Oct 7, 2015

Pengalaman Ikuti Health Talk & Nutriwhite Demo di YourSupermom Office

Pada 1 Oktober 2015 iatu pada hari Khamis yang lepas telah berlangsungnya program yang dianjurkan oleh Supermom Club House bertempat di YourSupermom Office. Program itu dinamakan dengan Health Talk & Nutriwhite Demo. Program tersebut hanya terhad kepada 30 orang sahaja. Ain pun ambil peluang keemasan ni untuk join program mengenai kecantikan ni. Program tersebut, kita telah panggil 2 orang pakar dari Shaklee iatu Puan Sarah dan Celine. Ia berlangsung dari pukul 10 pagi sehingga 1 tengahari.



Program dimulakan dengan taklimat kesihatan yang ringkas oleh Puan Sarah. Dia telah menerangkan serba sedikit mengenai pentingnya kesihatan dan kecantikan dalam kehidupan kita. Yang bab paling penting sekali ialah pentingnya kolagen pada setiap orang. Jika tiada kolagen dalam badan, maka cepatlah kita nampak tua.Huhuhu


Dimulakan dengan penerangan dari Puan Sarah

Selesai penerangan kesihatan daripada Puan Sarah, next program yang ramai orang nanti-nantikan ialah Nutriwhite Demonstasi. Bertuah Puan Rosfarisya kerana terpilih untuk menjadi model bagi Demo Nutriwhite ni. Untuk set Nutriwhite ni ia mengandungi 7 produk. Untuk maklumat lanjut mengenai setiap satu produk tersebut, Ain akan kongsi dengan semua pada next entri ye.





After Celine dan Puan Sarah menerangkan setiap satu produk Nutriwhite beserta demo tu, peserta yang join bengkel berpeluang sendiri untuk membuat demo sendiri pada partner masing-masing. Memang best la kan, dapat merasa sendiri produk tersebut. setiap kumpulan terbahagi kepada 2 orang. Kaum lelaki pun tidak melepaskan peluang untuk mencuba.





Menarik kan program macam ni. Di samping dapat mengetahui manfaat setiap produk malah para peserta juga dapat mencuba sendiri produk-produk tersebut. Selesai sudah program pada hari tersebut. Tapi yang bestnya, kami dapat cenderahati tau yang diberi oleh Master Hadhatina. Cer teka, apa dia? Kitaorang dapat Makeup Remover dari Nutriwhite tau. Sangat bertuah pada setiap yang hadir.



Ok, next time if ada program seumpama macam ni sudah semestinya Ain takkan melepaskan peluang untuk pergi. Nantikan next entri dari Ain ye :)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Kuala Lumpur