Jan 18, 2016

Testimoni Mardhiah Berjaya Atasi Masalah Mata Kering

Menarik juga testimoni ke-56 daripada salah seorang peserta Supermom Shaklee Story, Mardhiah; mengenai masalah mata kering yang dihadapinya selama berbulan-bulan.

Saya mula perasan anak mata kedua-dua belah mata kering, kesat, berpasir dan tidak selesa seperti hari-hari sebelumnya. Walaupun saya rabun jauh dan bercermin mata saya belum pernah mengalami masalah seperti ini.

Hari berganti bulan, saya biarkan berlarutan kerana beranggapan mungkin ianya hanya sementara. Keadaan semakin teruk apabila menjelang malam selepas waktu Maghrib mata seolah-olah mengantuk, rasa sangat kesat dan berpasir.

Hampir 8 bulan Mardhiah mengalami ketidakselesaan tu. Akhirnya disebabkan rasa risau, beliau pun mula ambik tindakan segera. Yelah.. Mata kita ni sepasang aje. 

Pada masa itu, saya mula rasa khuatir dan terfikir apakah ini tanda-tanda badan saya kekurangan sesuatu nutrien penting khususnya vitamin A dan Karotena. Hasil pembacaan semula tentang kesan jangka panjang akibat kekeringan mata boleh menjejaskan tahap fungsi penglihatan dengan lebih serius. 

Sebenarnya saya pengguna produk Shaklee sejak menyusu anak sulung pada tahun 2012 lagi tetapi saya tidak pernah sedar bahawa Shaklee ada satu produk emas yang sangat bagus untuk kesihatan mata.

Saya menghubungi semula upline saya Master Norhanita Yusof dan beliau mencadangkan cuba dahulu sebotol CAROTOMAX. Sebotol CAROTOMAX hanya mengandungi 30 biji dan minimum pengambilan hanya sebiji sehari. 

Botolnya paling kecil dan comel berbanding botol produk Shaklee yang lain. Pada masa itu saya hanya bertawakal kepada Allah S.W.T.

Saya cuma telan sebiji CAROTOMAX pada waktu malam. Pada waktu siang saya masih meneruskan pengambilan Set Penyusuan dengan kadar sangat minimum iaitu ESP, VITA-LEA IRON FORMULA, SUSTAINED RELEASE VITA-C 500gm, B COMPLEX, ALFALFA, dan OSTEMATRIX. Saya istiqamah pengambilan sehingga malam ke-3. 

Pada malam ke-4 sebelum pengambilan seterusnya, saya masih ingat sekitar jam 9 malam selepas solat Insyak terdetik rasa hairan dan aneh bebola mata saya sudah boleh digerakkan dengan lancar dan mata tidak seperti orang mengantuk!. Teruja sungguh saya pada malam itu, macam-macam perasaan hadir-syukur, lega, gembira, malah rasa ajaib. Saya baru telan 3 biji sudah rasa perubahan positif? Betul ke ni?

Kemudian saya teruskan pengambilan sehingga ke 20 biji. Selebihnya 10 biji di simpan di dalam peti sejuk. Saya sengaja mahu menguji lagi keberkesanan si kecik CAROTOMAX ini. Saya teruskan pengambilan Set Penyusuan tanpa CAROTOMAX sehingga hampir 60 hari. 

Alangkah gembiranya hati selepas 60 hari mata saya tidak mengalami kekeringan semula seolah-olah seperti masih mengambil CAROTOMAX. Kemudian saya habiskan 10 biji yang berbaki.

Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t saya diberi kesempatan merasai kekeringan mata yang perit hanya selama 8 bulan sahaja. Sepanjang tempoh pengambilan CAROTOMAX syukur saya tidak mengalami sebarang 'Healing Crisis'. Mungkin faktor umur saya yang masih muda proses pemulihannya agak cepat. Saya pastikan supaya kerap minum air bersih antara 2 liter sehingga 3 liter sehari.

Kini saya baru sahaja mengetahui bahawa rawatan bagi kes mata kering, CAROTOMAX boleh di tingkatkan pengambilannya sehingga 2 biji 2 kali sehari. Bayangkanlah jika telan 1 biji sehari selama 3 hari sudah boleh merasai perubahan positif apatah lagi jika telan 2 biji 2 kali sehari? 

Saya jatuh hati dengan si kecik CAROTOMAX dan masih mahu meneruskan pengambilan untuk menurunkan tahap rabun jauh dan pelbagai faedah kesihatan yang lain kerana fungsi CAROTOMAX sangat banyak khasiatnya.

"Saya hanya berikhtiar, penyembuhan penyakit hanya dengan izin Allah S.W.T"

Testimoni mata kering

Punca Mata Kering (Secara Am)


Mata kering secara amnya berpunca daripada ketidakupayaan kalenjar airmata  untuk menghasilkan airmata yang cukup. Airmata terdiri daripada campuran air, mukus dan lemak. Airmata berfungsi membantu permukaan biji mata kita licin supaya mudah bergerak; serta melindungi mata daripada terkena jangkitan yang menyebabkan radang dan lain-lain masalah mata. 

Bahaya Mata Kering


Mata Kering tidaklah membawa kepada buta seperti kebanyakan mereka yang menghidap penyakit kencing manis. Tetapi, mata kering banyak menjejaskan kehidupan seharian seseorang individu itu. 

  • Sakit Mata - siapa suka kena sakit mata, kan? Walaupun mungkin sakit mata tu TIDAK berjangkit namun kita sendiri rasa malu dan rendah diri orang sekeliling tengok biji mata kita merah sepanjang masa. Lagi, kalau memang kena jangkitan yang serius, memang menyusahkan. 
  • Merosakkan Permukaan Kornea Mata - kalau tidak dirawat, permukaan kornea yang karing antaranya buat mata makin rabun, gatal, radang yang teruk dan dah tentu, merosakkan mata. Rabun macam ni buat rawatan LASIK pun tak boleh dan tak berguna. 
  • Merasa Rendah Diri - selain daripada kita jadi malu sebab orang asyik tegur mata yang asyik merah tu je.. Mata kering ni memang mengganggu banyak aktiviti harian kita. Rasa gatal, tak selesa, gangguan penglihatan.. Nak membaca pun tersekat-sekat sebab tak berapa nak nampak. 


RAWATAN


Sila berjumpa pakar terlebih dahulu sekiranya mata anda mulai mengalami simptom-simptom seperti di bawah:-

  1. Mata rasa pedih
  2. Terlalu banyak tahi mata
  3. Sangat sensitif pada cahaya (silau)
  4. Mata merah
  5. Rasa seolah ada benda dalam mata
  6. Rabun malam yang teruk
  7. Mata kerap berair
  8. Pandangan kabur
  9. Mata selalu letih


Pakar akan memberitahu rawatan yang dicadangkan dan lifestyle yang perlu anda apply untuk atasi masalah mata kering ini. 

Di samping itu, kami di Shaklee turut mengesyorkan pengambilan suplemen Carotomax yang mengandungi beta-carotene sebagai bahan utama untuk membantu anda. Beta-carotene ni ialah vitamin A dalam bentuk yang selamat diserap tubuh badan kita.

Diharapkan entri ringkas ini dapat memberi idea kepada anda yang mungkin sedang mencari solusi kepasa masalah mata kering yang mungkin anda hidapi. 

Pertanyaan lanjut boleh hubungi saya seperti di bawah ya!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060) Facebook : Hadhatina MkbFb Page : Diari Vitamin E-ShoppeNo Tel : 019 293 9886Emel : hadhatina@yahoo.comCOD Area : Shah Alam & Subang Jaya