Dec 12, 2015

Nasik Lemak Sotong Raja di Seksyen 7 Shah Alam



Baru je last week Nasi Lemak Sotong Raja ni viral, jumaat semalam saya dah redah tempat ni untuk merasakan kesedapan Nasi Lemak dia. Betul ke sedap sangat tu?? haha Meh tengok gambo-gambo Nasik Lemak Sotong Raja nih yang sempat saya capture semalam ;)



Nasi Lemak dia tinggi ye orang kata macam KLCC haha. Dan atas dia ada nasi warna hijau, rasa dia manis manis pandan, bau dia perghhhh wangi waklu! Lagi-lagi waktu ni saya duduk berhampiran dengan tempat penyediaan Nasi Lemak ni, bau semerbak harum santan, pandan dicampur dengan wangian serao-serai. Seriously membangkitkan selera.




Sotong King atau Sotong Raja ni diorang goreng garing crispy ditabur pula dengan sebuk yang spicy tu memang menyengat lah. Kita boleh pilih sama ada nak potong atau taknak potong sotong ni. Kalau korang taknak potong, mereka akan sediakan gunting bagi senang nak makan ;)




Ehem! sambal dia pulak nak cakap pedas sangat pun tak, memang sesedap rasa dan ada manis-manis siket. Saya pulak memang suka dengan sambal manis-manis, tak suka pedas sangat. Sesuai lah dengan mereka yang bertekak macam saya ni hehe.



Inilah Incik Suami, yang bertanggungjawab membawa saya makan disana. Harap-harap dia bawak saya makan sana tengahri ni lagi haha


Nak tahu kedai ni dekat mana? Kedai ni :

bertempat di Pusat Komersial Seksyen 7 Shah Alam. Betul-betul di corner di blok yang paling belakang sekali. Senang je nak cari. Nama kedai ini adalah Brotherhood Cafe. Setiap hari dibuka kecuali hari Jumaat. 




5 PERKARA YANG BEST PASAL KEDAI NI ADALAH :

  1. Harga - kedai dekat dengan Uitm, so no wonder memang harga pun murah. 
  2. Dekorasi - Cantik, rustik dan memang port lepak, URBAN lah orang kata. Tak sesuai kepada student nak study. haha
  3. Stage - Ada stage untuk band nak perform. Ada masa2 tertentu stage digunakan. Tak sure bila ;)
  4. Menu - Pelbagai menu disediakan. Nama-nama menu yang digunakan pun unik. Korang mesti curious nak amik menu apa. Macam nasi gorang Z800, Nasi goreng KTM.
  5. Lokasi pun mudah dicari, parking bersepah. hihi
So korang jangan lepaskan Jalan Jalan Cari Makan ke tempat ini ye. Saya jamin anda tak menyesal. Tambahan lagi kedai ni memnag murah dan affordable. 



  * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Mashidayu (ID 1208072)
Facebook : Mashidayu Mohyi
No Tel : 017 880 5272
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya