Cadangan vitamin untuk ibu menyusu


1) Vitalea
2) B Complex
3) Vitamin C
4) Alfalfa Complex
5) Ostematrix
6) ESP

Vitamin-vitamin ini kami pekejkan sebagai Set Penyusuan Tripple M. Jom baca apa kata customers kami yang berpuas hati.



Nak cuba? Kami turut menyediakan jadual pengambilan vitamin yang ekslusif untuk ibu menyusu, khas buat customers kami sahaja.

Boleh hubungi saya di 019 293 9886.
Entry ringkas, tips untuk membanyakkan susu badan.

Pertama. Harus faham konsep asas penyusuan susu ibu ialah supply and demand. 


Semakin kerap anda mengosongkan payudara, semakin banyak susu yang boleh terhasil. Syarat pam/perah ialah setiap 3 jam sekali dan minimum 6 kali sehari. Bagi mereka yang bekerja disarankan mengepam 3 ke 4 kali sewaktu tempoh bekerja (waktu kerja normal 8 jam). Sessi yang disarankan ini tidak termasuk semasa bayi direct feeding.


Kedua. Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Samada anda mengambil sebarang jenis suplemen @ milk booster ataupun tidak, pastikan tubuh anda mendapat bekalan air yang cukup. 3 liter sehari sekurang-kurangnya, dan lebih lagi di kala hari panas atau tubuh sedang kurang sihat. Minumlah sedikit demi sedikit, dan pastikan ada indicator.

Ketiga. Berdoalah semoga ALLAH memudahkan usaha murni kita ini. 

Susu ibu adalah hak anak-anak kita. Itu adalah rezeki untuknya yang ALLAH salurkan melalui kita. Berilah pada dia dan mohonlah semoga ALLAH mudahkan perjalanan penyusuan anak-anak kita. Lagipun, lebih lama dia menyusu badan, lebih cerdik kan? Ingat, rezeki itu datangnya dari ALLAH atas usaha kita.

Jadi, andai anda patuhi 3 prinsip asas ni, InshaALLAH anda akan berjaya. Ni pula petua banyakkan susu badan dengan bahan-bahan yang ada di rumah. Bolehlah cuba.


Petua banyakkan susu badan


  1. Banyakkan minum air/jus buah-buahan/makanan bersup.(sehari dlm 2liter++) 
  2. Banyakkan minum susu. Sebaiknya mengambil hidangan susu 3 hingga 4 hidangan sehari. 
  3. Banyakkan makanan berprotein. Protin penting kerana komposisi utama dalam susuibu ialah protien dan protin diperlukan utk membina sel, kulit, rambut dan pertumbuhan yg sihat. Sebab tu saya sangat suka dgn ESP (energizing soy protin) 
  4. Makan nasi panas bersama halia muda (hiris nipis2) campur dgn air asam 
  5. Minum air asam jawa direbus dengan gula merah bersama dengan asam keping. 
  6. Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Rebus hingga didih. Minum air rebusan 2-3x sehari 
  7. Ambil lobak putih. Cuci bersih dan kisar sehingga halus. Campurkan dengan segelas air suam. Minum 2x sehari. Juga boleh dibuat sup lobak putih.. 
  8. Sapu sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Layur pada api sehingga layu.Setelah agak suam, tekap daun sirih tersebut pada payudara. Amalkan setiap hari. 
  9. Makan lebih sayur2an ..especially sayuran yang dapat membanyakkan air susu ibu seperti brokoli,lobak putih,seleri, sawi putih, peria, Ulam pegaga dan ulam jantung pisang.

Semoga berjaya!

Rata-rata ibu-ibu yang sms/ email saya mengadu kerunsingan yang lebih kurang serupa - susu mulai berkurangan setelah mereka mulai bekerja. Dan, mereka bertanyakan kepada saya samada vitamin Shaklee ini boleh membanyakkan susu badan mereka?

Daripada pemerhatian saya mendapati, kemungkinan mereka menghadapi masalah yang lebih kurang serupa ini adalah kerana sebab yang sama.

Di sini saya kongsikan sebab-sebab yang memungkinkan masalah itu berlaku
  • Tidak disiplin mengepam. Maklum saja bila dah kerja bukan boleh suka-suka hati nak tinggal kerja, terutama yang sentiasa kena ‘on-call’ atau ‘stand-by’. Ibu yang bekerja di kaunter, kerja di production line, dsb biasanya menghadapi masalah untuk mengepam secara konsisten.
  • Bayi keliru puting. Ada bayi yang apabila diberi puting botol, maka dia lebih menggemari puting botol berbanding ibunya sendiri. Ini menyebabkan ibu kurang mendapat rangsangan penyusuan kerana bayi kurang menyusu di payudara.
  • Kurang minum air. Maklumlah bila dah sibuk tu, nasiblah bernafas ni tak payah nak diperingat. Kalau tak bernafas pun lupa.
  • Stress. Tak ramai yang sedari bahawa dia sebenarnya dalam keadaan stress. Stress ni tak semestinya datang dalam keadaan kita tertekan, rasa nak bunuh diri, etc.. stress juga terjadi bila terlalu banyak benda nak difikir/dibuat dalam satu masa, walaupun kita rasa “Eh, aku OK je” tapi kimia-kimia dalam tubuh kita kadang tak dapat nak cope. 
Bukan mudah ya mahu berjaya dalam missi penyusuan susu ibu jika kurang motivasi dan ilmu. Tapi jangan risau, seandainya anda mendapati susu badan anda mulai berkurangan, cepat-cepat buat checklist di bawah.
  • Adakah mengepam di pejabat 2-3 jam sekali?
  • Adakah bayi masih gemar menyusu di payudara seperti semasa bercuti?
  • Adakah cukup minum air (biasa 8 gelas sehari, bagi yang mengambil supplement 3 litersehari)
  • Adakah menghadapi tekanan walaupun sedikit?
  • Adakah cukup rehat?
Jadi pastikan jawapan2 utk bersoalan di atas:
  • YA
  • YA
  • YA
  • TIDAK
  • YA

Pengambilan vitamin asasnya adalah untuk membantu tubuh si ibu lebih sustained bertenaga, less stress dan lebih immune. Ketiga-tiga perkara ini penting seiring selalu demi kejayaan dalam penyusuan susu ibu itu. Untuk membanyakkan susu pula, patuhi peraturan pertama iaitu SUPPLY Vs DEMAND. Stimulasi yang secukupnya pada payudara amat crucial, bukan milk booster yang utama.

Konsep asas penyusuan susu ibu ialah SUPPLY vs DEMAND.

Lebih tinggi DEMAND = PERMINTAAN, maka lebih tinggi SUPPLY = BEKALAN.

Mudah kan? Macam mana nak create demand?

Pastikan anda mempunyai dan melakukan sessi perahan yang konsisten. Tetap. Jangan sesekali tunggu sampai breast bengkak berdenyut-denyut dan terasa penuh baru nak pam. Bahaya! Ini mengundang kepada kemeruduman production breastmilk anda.

Jika penat, stress, takde mood dan malas .. sila amalkan pengambilan suplemen mulai hari ini, dengan konsisten. Tanamkan azam dalam diri untuk memberi susu ibu sepenuhnya kepada anak anda. Suplemen Shaklee adalah pilihan saya, dan set penyusuan Shaklee sangat disyorkan buat anda. Ia lebih daripada sekadar milk booster, kerana set ini adalah gabungan vitamin-vitamin pelengkap nutrisi tubuh anda bersama kehadiran suplemen yang mampu membantu menjadi milk booster (namun istilah yang lebih tepat ialah suplemen yang membantu mempercepatkan penghasilan susu badan setelah dikosongkan daripada breast)

Jom baca testimoni ibu ini. Credit to Kak Norita






Ibu-ibu yang mengamalkan suplemen Shaklee, ia memberi faedah lebih daripada apa yang anda mahu. Sila dapatkan konsultasi percuma terlebih dahulu sebelum mencuba mana2 suplemen Shaklee.