Sep 11, 2015

Berapa Kerap Ibu Hamil Perlu Buat Ultrasound?

Sudah semestinya anda sebagai ibu atau bakal ibu tidak sabar nak membuat ultrasound bagi melihat perkembangan bayi anda. Sama macam saya memang sangat berkobar-kobar nak tengok. Tengok segala pergerakannya, tengok wajahnya dan semua la sama ada sihat ke bayi anda kan.

Apa itu Ultrasound?

Ultrasound scan adalah salah satu jenis pemeriksaan kondisi janin di rahim melalui gelombang suara. Cara kerjanya adalah ultrasound scan membawa gelombang suara berfrekuensi tinggi melalui rahim ibu hamil. Lalu gelombang suara tersebut memantul pada janin sebagai gema. Gema tersebut berubah menjadi gambar yang menunjukkan posisi bayi anda.
Seperti yang dikutip dari babycentre.co.uk, pada layar, jaringan-jaringan tubuh bayi yang keras seperti tulang akan tampak berwarna putih. Sedangkan jaringan-jaringan tubuh bayi yang lunak akan berwarna abu-abu. Sementara itu, cairan ketuban akan terlihat berwarna hitam.
Ultrasound scan yang anda lakukan untuk pertama kalinya di awal usia kehamilan nantinya akan digunakan untuk memastikan apakah janin yang berada di dalam perut anda berkembang dengan baik, dan untuk mengetahui jantina bayi anda.



Bilakah masa yang paling sesuai untuk menjalani imbasan ultrasound?

Tiada ketetapan mengenai sekerap manakah anda perlu menjalani imbasan ultrasound semasa hamil. Imbasan diarahkan apabila terdapat sebarang keabnormalan yang disyaki dari segi klinikal. Jikalau tidak, imbasan biasanya dijalankan lebih kurang pada minggu ke tujuh kehamilan untuk mengesahkan kehamilan, kehamilan kembar, menyingkirkan kemungkinan kehamilan ektopi atau molar, mengesahkan denyutan jantung dan mengukur panjang kepalapunggung dari hujung ke hujung untuk menentukan tarikh kelahiran.
Imbasan kedua dilakukan pada 18-20 minggu untuk menentukan kecacatan kongenital dan menentusahkan tarikh kelahiran dan tumbesaran. Imbasan kali ketiga mungkin dilakukan sekitar 34 minggu untuk menilai saiz janin dan tumbesaran janin serta menentusahkan kedudukan plasenta.



Berapa kerapkah saya perlu menjalani imbasan ultrasound?

Bilangan imbasan yang dijalani berbeza-beza bergantung sama ada imbasan yang lalu telah mengesan sebarang keabnormalan yang memerlukan penilaian susulan. Sama ada kehamilan perlu diimbas secara rutin ketika usia kehamilan 18-20 minggu, masih merupakan satu kontroversi.

Adakah imbasan ultrasound selamat untuk bayi saya?

Imbasan ultrasound telah digunakan sejak 35 tahun yang lalu (bermula pada akhir 1950an) ke atas wanita hamil. Berbeza dengan X-ray, pengionan tidak berlaku dan kesan toksik terhadap embrio akibat radiasi adalah tidak relevan dalam hal ini. Penggunaan imbasan ultrasound berintensiti tinggi dikaitkan dengan kesan peronggaan dan pemanasan yang boleh terjadi akibat pengionan yang berpanjangan dalam eksperimen makmal. Bagaimanapun banyak kajian klinikal mengenai penggunaannya untuk diagnosis yang telah diterbitkan dalam jurnal perubatan tidak menunjukkan kesan merbahaya ke atas sel-sel haiwan ujikaji atau manusia. Penemuan dalam satu kajian yang melaporkan bayi yang terdedah kepada imbasan ultrasound mempunyai berat badan lahir yang rendah tidak menunjukkan kebolehberulangan. Namun persetujuan umum menyatakan imbasan ultrasound baik digunakan apabila perlu.


Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Kuala Lumpur