Benarkan Wanita Tidak Digalakkan Memakai Coli Ketika Tidur? | Diari Vitamin 2016

Benarkan Wanita Tidak Digalakkan Memakai Coli Ketika Tidur?





Selalu kita dengar tentang saranan untuk wanita supaya tidak memakai bra semasa tidur. Menurut kajian, waktu yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah dengan tidak memakai bra ketika tidur.

Bagaimanapun, saranan memakai bra ketika tidur untuk mengelakkan payudara kendur seperti yang disarankan lagenda Hollywood Marilyn Monroe mungkin membuatkan anda berasa ragu-ragu terhadap pendapat untuk tidak memakainya ketika tidur.
Menurut Dr. Amber Guth , profesor bersekutu pembedahan dan pengarah Breast Cancer Surgery Multidisciplinary Fellowship di NYU Langone Medical Center, tidak ada bukti yang kukuh tidur dengan bra akan memberi manfaat atau berbahaya terhadap kesihatan payudara , malah kesan payudara mengendur boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti kehamilan dan penyusuan bayi selain faktor usia dan graviti.

No Bra Day on 13 0ct


Pakar pembuat coli, Linda Becker pula berpendapat, graviti merupakan faktor terbesar yang mempengaruhi masalah payudara kendur. Jadi individu yang memakai coli lebih lama (lebih dari lapan jam) akan mendapat manfaat ini kerana payudara mereka mendapat sokongan yang lebih lama.
Jadi mana saranan yang betul sebenarnya? Pakai atau tidak?
Menurut Linda, ianya bergantung kepada saiz payudara anda sendiri. Jika anda memiliki saiz cup A dan B, mungkin tidak perlu. Namun jika anda memiliki saiz payudara yang lebih besar, anda mungkin perlu memakai coli semasa tidur untuk memberi sokongan dan keselesaan semasa tidur. Bgaimanapun anda disarankan untuk tidak memakai bra dengan sokongan underwire (dawai) kerana ia boleh memberi kesan kerengsaan sebaliknya pakai coli jenis soft-cup.
Jadi menurut laporan ini, memakai bra ketika tidur tidak membawa kepada risiko kanser payudara . Jadi pakai atau tidak semasa tidur adalah pilihan anda dan ianya bergantung kepada keselesaan sendiri.


Emel : faraharinamohamadshapri@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...