Jan 8, 2016

Bagaimana Muka Cik Siti Kembali Cantik Setelah Jadi Two-Face Akibat Kayap

Korang minat cerita Batman tak? Gara-gara adik saya ni diserang penyakit kayap lebih kurang 4 tahun lepas, saya baru tau ada satu watak musuh Batman ni nama dia Two-Face.


Two-Face (Harvey Dent) is a fictional supervillain appearing in American comic books published by DC Comics, commonly as an adversary of the superhero Batman. The character was created by Bob Kane and Bill Finger, and first appeared in Detective Comics #66 (Aug. 1942). Two-Face is one of Batman's most enduring enemies and belongs to the collective of adversaries that make up Batman's rogues gallery. - Wikipedia
two-face Batman's most enduring enemy
Batman's most enduring enemy


Apa itu penyakit kayap?


Penyakit Kayap (shingles) atau juga dikenali sebagai Herpes Zoster; adalah disebabkan oleh virus Varicella Zoster yang aktif di dalam tubuh. Virus ini adalah virus yang sama menyebabkan seseorang itu diserang cacar air. Ini bermakna, mereka yang pernah mendapat cacar air sebenarnya berpotensi mendapat kayap. Namun, ia bergantung kepada faktor seperti kekuatan sistem pertahanan tubuh, jangkitan kuman, stress, sinaran radiasi atau ubat-ubatan; yang mungkin boleh trigger penyakit kayap ini.

Secara ringkas, kayap dapat dikenalpasti apabila kulit mendapat ruam dan kesan lepuh pada beberapa bahagian tubuh; serta ianya menyakitkan. Ruam dan lepuh ini pula berupa jaluran pada bahagian yang diserang.

Selain itu, mereka yang diserang kayap juga akan mengalami sakit kepala, sensitif pada cahaya, dan mungkin demam.


Rawatan penyakit kayap


Ruam dan lepuh akan mula pulih dalam masa 10-15 hari. Namun, sekiranya simptom awal yang didiagnosis adalah pada tahap merbahaya, maka pesakit perlu warded. Ubat-ubatan NSAIDs akan diberi bersama ubat sapuan. Dalam kes kayap adik saya, beliau memang terpaksa ditahan di wad dan diberi ubat Anti-Viral Acyclovir untuk mengurangkan simptom, serta ubat sapu. Kayap yang menyerang beliau sangat dekat dengan bahagian mata.

Lain-lain ubat yang mungkin doktor prescribed untuk kayap adalah famciclovir dan valacyclovir. Ubat ini bertujuan untuk mengurangkan simptom dan mengelakkan daripada kayap terus merebak.

Kayap PERLU DIRAWAT SEGERA kerana ia melibatkan serangan virus pada saraf tubuh badan kita. Rata-rata bekas pesakit kayap menyatakan walaupun mereka telah sembuh, namun ada masanya terasa sakit pada bahagian yang terkena kayap dulu.


Terapi dan Rawatan Kayap Secara Nutrisi Alami


Selain daripada bergantung kepada NSAIDs, pesakit boleh mencuba terapi nutrisi. Antara nutrisi yang disyorkan:-


  1. Makan makanan atau suplemen yang mengandungi Lysine. Lysine adalah sejenis asid amino asas dalam protein yang membantu menghalang virus daripada terus merebak. Yogurt dan ikan adalah antara sumber Lysine daripada makanan.
  2. Makan makanan atau suplemen yang kaya monolaurin yang bersifat antiviral. Sumber paling mudah adalah daripada santan kelapa atau minyak kelapa yang mudah didapati.
  3. Berpantang makan coklat dan kekacang kerana ia mengandungi L-arginine, sejenis asid amino yang menggalakkan kayap merebak lebih teruk.
  4. Vitamin C lengkap Bioflavonoids dos tinggi untuk menghalang virus terus merebak di samping meningkatkan sistem imun. 
  5. Vitamin B12 yang sangat penting untuk melindungi saraf. Sebaiknya amalkan sahaja vitamin B Complex.
  6. Kalsium Magnesium - juga untuk perlindungan dan kesihatan sistem saraf.
  7. Lecithin - untuk saraf dan choline daripada lecithin dipercayai membantu meningkatkan immune response dan menghalang kayap daripada merebak.


Di samping itu, saya syorkan teruskan juga ubat-ubatan yang dibekalkan untuk namun anda perlu jarakkan masa pengambilan untuk mengelakkan tindakbalas, sekiranya ada. Namun dalam kes kayap, cadangan nutrisi adalah lebih kepada nutrisi asas kita cuma dalam dos yang lebih tinggi.

Percaya tak kalau saya cerita, muka adik saya masa tu sampai jadi lebih kurang macam si Two-Face kat atas tadi gara-gara penyakit KAYAP? Ini testimoni beliau yang kami masukkan ke Facebook Supermom Shaklee Story.




Kesan Kayap yang Teruk



Ingat lagi Ramadhan 2011, tragedi diserang penyakit kayap. kene tang muke plak tu. Habis separuh muke sebelah kanan melepuh2. Masuk Wad 5 hari sebab effect pada mata jugak. Makan ubat Anti-Viral Acyclovir 5x sehari. So, mmg tak boleh menunaikan ibadah berpuasa langsung! Lepas kene discharge, selain teruskan makan Acyclovir dan sapu dalam mata, Along Hadhatina Mkb bagi makan NUTRIFERON.


NUTRIFERON ni untuk boost balik sistem imunisasi yang dah jatuh/lemah. Alhamdulillah, berkat kuat semangat nak sembuh dan tak henti consume ubat & supplement Shaklee dari Along, kayap-kayap tersebut bertempiaran lari meninggalkan muke.. 

LECITHIN pun consume jugak lepas tu sebab kayap ni tinggalkan parut hitam kat kawasan yang di'jajah' kayap tu. Memang jadi "two face" bile daftar masuk LLB di UiTM. Belajar tetap Belajar. Ubat makan jugak. Dalam 5 bulan berturut-turut makan LECITHIN dan juga B COMPLEX, warna kulit muka dah sekata balik. Dah takde 'two face'.

Thanks to Emak Hajjah Nur Huda yang tak henti2 menjaga kakak time berkayap tu, Along- sebab buat research pasal kayap and bagi supplement SHAKLEE NUTRIFERON, LECITHIN & B COMPLEX tu... serta adik beradik lain yang menggembirakan hati dengan menggelar kakak si KAYAPA. Kikikikiki~

Bila sakit jangan risau, YAKIN PADA ALLAH. Sebab setiap sesuatu tu datang dari Allah. Bila dah cukup time, Allah akan ambil balik yang didatangkan tu. Kayap ni die bagi, then bile dah usaha dan YAKIN PADA DIA akan sembuhkan, dia ambil balik kayap tu. FAITH IS EVERYTHING!

*****************************************************************

Alhamdulillah, hampir setahun juga adik saya ni berhadapan dengan situasi getir ni. Kulit asal Cik Siti memang gebu tau.. antara paling gebu di kalangan kami 9 beradik. Tapi, sebab kayap terus rosak. Kalau nak tengok video muka Cik Siti semasa proses pemulihan tu bolehlah buka link video kami sedang sarapan di Tasik Shah Alam ni. Sekarang ni, kalau tengok muka Cik Siti memang rasa tak percaya yang beliau ni pernah kena kayap.

testimoni kayap shaklee
wajah latest Cik Siti Lawyer

Sekiranya ada di antara anda yang menghadapi masalah kayap dan memerlukan konsultasi mahu mencuba terapi nutrisi, bolehlah hubungi saya dengan contact di bawah.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya