Dec 29, 2015

5 Tips Mudah Realisasikan Resolusi Healthy Lifestyle 2016 Anda

Biasalah.. setiap kali masuk tahun baru aje, kita pun mula pasang azam itu dan ini. Tak gitu? Ada juga yang kata, takde azam baru, just nak post-mortem tahun sebelum tu dan baiki azam lama yang belum atau tidak tercapai. Ok girls, itu pun azam juga - perbaharui azam namanya.

Disebabkan ini blog yang fokus bab kesihatan, gaya hidup sihat.. so, saya nak share poster yang saya ambil daripada Facebook Shaklee Malaysia ni.


Macam pernah nampak aje kan poster ni? Resolusi ni pun masuk juga dalam azam 2016 saya.. dan mungkin juga anda kan? Saya taknak share tips-tips yang complicated; cukup sekadar 5 tips mudah dan ringkas yang kita boleh amalkan tiap-tiap hari, inshaALLAH.

Rajin-rajin Minum Air Kosong


Dah banyak artikel dalam blog ni share tentang kepentingan air terhadap tubuh badan kita. Letakkan dalam minda yang dehidrasi adalah satu perkataan yang kita taknak orang sebut tentang diri kita. Tahu kan kurang air ni boleh buat kita nampak tua dari usia, dan mudah jatuh sakit? Malahan, nak kawal berat badan ideal pun susah bila badan tak cukup air. 

Tips mudah saya, malam sebelum tidur anda dah pun siapkan satu tumbler besar yang cantik-comel dan isikan dengan air kosong. Anda boleh letakkan hirisan lemon untuk rasa lebih segar dan sedap; atau pun cuba pula teknik infused water yang glamour tu.

Gerakkan Badan, Goyangkan Kepala


Tak perlu sign up mana-mana gym. Anda cuma perlu BERGERAK daripada tempat anda berada sekarang; depan laptop contohnya. Bangun daripada tempat anda duduk setiap 20 ke 30 minit, buat regangan ringkas atau berjalanlah sekejap untuk legakan otot-otot mata, leher, tengkuk, bahu, pinggang dan kaki. Mudah aje kan? Sambil tu dapat juga bakar kalori sikit-sikit dan lapangkan fikiran.

Tidur Awal, Kerja Banyak Siap


Ok. Ini memang azam saya saban tahun.. haha. Siap sign up group Facebook Kelab 5 Pagi kelolaan Masteri Puteri dan rakan-rakan lagi sebab nak motivate diri supaya bangun awal. Sekejap aje jadi, lepas tu jadi night owl balik. Tidur awal means saya dapat rehat yang cukup, badan juga dapat berfungsi mengikut fitrah semulajadi (cari entri jadual detoks semulajadi tubuh), saya boleh bangun awal pula, dan macam-macam to-do-list berjaya settled!

Cuba.. paksa diri tidur awal. 

Jauhkan Diri Daripada Gadget.. Sesekali..


Selain daripada tak baik untuk otot-otot tubuh dan otak; asyik mengadap gadget seperti laptop, iPad, iPhone, android.. juga tak baik untuk kesihatan sosial anda. Anda nak me time? Setkan sehari dalam seminggu (atau dua minggu sekali) untuk off kan semua ni. Peluklah suami dan anak-anak, berbual mesra dengan ibu ayah adik-beradik sambil mengimbau memori silam, atau hang out dengan kawan-kawan di rumah! 

Bagi yang buat bisnes, online bisnes kan ada konsep automate? Rezeki Allah yang pegang, cuma pandai-pandailah arrange; jangan sampai prospek lari.

Mulalah Istiqomah Makan Vitamin


Dikhabarkan tahun 2016 ni penuh dengan cabaran, dah tentu emosi kita ni mudah aje tergugat. Kesihatan wajib dijaga. Jangan tunggu sakit baru nak terkalut cari ubat; cegah sebelum kena. Selain daripada mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang, masak aje kat rumah sebab nak berjimat-cermat dan dijamin bersih; rasanya setakat nak amalkan pengambilan multivitamin 1-2 biji sehari tak susah kan? Multivitamin ni konsep dia bantu cukupkan mana-mana nutrisi yang tubuh kita tak mampu dapat dari makanan atau buat sendiri. Kurang nutrisi boleh sakit tau? Nak jimat, makan aje vitamin Shaklee sebab boleh kongsi satu keluarga.

TIPS BONUS


Jaga Hubungan dengan Yang Maha Pencipta


Bagi yang Muslim, jagalah solat. Solat di awal waktu, kita akan rasa serba cukup pada hari itu. Cukup tenang, cukup masa, cukup makan minum, dan macam-macam lagi. Jiwa tenang sebab kita tau takde hutang dengan Dia (mungkin hutang dari aspek kesempurnaan solat tu la kot, tapi itu lebih baik daripada tak buat langsung kan?)

So, itu dia 5+1 tips mudah resolusi gaya hidup sihat untuk tahun 2016. Kalau ada tips nak tambah bolehlah share sama k :)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya