Oct 10, 2016

VAKSIN 5 SERANGKAI ??





As salamualaikum dan selamat pagi semua. Saya harap semua pembaca dalam keadaan sihat. Ok, hari ni saya ada satu perkongsian yang mungkin membuatkan pembaca tertanya tanya dengan tajuk saya. Tetapi biasanya para ibu sudah sedia maklum mengenai vaksin 5 serangkai ini. Sebelumitu, jom kita kenali apa itu vaksin dan apa itu vaksin 5 serangkai?


APA ITU VAKSIN?

Secara umumnya, vaksin adalah sejenis bahan yang diyakini dapat melindungi seseorang dari penyakit. Vaksin juga biasa disebut sebagai suntikan yang bertindak sebagai ubat untuk mencegah penyakit.

Vaksin 5 serangkai yang dikenali sebagai vaksin lima serangkai DTaP-IPV//Hib ini wajib diambil bagi kanak-kanak untuk mengelakkan dari penyakit 5 serangkai iaitu penyakit Differia, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus Influenza type B.

MENGENAI VAKSIN 5 SERANGKAI

Vaksin 5 serangkai ini merupakan vaksin yang wajib diambil oleh kanak-kanak pada usia dua, tiga, lima dan 18 bulan. Namun begitu, jadual suntikan dos tambahan Vaksin 5 serangkai yang diwajibkan pengambilannya ke atas bayi yang berusia 18 bulan ditunda kepada 24 bulan.

Tiga dos pertama yang juga disebut sebagai ' prime dose ' ini amat penting bagi kanak untuk melindungi mereka dari lima penyakit tersebut. 

TERKINI TENTANG VAKSIN 5 SERANGKAI

Kementerian Kesihatan mencatat peningkatan mendadak dalam pengambilan vaksin lima serangkai yang lengkap bagi melindungi bayi dan kanak-kanak daripada pelbagai jangkitan penyakit di semua klinik dan hospital, susulan tercetusnya kes difteria di negara ini Jun lepas.


Peningkatan mendadak itu dikesan berikutan penularan virus difteria dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa dengan kes terbaharu membabitkan seorang suri rumah berusia 41 tahun di Rembau, Negeri Sembilan pada Ahad lepas.

Kes tersebut seakan membuka mata para ibu bapa untuk mengambil langkah penjagaan awal untuk anak mereka. 

Selepas enam tahun imunisasi lengkap diberikan, paras antibodi yang terbentuk dalam tubuh akan mula berkurangan. Namun, sel-sel memori yang spesifik terhadap penyakit difteria akan membantu pembentukan antibodi dengan cepat sekiranya mendapat jangkitan di masa hadapan.


Apabila sejumlah besar bakteria Corynebacterium Diphtheria masuk ke dalam tubuh penerima imunisasi lengkap, antibodi yang terhasil mungkin tidak cukup bagi melawan jangkitan itu, tetapi mereka hanya akan mengalami gejala ringan dan terhindar daripada komplikasi penyakit.





KESIMPULAN 

Sebagai kesimpulan. ibu bapa haruslah sentiasa peka dengan kesihatan anak-anak dan mengambil serius tentang suntikan yang disarankan atau diwajibkan oleh pihak yang pakar.

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan penyesalan di kemudian hari. 

" SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA "









* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nur Ayuni bt Muhamad Apandi
No Tel : 0112 5469079
Emel : ayuniapandi25@gmail.com
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya