Aug 26, 2015

Sup Ketam Untuk Penghidap Demam Denggi

Saya tak pernah lagi kena demam denggi. Tapi ramai yang dah kene dan ceritakan pada saya sakitnya terkena demam denggi ini. 





Demam denggi biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhmya. Denggi ini kebanyakannya banyak berlaku dibandar berbanding luar bandar.


Jenis-jenis penyakit Denggi

1. Demam denggi klasikal : Muncul ruam, demam, sakit-sakit badan dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini dinamakan demam patah tulang atau breakbone fever

2. Demam denggi berdarah : Biasa terjadi kepada kanak-kanak dalam lingkungan 2 - 13 tahun. Pada tahap awal 2 - 4 hari gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti :

  • Tekanan darah rendah
  • Ruam dan bintik-bintik merah dibadan
  • Pendarahan gusi
  • Berak berdarah (najis berwarna hitam)
  • Sawan dan tidak sedarkan diri
  • Kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera.

Rawatan Penyakit Denggi

1. Rawatan Demam Denggi Klasikal - Untuk menstabilkan pesakit bergantng kepada keadaan pesakit iaitu :



  • mengurangkan demam (suhu badan)
  • mengelakkan dari pendarahan berlaku
2. Rawatan Demam Denggi Berdarah



  • Minum air yang banyak
  • Jika sawan, demam perlu dikawal denan antipiretik
  • Pantau dari 3 hingga ke hari ke 7
Rawatan demam yang biasa disyorkan doktor selain dari perkara diatas. Doktor juga mensarankan untuk ambil Sup Ketam


Kenapa sup ketam baik untuk penghidap demam denggi




Kajian mendapati ketam mengandungi sejenis protien yang tinggi, ia dapat membantu pembinaan semula platlet darah yang hilang akibat virus denggi. Jika platlet menurun hingga paras minima, ia boleh membawa maut kepada pesakit.

Dengan sup ketam, platlet darah akan naik semula dan dapat menyembuhkan demam denggi dengan cepat. Keberkesanan sup ketam yang dimasak sebagai sup semata-mata betul-betul meberikan kesan yang baik. Satu mangkuk besar sup ketam (500 ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platlet yang mendadak dalam masa yang singkat, iaitu diantara 5 hingga 8 jam sahaja. Dalam masa itu pesakit akan pulih 99.9%. 

Ketam yang terbaik adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna hitam dan oren dibahagian bawah perutnya. Tetapi ketam yang lain pon elok juga.




Tidak perlu beli berkotak-kotak air 100 plus untuk merawat demam denggi. Kerana air isotonik hanya untuk pemberi tenaga. So, sebelum kita dijangkiti demam denggi, baiklah kita mencegah dari terkena dengan menjaga alam persekitaran, buang air bertakung dan lain lain lagi .


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Mashidayu Mohyi (ID 846060) 
Facebook : Mashidayu Mohyi
No Tel : 017 880 5272
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya