Oct 18, 2016

Gusi Berdarah.. Pentingkah Penjagaan Gusi?


     Assalamualaikum dan selamat pagi saya ucapkan untuk semua pembaca setia Diari Vitamin. Terima kasih saya ucapkan kerana terus setia bersama kami. Okay, hari ni saya nak kongsikan mengenai ' Gusi Berdarah '

     Dalam dua, tiga hari ni, gusi saya sering berdarah terutamanya setiap kali memberus gigi. Saya yakin anda sendiri mesti pernah mengalami gusi berdarah bukan? Sudah menjadi satu kebiasaan untuk sesiapa sahaja untuk mengalami gusi yang berdarah lebih-lebih lagi ketika memberus gigi. Tapi, tahukah anda punca-punca gusi berdarah? Apakah kesannya andai gusi berdarah itu tak dirawat dengan segera? Jom kita kenali semua mengenai gusi dan gusi berdarah.

APA ITU GUSI BERDARAH DAN APA PENYEBABNYA?



Gusi yang merupakan tempat pertumbuhan gigi sering mengalami gangguan akibat sisa makanan. Masalah gangguan gusi adalah gusi berdarah. Gusi berdarh merupakan masalah yang sering kali diabaikan. Masalah sekecil gusi berdarah sekalipun andai dibiarkan, mampu menyebabkan masalah yang lebih serius. 

Antara penyebabnya adalah kesilapan dalam cara memberus gigi. Aktiviti memberus gigi yang terlalu kuat dan kasar mampu menyebabkan berus gigi itu kena pada gusi dan akhirnya menyebabkan keradangan pada gusi. Radang pada gusi bermaksud gusi kita akan merah, membengkak, sakit dan akhirnya berdarah apabila diberus dengan kasar. Selain itu, gusi berdarah juga kadang kala adalah disebabkan oleh kurangnya penjagaan kesihatan gigi.

     Gusi yang berdarah pula andai dibiarkan akan menyebabkan terjadinya penyakit "Gingivitis" dan akhirnya membawa kepada perioditis. Gingivitis merupakan antara penyakit kronik yang disebabkan oleh pengumpulan plak gigi dari sisa-sisa makanan yang terdapat pada celah-celah gigi. Manakala Perioditis pula adalah merupakan penyakit yang menyebabkan gigi menjadi berbau. Gusi berdarah akan menimbulkan masalah mulut dan gigi seperti sakit gigi, gigi berlubang dan mulut yang berbau.

TIP UNTUK MENGATASI

Untuk mengatasi masalah gusi berdarah, pelbagai langkah awal boleh dilakukan. Selain kekerapan berjumpa dengan doktor gigi untuk mengetahui kesihatan gigi kita dan mendapatkan rawatan yang tepat untuk gigi kita, kita juga boleh :

1. Kalsium dan vitamin C : pengambilan kalsium dan vitamin C yang secukupnya akan membantu menguatkan gigi dan gusi kita. Produk Ostematrix dan Vita-C Plus dari Shaklee pastinya mencukupi untuk membantu kita mendapatkan kalsium dan vitamin C yang cukup untuk badan kita.



2. Rokok dan alkohol : Hindari pengambilan rokok dan alkohol dapat membantu dalam menguatkan kesihatan gigi kita.



3. Gula: Kurangkan makanan dan minuman yang bergula juga dapat mengelakkan gigi dan gusi kita dari mengalami radang gigi dan gusi.



4. Berus gigi : Kaedah memberus gigi yang sesuai serta pilihan berus gigi yang betul juga boleh mengelakkan gigi dan gusi yang tidak sihat.



5. Pencungkil gigi : Elakkan penggunaan pencungkil gigi selepas makan. Penggunaan pencungkil gigi setiap kali lepas makan boleh mencederakan gigi dan gusi kita.




Saya sudah kongsikan beberapa info dan maklumat mengenai gusi berdarah dan cara yang boleh kita lakukan untuk mengatasinya. Oleh itu, sama-samalah kita berusaha untuk menjaga kesihatan gigi yang dianugerahkan oleh Allah untuk kita. Sekian dari saya, sehingga kita berjumpa lagi di lain hari. Kekalkan senyuman walau apa yang berlaku. Assalamualaikum.   














* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nur Ayuni binti Muhamad Apandi
No Tel : 01125469079
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya