Oct 4, 2016

HFMD, Berwaspadakah Anda?






Assalamualaikum dan selamat pagi dari cik Ayuni hari ni. 

Ok, hari ni saya nak kongsikan kepada korang semua tentang penyakit epidemik iaitu penyakit HFMD. mesti tak semua tahu kan apa tu HFMD. Ok, jom saya terangkan.

APA ITU HFMD?

     Secara umumnya, HFMD adalah sejenis penyakit berjangkit yang diknali sebagai Penyakit Tangan, Kaki,  dan Mulut ( Hand, Foot and Mouth Disease ). Untuk pengetahuan anda, kes HFMD ini sudah pun meningkat sebanyak 17.8 peratus iaitu sebanyak 23,454 kes di seluruh Malaysia. Menakutkan bukan?
      
      Penyakit HFMD ini disebabkan oleh sejenis enterovirus dengan majoriti adalah disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71 ( EV71 ). Penyakit ini sangat mudah merebak melalui sentuhan dengan air liur, cecair lepuh dan najis dari mereka yang berpenyakit. 



ADAKAH HFMD MUDAH BERJANGKIT?

Ya, HFMD memang sejenis penyakit yang mudah berjangkit. Penyakit ini amat mudag berjangkit terutamanya kepada kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Wabak ini mampu berjangkit dari seorang pesakit kepada individu lain melalui hubungan terus ( direct contact ) dengan cairan dari hidung, mulut, peluh mahupun najis penghidap HFMD. Penyakit ini sangat mudah berjangkit sehinggakan walaupun minggu pertama, wabak ini sudah mampu berjangkit. 

SIMPTOM YANG BOLEH DIKENALPASTI

** Demam  

** Ulser di tekak dan mulut

** Sakit kepala

** Hilang selera makan

** Ruam dengan lepuh di mulut, tapak tangan, kaki, lutut dan kawasan lampin

** Muntah dan cirit birit

CARA MENCEGAH HFMD

Yes. Cara mencegah tetap ada walaupun penyakit ini sangat mudah berjangkit. 

1. Amalkan penjagaan kebersihan diri dan tempat tinggal




      - Basuhlah tangan anda sekembalinya dari tempat kerja sebelum menyentuh anak anda.
      - Membasuh tangan dengan air dan sabun selepas ke tandas, menukar lampin anak dan lain-lain.
      - Menggalakkan anak-anak membasuh tangan selepas bermain di taman, ke tandas dan sebelum makan
      

2. Elakkan membawa anak-anak ke tempat awam yang sesak sekiranya mereka disahkan dijangkiti HFMD.

3. Elakkan hubungan rapat seperti mencium, memeluk atau berkongsi pinggan dengan orang yang dijangkiti



Sebelum saya tamatkan perkongsian saya, saya boleh mencadangkan produk yang Inshaallah dapat membantu anda meningkatkan sistem imunisasi anak. Inshaallah. Sesungguhnya kita hanya mampu mencuba, Allah jua yang Maha Penyembuh.




Ok, sampai di sini sahaja perkongsian saya tentang HFMD. Berwaspada lah anda, sesungguhnya penyakit ini sangat mudah merebak. Sekian dari cik Ayuni. Kita jumpa di lain hari. Assalamualaikum. 










* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nur Ayuni bt Muhamad Apandi 
No Tel : 0112-5469079
Emel : ayuniapandi25@gmail.com
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya