan sehari



> kurangkan memakan organ dalaman haiwan, sardin dan ikan bilis dan hasil daging.

Makan Secara Sederhana:

>> asparagus, kacang lentil, kacang pea, cendawan, bunga kobis dan bayam.

>> minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mencairkan dan membantu proses penyingkiran asid urik.

>> berhati-hati dengan ubat seperti aspirin, diuretik, vitamin C.

Ditulis oleh:

Bintu Rasyada A. Rahman



Dipetik dari:



 
lots of love,
Ini SMS dari Momma Mia (Alin) ke salah seorang Malaysian Breastfeeding Peer Counsellor Group, Puan Nurul

PERTANYAAN:

''nurul ....alin ni.nk mintak tolong lagi bleh.ada ibu ni masih berpantang bsalin 20 hari..1st wk aft bsalin bb dia masuk NICU sb dehydrate.dtor kata susu dia sket n suh campur fm.dia dah berurut 3 hari n bidan kata susu dia byk.tapi bila dia pump dpt 1oz je plg byk 2oz.

JAWAPAN
..(dan ini jawapan Puan Nurul)... jom kita baca

Terimakasih kepada MommaMia yang sudi panjangkan soklan ni kepada acikk..maka acikk dengan rendah diri cuba tuk share kepada semua yang sudi ketahuinya..

Menurut Suhaili(si ibu tadi),ketika mengandung dia dan suaminya telah mengikuti kelas persediaan penyusuan ibu dan sebagainya so memang dia dan suami sudah berniat dan mahu menyusukan baby diorang dengan susu ibu sepenuhnya.Dalam kes Suhaili ni, doktor tadik mungkin telah menyampaikan info yang kurang tepat dimana sepatutnya doktor tersebut memberitahu bahawa Suhaili mungkin kurang kerap menyusukan babynya bukannya susu nya tidak cukup..maka kata-kata itu telah membuatkan si ibu tadik ni berfikir yang susunya memang tidak cukup untuk si anak sehingga anak kekurangan air didalam badan.(pelekapan mulut bayi yang salah ketika menyusu juga boleh menyebabkan bayi tidak mendapat susu yang secukupnya). Malah dengan menggalakkan si ibu supaya top-pup dengan susu formula akan menyebakan lagi si ibu tadi tidak yakin dengan kemampuannya menyusukan anak sedangkan bukan itu jalan penyelesaiannya.. saya amik contoh untuk dikongsikan bersama ini ayat daripada Kaunselor Laktasi iaitu Puan Kamariah dr susuibu.com
Suhaili ade juga menanyakan tentang pengambilan supplemen..untuk makluman tidak salah untuk mengambil makanan tambahan lain sekiranya si ibu tadi merasakan perlu tapi pastikan ianya sesuai dengan tubuh badan kita dan tidak mengandungi bahan-bahan yang memudaratkan. Sememangnya ibu yang menyusu perlu mengambil makanan yang seimbang,pernah seorang rakan saya yang bekerja dalam bidang pemakanan memberitahu sebenarnya kita hanya perlu mengambil lebih kurang sebesar kotak mancis bagi hidangan seperti sayur dan lauk pauk bagi sekali hidangan nasi. Namun jika si ibu merasa perlu tuk mengambil supplemen untuk menampung kekurangan zat didalam tubuh tidak salah,paling penting jangan bandingkan tubuh kita dengan orang lain jika merasa kurang yakin berjumpalah dengan mereka yang lebih pakar dan arif tentang hal ini.
Kadangkala dan kebanyakan masa, ramai ibu mempunyai persepsi, bayi tidak cukup menyusu berdasarkan keadaan payudara yang tidak begitu bengkak dan hampir kempis. Hakikatnya, amat jarang sekali bayi tidak cukup menyusu kerana jika diteruskan juga, susu pasti akan mengalir juga walau dalam kuantiti yang sedikit. Secara tabiinya, apabila susu telah dikeluarkan dari payudara, maka susu yang baru pula akan dihasilkan. Namun jika ibu yang memang ditakdirkan mempunyai 'kilang' penghasilan susu yang agak sedikit, maka resolusinya adalah tambahkan kekerapan penyusuan atas sebab yang diterangkan di atas. (Bukan top up dengan formula yer!) Nasihat saya, untuk memastikan bayi cukup menyusu, perhatikan pengeluaran bukan berdasarkan kemasukan. Maksud saya, jika bayi cukup menerima susu, pasti ada najisnya. Sekurang-kurangnya, bayi akan membuang air kecil 6 kali atau lebih. Selain itu, perhatikanpertambahan berat badannya. Jika naik normal, ini bermakna bayi memang mendapat cukup susu.

Tentang masalah bila pam cuma dapat 1oz hingga 2oz.. itu adalah keadaan normal bagi ibu yang direct feeding lebih-lebih lagi apabila mengepam setelah anak selesai menyusu.Hisapan daripada mulut bayi adalah mekanisme terbaik bagi meransang penghasilan susu ibu maka sememangnya tak boleh nak bandingkan dengan kadar penghasilan susu yang keluar melalui sedutan pam sudah tentulah mulut bayi adalah yang terbaik.Jika bayi masih merengek dan kembali menghisap susu setelah 5 minit menyusu itu adalah normal kerana pada usia begini bayi merasa selesa dan suka menghisap.Keperluan bayi amat sedikit diawal kelahiran terutama pada 3 hari pertama. si ibu tak perlu merasa risau. Susu tu ada cuma kuantitinya sedikit. Itulah namanya kolostrum, kemudian pada hari yang seterusnya susu peralihan mula keluar. So payudara si ibu akan mula bengkak sebab tu ramai ibu kata lepas 4-5 hari baru susu keluar..sebenarnya susu dah ada dan sangat cukup untuk keperluan bayi yang baru lahir. Cuba tengok balik tanda-tanda baby cukup susu. Perut bayi yang baru lahir hanya sebesar lebih kurang sebiji anggur maka kira-kira 7ml atau beberapa titik susu sudah cukup untuk membuatnya kenyang. Seperti yang pernah saya kongsikan sebelum ini bayi yang baru lahir memang kerap menyusu dan pada minggu-minggu pertama kelahiran ini si ibu seharusnya kerap menyusukan anak bagi meransang pengeluaran susu ibu tetapi jika sudah di campur dengan susu formula dan sebagainya maka dari situla bermulanya susu ibu akan berkurangan harus diingat semakin banyak permintaan maka banyakla penghasilan susu itu.jika bayi sudah kenyang dengan disebabkan telah menyusu dengan susu formula maka kekerapan bayi menyusu dengan susu ibu akan berkurangan lantas juga menyebabkan kurangnya penghasilan susu ibu itu.

Saya berharap kawan-kawan yang mengalami masalah seperti Suhaila boleh mengambil panduan daripada jawapan Puan Nurul ini, inshaALLAH. Yang penting, kita harus bersederhana dalam semua aspek kehidupan ni. Kita pro-breastfeeding tapi jangan condem orang bagi formula milk kat anak (mungkin dia akan jadi kawan seperjuangan kita satu hari kan?) ; kita tak makan suplemen jangan condemn orang jual dan amalkan suplemen (mana tahu anda sakit dan takut makan ubat, suplemen kitorang ni la yang anda cari nanti).

Sayang Dibalas Sayang (^_^)

lots of love,


Satu-satunya cara paling efektif untuk meningkatkan kuantiti susu ialah dengan mengosongkan payudara sekerap yang mungkin.
How can I increase pumping output?


To speed milk production and increase overall milk supply, the key is to remove more milk from the breast and to do this frequently, so that less milk accumulates in the breast between feedings.
sumber : http://www.kellymom.com/bf/pumping/pumping_decrease.html


So, mari kita study cara nak tambah kuantiti susu dan nak mempercepatkan penghasilan susu badan ni :-
PAM, PAM, PAM
- susukan bayi sekerap mungkin apabila bersama bayi
- pam susu sekerap mungkin. minimum 6 kali sehari (3 kali di ofis sekurang-kurangnya ; dengan satu sessi power pumping setiap hari). optimum ialah 8 - 12 kali sehari. ini tidak termasuk sessi direct-feed.
- pam setiap kali ada kelapangan. selepas bayi menyusu, semasa bayi tidur. boleh gunakan kekerapan 2, 3 jam sekali sebagai panduan.
- cluster pumping --> duduk berduaan dengan bayi dan breastpump anda, dan cuba pam dan susukan bayi berselang seli setiap setengah jam ke sejam selama beberapa jam.
- buat power pumping

BREAST YANG DIKOSONGKAN
- berapa lama anda pam bagi setiap payudara? dicadangkan untuk tujuan meningkatkan penghasilan susu badan, anda harus pam selama 15 minit each breast. lebih baik jika dapat gunakan kaedah double pumping.teruskan mengepam walaupun sebelum 15 minit susu dah tinggal setitik dua.
- guna kaedah double pumping. sangat berkesan especially bagi mereka yang berhasrat nak maintain milk supply. namun still depends on individu. ada juga ibu-ibu yang lebih  suka gunakan kaedah marmet.
- apply kaedah breast massage dan breast compression
- make sure pam yang digunakan tu selesa dengan anda. keselesaan turut membantu ibu dalam penghasilan susu yang dipam.

MENGAMBIL GALACTAGOGUES
- boleh amalkan makanan penggalak susu seperti oats, horlicks, barli, keju dan lain-lain yang bersesuaian dengan tubuh masing-masing.
- anda juga boleh mengambil milk booster seperti fenugreek dan alfalfa untuk membantu meningkatkan penghasilan susu badan.

Ini semua adalah basic yang saya harap boleh membantu kawan-kawan yang mengalami masalah 'susu-tak-banyak-masa-pam'. Oh ye! Tunggukan entry saya selepas ini untuk tahu apa kata MBPC tentang masalah 'susu-tak-banyak-masa-pam' dan juga pengambilan suplemen bagi bf mommies.

sumber rujukan : http://www.kellymom.com/bf/pumping/pumping_decrease.html

 
lots of love,
Alhamdulillah.. saya sangat gembira apabila customers saya memberikan feedback positif setelah mencuba set penyusuan yang kami sediakan. Set penyusuan yang terdiri daripada Vitalea, B Complex, Vitamin C dan Alfalfa. Ini adalah set basic (asas). 

Tapi, tak kurang juga yang tidak mendapat hasil yang mereka mahu, lebih-lebih lagi jika mereka ini sedang mengalami zaman kemelesetan hasil tenusu. Saya faham, semua orang kalau boleh mahu hasil yang cepat. Tapi, perlu diingat, vitamin bukan ubat, bukan dadah .. secepat mana hasil yang mahu dilihat depends pada kondisi tubuh dan usaha masing-masing.

Bagi yang mengambil Set Penyusuan, ada TIGA PERKARA PENTING harus anda lakukan.

Tiga Tips Penting Sukses Breastfeed dengan Vitamin Shaklee


1.Minum 3 liter air masak sehari : air merupakan indicator yang sangat penting bagi mereka yang mengambil natural supplement kerana air membantu untuk mengatasi masalah healing crisis, sebagai contoh ibu mengalami pening kepala jika kurang air dalam badan.


2. Pam 3 jam sekali/ min 6 kali sehari : lagi kerap anda kosongkan breast lagi banyak susu boleh dihasilkan (supply on demand). Power pumping juga sangat membantu buat jika perlu.

Notes : Bagi yang mahu relaktasi, anda harus pam setiap 2 jam dengan kekerapan 8-12 kali sehari sebelum mendapat rhythem yang anda mahukan.


3. Niat IKHLAS, DOA dan TAWAKAL : mintaklah dengan Allah S.W.T kerana rezeki susu ibu itu datangnya dari Dia, Ikhlaskan hati untuk menyusukan anak bukan sebab ikut-ikutan atau ingin bersaing dengan kawan-kawan, dan seterusnya Tawakal..banyakkan berzikir sewaktu menyusukan dan mengepam. Sabar dengan usaha yang telah dilakukan jangan cepat mengalah bila hasil tidak seperti yang diharapkan.

Ingat tau TIGA PERKARA PENTING ni. 

Sekarang mari kita lihat kenapa anda tidak mendapat hasil sebagaimana yang didapati dalam testimoni-testimoni customers kami yang berjaya :

5 Sebab Gagal Banyakkan Susu dengan Vitamin Shaklee

1. Tidak amalkan 3 langkah diatas : makan supplement dalam Set Breastfeeding Shaklee tapi minum air tak cukup, pam pun jarang-jarang hanya pam bila breast bengkak je..katanya kalau breast tak bengkak susu tak de..kalau macam tu lah caranya memang tak de maknalah perhabis duit beli supplement. Silap hari bulan dapat pening kepala je sebab bahana healing crisis (badan kurang air).



2. Tidak tahu fungsi vitamin : senang cerita main makan je, bila kawan-kawan kata set ni bagus ibu ni pun beli dan tak tahu pun apa yang dia beli dan apa yang dia makan. Vitamin ni bukan ubat, ia tiada dadah seperti yang tedapat dalam pil hormon untuk tambah susu. Vitamin bertindak secara perlahan dan lembut di dalam badan dan mungkin mengambil masa untuk serasi dengan badan kita. Janganlah mengharap bila makan Set Breastfeeding ni terus susu memancut-mancut keluar sedangkan baru je sehari makan, terus nak salahkan vitamin.



3. Tidak sabar dan tamak : seperti yang saya katakan tadi Natural Supplement Shaklee tiada mengandungi dadah dan mengambil masa untuk menampakkan hasil. Ibu-ibu kene sabar dan jangan cepat mengalah. Natural Supplement Shaklee bertindak mengikut badan kita jika badan kita banyak sel yang rosak maka lambatlah untuk menampakkan hasil. Ibu-ibu jangan tamak, bila dah mengambil satu jenis milk booster jangan pula dalam masa yang sama mengambil milk booster lain..atas alasan untuk memeriahkan susu, tapi apa yang ibu-ibu dapati anak yang akan cirit-birit. Makan dulu satu jenis jangan setiap jenis milk booster anda ingin cuba.



4. Berniat tidak baik : dalam apa jua perkara yang kita buat mestilah dengan niat yang baik "Lillah hi Taala". Jangan kita pesongkan niat kita, mintaklah dengan Allah supaya usaha kita ini membuahkan hasil seperti yang kita inginkan.



5. Tidak merujuk kepada pengedar yang sah : "niat bukan nak berniaga semata-mata" saya agak kecewa bila ada ibu-ibu yang mengambil Set Breastfeeding Shaklee ini tidak merujuk kepada pengedar apabila menghadapi masalah berkaitan pemakanan vitamin ini. Terus salahkan vitamin katanya tidak bagus tapi baru je makan 2 hari sebab pening kepala, itulah yang dinamakan healing crisis. Jika rujuk kepada saya, InsyaAllah saya cuba jawab bagi penyelesaian masalah anda.

So, dah tahu puncanya, sekarang saya kongsikan tips yang saya harap dapat membantu kawan-kawan yang belum berjaya.


Tips Buat Yang Mahu Tambah Susu dengan Vitamin Shaklee


1. Buat checklist : pastikan ibu-ibu telah buat 3 langkah di atas, wajib.



2. Belajar tentang vitamin@supplement : ibu-ibu boleh menggali di blog saya berkaitan vitamin@supplement, tidak perlu membeli buku yang mahal mengenai vitamin @ supplement. Mesti tahu tentang vitamin@supplement apa yang anda makan, jangan jadi buta dan terus mendengar kata-kata mereka yang tidak pro-vitamin. Sangat sedih bila ibu-ibu tidak tahu apa yang di makan dan terus salahkan vitamin.



3. Bersabar : bukan setiap usaha kita terus membuahkan hasil, kesabaran itu sangat penting untuk mengatasi sesuatu masalah. Jangan terburu-buru.



4. Betulkan niat : berniatlah untuk berubat, bukan berniat untuk cari kesalahan penjual semata-mata. "Lillah hi Taala" dalam apa jua yang anda buat.



5. Dapatkan nasihat pengedar anda : dapatkan dulu nasihat dari pengedar anda, kerana kebiasaannya pengedar akan merujuk kepada Pakar Nutrisi Shaklee, bukan memberi maklumat tanpa asas yang betul. Bukan semua Doktor pro-supplement (sama juga bukan semua Doktor pro-breastfeeding) kalau tidak masakan ibu yang tidak cukup susu disuruhnya tambah dengan Susu Formula. Tepuk dada tanyalah IMAN

*** rujukan : Mommy Lyna


InshaALLAH. Sekiranya anda ada masalah, kami sedia membantu.