Dah 8 hari saya makan Set Menyusu Shaklee. Ini EBM latest tadi. Perasan something tak?

Sangat yellowish kan?

Saya sangat suka tengok. Susu saya kelihatan begitu pekat, sedap, menyelerakan, penuh khasiat dan mengenyangkan.

Vitamin-vitamin Shaklee yang saya makan.

  1. Vitalea
  2. B Complex
  3. Vitamin C
  4. Alfalfa
  5. Ostematrix
  6. ESP
Berminat nak tahu lebih lanjut? Hubungi saya di 019 293 9886 atau hadhatina@yahoo.com


Ok kali ni saya snapped gambar EBM saya ya. Tak meriah pun sebab most of the time saya DF (direct-feeding) aje.


Lapisan lemak TEBAL ya


Dan satu lagi, warna EBM kekuningan/ kehijauan. Ini adalah normal. Kesan B Complex dan klorofil coating pada Alfalfa.

Saya suka!!

Icha dah makin cerdik!


Perkembangan terkini Icha

  1. Makin kuat dan kerap menyusu. Siang ; sejam sekali (Pengsan! Lagilah saya taknak cari kerja)
  2. Kalau boleh, nak sekalikan dua, tiga sessi penyusuan dalam satu kali sessi - bergayut lepas dah kenyang
  3. Dah tahu erti malam - cuma bangun sekali atau dua kali je lepas pukul 12 tgh malam (which means, i REALLY need to do the pumping)
  4. Pandai ketawa terkekek-kekek bila kena agah (especially dengan babah dia)
  5. COLIC DAH TAKDE, except emak dia bengong pi makan 'makanan larangan' untuk gassy baby ni =)
  6. Sangat pandai berborak, siap lawan bercakap dengan emak lagi (tak leh jadi ni! harus dilatih bahawa berborak ialah two ways communication)
  7. Objek2 kat muka icha (mata, hidung, bibir) macam emak dia, tapi bila secara keseluruhan muka icha tetap macam muka babah dia..hehe

Icha dan Shaklee


Kat atas tu wajah2 Icha baru bangun tidur tau. Ceria, segar dan nakal aje kan? Saya perasan Icha bangun tidur dengan mood yang sangat baik sejak hari kedua saya makan vitamin Shaklee tu. Alhamdulillah .. ruam2 yang naik kat muka dan leher icha pun nampak berkurangan, walaupun semalam saya tak sapu bedak sejuk yang atuk Icha bekalkan.

Oh! Gambar last tu masa icha sambung tidur lepas dapat breakfast tadi .. hehe (jadi kamu2 semua tahulah yang anak dara saya ni belum mandi lagi kan? :p).

"Emak, this is my own style ok" kata Icha.

Kesan2 lain saya tak perasan sangat sebab saya memang dah biasa makan suplemen. Tapi, mungkin susu badan saya ni dah jadi makin sedap agaknya sebab Icha makin kerap pulak menyusu, dan diteruskan dengan aktiviti bergayut sambil tidur dan bernasyid (ikut perangai mak nyanyah dia kot hehe). Maknanya icha nenen sekejap ajelah. Lepas tu dia akan tidur setidur tidurnya sampailah tummy cumilnya bagi signal susu emak dah habis hadam dan icha perlukan topup.

Mungkin benar susu badan jadi pekat, sebab tu icha nenen tak lama. Saya belum konsisten buat stok EBM, so takleh nak buat perbandingan.

All in all, saya dan Icha dah mula jatuh cinta dengan vitamin Shaklee.


Saya sekarang terpaksa ambil pil NORCOLUT.

Mengikut kefahaman saya, pil ini fungsinya untuk menstabilkan hormon saya.

UPDATE (OKTOBER 2014)

Daripada bacaan, fungsi Norcolut ialah :-

  1. Menangguhkan kedatangan haid
  2. Untuk rawatan penyakit endometriosis dan adenomyosis
  3. Merawat hormon imbalance PMS dan menopouse 
Alhamdulillah.. lepas follow aturan makan yang disyorkan oleh gynae saya, darah stop dan for the next month, saya period macam biasa. Sampai sekarang (2014) saya takde apa-apa masalah kronik. Namun, setiap kali lepas bersalin, darah nifas saya memang sentiasa berpanjangan. Kata gynae terbaru saya, ia disebabkan oleh tubuh saya sendiri dan takde apa-apa masalah. Saya sendiri sedanga hamil anak ke-4 sekarang ni :)

Darah nifas saya masih belum stop. Kejap ada. Kejap takde. Dan diragui kerana takde rupa dan dah lepas tempoh. Now, ia boleh dikategorikan sebagai Darah Istihadhah (Darah Penyakit)

Pil Norcolut yang dibekalkan oleh gynae
Gambar di atas ialah rupa pil Norcolut. Ada aturan makan yang perlu saya patuhi supaya darah istihadhah ni stop dan hormon kembali stabil. 2 biji Norcolut diambil setiap hari selama 5 hari dan stop. Darah sepatutnya stop pada masa ini. Lepas tu saya kena jumpa gynae semula untuk check-up.

Let's see what will happen to me! ;)

Love,

Mommy Icha