Jan 7, 2018

Resolusi SIHAT Tahun Baru 2018

Alhamdulillah, anak ke-5 saya dah nak masuk 7 bulan usianya bulan ni. Ikut pengalaman sebelum ni, tubuh badan saya fully recovered and strong start baby masuk 6 bulan. Kiranya nak buat aktviti agak lasak (yang terkawal) dah boleh lah.. 

Hormon dalam badan pun dah stabil masa ni. Saya pernah before ni, sepanjang tempoh 6 bulan pertama dengan baby, alami masalah darah istihadhah yang on off sampai saya dah mula risau bukan-bukan dan of course, STRESS SANGAT! Jenuh telan suplemen, uabt doktor, jaga makan minum, detoks, berurut dan sebagainya namun hasilnya hampa. Sehinggalah baby masuk umur 6 bulan terus okey. Yes, sangat ok dan normal. Hormon fluctuate sebab breastfeed ke? Entahlah.. yang penting ujian pap smear normal dan saya pregnant lagi lepas tu heheh.. alhamdulillah.

So, tahun ni bertambah setahun lagi umur, anak-anak masih kecil .. business lagi nak handle kan? Means untuk melaksanakan amanat dan tanggungjawab ni, saya perlu sihat. Inilah hasil refleksi diri, saya come out dengan resolusi tahun 2018 khas bab kesihatan aje.

Resolusi Sihat 2018 Saya


  1. Detoks setiap 2 bulan; samada detoks ala Shaklee atau detoks parasit
  2. Jogging setiap 2 hari di taman (sambil tolak stroller) sampai berpeluh-peluh
  3. Sign-up membership Body Tone (fuhhh!)
  4. Minum air 2-3 liter sehari tanpa fail! Wajib keep track bebetul.
  5. Makan dengan lebih sihat dan on time especially sarapan, lunch dan dinner. 
  6. Tidur malam on time.
  7. Bangun awal.
  8. Floss gigi setiap malam.
  9. Konsisten dengan produk penjagaan wajah YOUTH Shaklee.
  10. Konsisten makan suplemen Shaklee.
  11. Kurangkan minum kopi (now pun dah slow down sejak wujudnya #jurnalebmaqasyah)
  12. Solat fardhu on time (solat lewat ni buat kita rasa berdosa.. jiwa kacau)
  13. Consistenly journaling my life for self-motivations and reflections


Cukup dulu, saya akan make sure semua ni saya buat dan saya capai. Bila dah berjaya istiqomah at least 3 bulan, baru boleh upgrade. InshaALLAH.

Wish me all the best!


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Shaklee Certified Product Trainer
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya