Apr 5, 2016

4 Petua Hidup Lama dan Sihat, Ceria dan Bahagia

Bulan Mac yang lepas memang saya agak sibuk sampai tak berapa sempat nak update segala aktviti yang dijalankan bersama team Supermom tercinta. InshaALLAH.. nampaknya dah cool down sikit ni bolehlah saya kongsikan di blog ni bermacam-macam aktiviti yang telah berlangsung sepanjang Mac haritu.

Untuk entri harini saya cuma mau berkongsi 4 petua  umur panjang yang sejahtera.. yelah, ramai orang nak umur panjang, kan? Bila berdoa minta dipanjangkan umur.. namun, biarlah usia panjang kita tu memberi manfaat kepada diri kita dan masyarakat sekeliling.. bukan sebaliknya. InshaALLAH sama-sama kita praktikkan 4 petua ni bersama-sama ya! 



4 Petua Umur Panjang Yang Sejahtera


JAGA MAKAN. 


Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang. Dalam bahasa yang mudah, janganlah makan secara berlebihan.. bukan apa, dahlah membazir (membazir sahabat Syaitan), badan pun jadi tak sihat, lemah, malas, fikiran kabur dan kita jadi kurang proaktif. 

Tambahan lagi, perut ni memang sarang penyakit.. maka berhati-hatilah dengan apa yang masuk ke dalam perut tu.

MAAFKAN SAHAJA.. USAH BERDENDAM. 


Takde manusia yang sempurna dan tak pernah tak buat kesilapan; sedangkan Rasulullah saw yang maksum tu pun ditegur ALLAH swt gara-gara berjanji tanpa perkataan Insha-Allah, kan? Pesan suami saya, jangan ambik hati sangat perkataan yang keluar daripada mulut seseorang ketika dia sedang marah. Orang yang sedang marah tu akalnya dikawal nafsunya; sebab tu selalu kita tengok orang yang marah-marah kadang perkataannya tak dijangka dan melukakan hati kita. 

Diamlah apabila merasa mahu marah.. dan tanya pada diri, adakah kemarahan kita itu akan membawa kepada kebaikan atau keburukan? Jangan disimpan rasa amarah tu berpanjangan dalam hati sebab ia merosakkan diri dan ukhuwwah.

ZIARAH SAUDARA JAUH. 


Maksud ayat ni bukan ziarah saudara jauh jarak je.. sebaliknya, rajin-rajinlah bersilaturrahim (berhubungan bertanya khbar melawat) keluarga dan kawan-kawan kita. Jangan sampai lost contact dan putus hubungan dek kesibukan diri masing-masing. 

Ukhuwwah itu kan meluaskan rezeki? 

RAJIN BERSEDEKAH. 


Ini bukanlah kisah ajaib apabila bersedekah aje terus setel semua masalah. Bukan. Orang yang bersedekah ini hatinya mulia dan sanggup mengurangkan keselesaan dan suka berkongsi rezeki dengan orang lain. Jangan kita lupa, dalam setiap rezeki yang ALLAH berikan pada kita, ada bahagian-bahagian orang lain yang wajib kita berikan haknya.. kita ni hanyalah pengantara yang bertuah dipilih ALLAH swt untuk menyampaikan rezeki itu.

Satu lagi yang ramai tak alert, sedekah ni adalah insurans yang dijamin ALLAH swt melindungi kita daripada banyak jenis penyakit. So, rajin-rajinlah bersedekah.. wajah pun berseri aje sebab hati happy selalu. InshaALLAH.

Jadi, itu dia 4 petua hidup lama yang saya kongsikan kali ini. Silakan share post ini jika anda rasa ianya bermanfaat untuk anda dan orang-orang lain ya!




Semalam tgk satu video sharing petua dari seorang ustaz tua berumur 82 tahun, yang masih kuat dan sihat!.. Serta masih...
Posted by Mohd Kamarul Baharin on Monday, April 4, 2016


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Shaklee Certified Product Trainer
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya