Oct 8, 2015

Resepi Ketam Masak Cili Api Ala Kampung

Minggu lepas En suami request suruh masak Ketam Cili Api. Tetiba katanya mengidam pulak kan kebetulan Ain memang ambil cuti masa tu, sebab check up perut. Memang rajin la masa tu kan kalau dah hari cuti. Terus tengahari tu makyong pergi Jusco mencari bahan-bahan yang tiada kat rumah. So, hari ni Ain nak share la resepi Ketam Masak Cili Api Ain ni sebab En suami makan siap bertambah-tambah.Hehe..




Masa: 

Penyediaan: 20 Minit | Memasak: 15 Minit | Keseluruhan: 35 minit

Jumlah Hidangan : 5 Orang Makan



Bahan-Bahan:




  • 3 ekor ketam segar
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 helai daun kunyit, carikkan
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 keping asam gelugor


Bahan untuk kisar halus:

  • 5 biji cili api
  • 2 biji cili merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Secubit belacan


Cara Penyediaan:


1. Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian

2. Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat

3. Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit

4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.