Sep 22, 2015

Panduan Memilih Baju Untuk Bayi Baru Lahir

Kelahiran bayi sangatlah ditunggu oleh kita sebagai orang tua. Apalagi jika bayi tersebut adalah lelaki atau perempuan anda yang pertama, pastilah anda sudah tak sabar menanti kedatangannya di dunia. Untuk menyambut buah hati yang baru lahir tentunya segala kelengkapan sudah disediakan. Salah satu keperluan bayi yang tidak harus dilupakan adalah baju bayi. Anda sebagai orang tuanya tak boleh sebarangan memilih baju bayi baru lahir kerana baju tersebut nantinya akan menentukan keselesaan bayi anda.
Bagi pasangan yang sedang menunggu kedatangan bayi pertama, kebanyakan mereka masih runsing ketika memilih baju untuk bayi yang baru lahir. Boleh dikatakan, baju bayi sedikit berbeza dengan baju orang dewasa kerana bayi adalah mahkluk tuhan yangsangat sensitif. Saat orang tuanya salah memilih baju bayi baru lahir, takut nanti kulitnya akan mengalami masalah yang boleh membahayakan kepada bayi. Untuk itu, tak ada salahnya anda menyemak tips memilih baju untuk bayi yang baru lahir.

Di sini ada beberapa panduan penting untuk anda membeli baju bayi :

Kain daripada kapas

Pakaian yang dibuat daripada kain kapas boleh membantu menjaga kesihatan kulit bayi. Memakaikan bayi anda pakaian daripada kain kapas akan melindungi kulit bayi daripada kerengsaan disebabkan sentuhan atau geselan. Selain itu kain kapas mudah menyerap peluh dan sesuai dipakai ketika cuaca panas. Ketika musim hujan pula, kain kapas membantu tubuh bayi kekal hangat.

Pilih saiz yang tepat

Ada ibu bapa yang membeli pakaian bayi agak besar dengan alasan boleh dipakai lebih lama tetapi jangan juga membeli pakaian yang hanya muat-muat badan dan terlalu ketat.Bayi sepatutnya memakai saiz new born dan sekiranya bayi anda dilahirkan besar, sebaik-baiknyanya pilih saiz pakaian bayi berusia satu hingga enam bulan. Usah pakaikan bayi dengan pakaian besar kerana ini membuatkan si kecil sukar bergerak dan kelihatan besar.

Elakkan baju bertali

Hindarkan memilih pakaian bayi yang perlu diikat. Fesyen bertali hanya sesuai untuk orang dewasa dan bukannya bayi.Sebaliknya pilih baju yang berbutang pada bahagian depan kerana ia lebih mudah untuk anda memakaikannya.

Berleher lebar

Pilih pakaian yang berleher lebar atau bulat supaya kepala bayi dapat masuk dengan mudah menerusinya dan berlengan lebar.

Butang

Baju yang mempunyai butang di bahagian hadapan sesuai dan mudah dipakai sepanjang enam bulan pertama usia bayi.Manakala baju yang mempunyai butang pada bahagian bawah memudahkan kerja menukar baju dan lampin




Itu sahaja perkara penting yang perlu anda tahu untuk membeli pakaian untuk bayi anda. Bukan hanya sekadar cantik je tapi anda perlu memastikan bayi anda selesa bila memakainya. Ok, jumpa pada entri yang lain.




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Kuala Lumpur