Oct 27, 2015

Make Up Simple Tapi Nampak Elegan



Biasa kita nak make up tapi tangan tak berapa reti nak make up. Paling dahsyat mampu kita buat pun, tepek bedak dan pakai lipstik. Pastu boh eye liner siket. Siap!

hihi normal kan wahai wanita. Tapi ada kalanya make up simple sangat membuatkan kita tiada apa perbezaaan pun with make up or wihtout make up. So saya disini nak share dengan korang wahai wanita cara make up yang simple, senang dan tak renyah tapi result dia memnag cantik, nice dan elegan.

Sangat-sangat sesuai untuk anda yang berkerjaya tapi mempunyai masa yang terhad untuk spend time for make up. Jom ikut tutorial dibawah ini 

Alatan yang diperlukan :

  1. Eyeshadow berwarna ungu muda
  2. Eyesahdow berwarna coklat muda
  3. Eyeshadow berwarna ungu tua
  4. Brush dengan ukuran yang berbeza
  5. Eyeliner

Tutorial Make Up Mata


1. Langkah Pertama : adalah applykan eyeshadow berwarna ungu muda sebagai base pada kulit di kelopak mata dan tulang mata dengan menggunakan brush. Beruskan dengan nipis sahaja. Dengan warna yang samar-samar sahaja.





2. Langkah Kedua : campurkan sedikit dengan warna coklat muda pada bahagian kelopak mata anda yang telah diberikan base warna ungu muda tadi. Gunakan brush yang bersih dan sapukan secara merata.



3. Setelah base anda selesai, pada sudut mata bahagian luar, applykan shadow dengan menggunakan eyeshadow ungu tua. Applykan nipis menggunaka brush yang seperti cottonbud ataupun cottonbud juga boleh digunakan.


4. Cara ke empat pula, applikasikan eyeliner berwarna hitam pada mata secara nipis. Gunakan eyeline yang biasa anda gunakan seperti pencil liner, atau pun liquid eyeliner. Ini kerana jika anda tak biasa menggunakan eyeliner baru, ia agak susah dan mengambil masa lama untuk bersiap.



5. Nah! supaya mata nampak lebih hidup dan nampak galak pada ujung mata dibahagian luar, pulaskan atau lengkokkan eyeshadow berwarna ungu tua. Applykan dengan lebih tebal berbanding yang sebelum ini.


6. Di bahagian bawah mata pula applykan eyeliner berwarna silver agar mata nampak lebih segarrrr..  Nampak kilat-kilat silver membuatkan mata anda bercahaya dan bertenaga.


7. Langkah terakhir adalah sapukan eyeshadow berwarna ungu muda pada bahagian bawah mata.



YEAYY!! Siap dah tutorial secara mudah dan simple. Hanya ambil masa 5 minit sahaja untuk membuat diri anda nampak elegan dan sophisticated. Korang boleh cuba lepastu tinggal kan komen sekali yeh!




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 


Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya