Nov 4, 2015

Siapa Kata Strok Haba Tidak Bahaya Pada Kita?

Cuaca panas terik dan kering adalah fenomena yang biasa di kawasan tropika seperti Malaysia. Pada tahun ini dijangkakan cuaca panas melampau dan kering akan berlarutan sehingga September. Rakyat Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal ‘Heat Stroke’, ‘Strok Haba’ atau ‘Kejutan Suhu Panas’ berikutan cuaca panas dan kering sekarang ini. Strok haba atau heat stroke adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celsius.

APA ITU STROK HABA?
‘Strok Haba’ (Heat Strok) iaitu ‘Kejutan Suhu Panas’ adalah penyakit yang berkaitan dengan haba yang amat serius (Penyakit Suhu Panas Luar Biasa). Ia adalah satu kecemasan perubatan yang mengancam nyawa disebabkan daripada kegagalan peraturan suhu badan (thermoregulation). Tidak seperti penyakit haba yang lain, strok haba dicirikan oleh ketinggian suhu badan melampau (hyperthermia) dan berkaitan disfungsi pusat sistem saraf dan kegagalan  fungsi organ.

KESAN STROK HABA
Cuaca panas adalah tekanan fizikal kepada badan manusia. Kesan kesihatan adalah berbagai dari sederhana kepada teruk seperti strok haba, yang boleh menyebabkan maut.
Masalah berkaitan kesihatan boleh terjadi di pelbagai tahap suhu disebabkan oleh :~
  1. Pakaian yang pelbagai jenis, keadaan pekerjaan, aktiviti fizikal dan beban kerja.
  2. Kumpulan umur
  3. Kecergasan individu

SIMPTOM STROK HABA
Berikut kesan-kesan awal masalah kesihatan berpunca dari cuaca panas. Tanda-tanda dan gejala masalah kesihatan berkaitan panas adalah pelbagai, bergantung kepada situasi, keterukan atau keadaan sesuatu masalah itu. Gejala-gejala biasa yang selalu dihadapi termasuklah :~
  1. Pitam
  2. Sawan
  3. Dahaga
  4. Berpeluh
  5. Kekejangan
  6. Lemah tumpuan
  7. Tubuh kekejangan
  8. Tekanan darah rendah
  9. Lemah otot-otot badan
  10. Loya, mual dan muntah
  11. Keletihan dan kemalasan
  12. Denyutan nadi yang pantas.
  13. Kulit kering dan kemerahan
  14. Pening dan Sakit kepala berdenyut
  15. Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas



Minuman Isotonik yang sesuai bagi cuaca yang terlampau panas adalah Performance Drink dari Shaklee





* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Kuala Lumpur