Aug 18, 2015

Resepi Puding Gula Hangus Yang Sangat Sedap

Petang-petang macam ni mood terasa nak kongsi dengan semua tentang resipi. Nak kata saya handal bab resepi ni takdela kan, tapi boleh la. Tapi kali ni Ain nak kongsikan resepi pencuci mulut. Dulu, Ain pernah la jugak ambil tempahan pencuci mulut ni dekat tempat kerja lama. Memang diaorang semua bagi 5 bintang la dekat pencuci tangan Ain ni. Resepi dipanggil Puding Gula Hangus atau Puding Karamel. Jadi, Ain nak share dengan semua cara yang sangat 'simple' tidak sampai sejam pun untuk siap.




Bahan-bahan :
  1. Telur ( 8 biji sahaja) - ada orang guna sampai 10 biji
  2. Susu pekat ( hanya tinggalkan suku je dari tin ye )
  3. Tepung custard ( 1 sd besar )
  4. Esen Vanilla (1 sd teh )
  5. Air ( 1 tin susu pekat )
  6. Gula kasar ( 3 sd besar ) 

Cara-caranya :
  1. Mula-mula blendkan kesemua bahan iatu telur, susu pekat, tepung custard, esen vanilla dan air.
  2. Pastikan tempat kukusan anda telah dipanaskan.
  3. Gorengkan gula anda pada loyang dengan saiz yang sesuai sehingga warna keemasan dengan api yang kecil sahaja.
  4. Pindahkan loyang gula yang telah digoreng tadi ke dalam kukusan dan masukkan sekali bahan-bahan yang telah di blend ke dalam loyang tersebut.
  5. Akhir sekali tetapkan masa untuk kukus selama 20 hingga 30 minit.
  6. Puding karamel anda boleh siap dihidang. Jika mahu sedap, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan untuk beberapa minit.

Sangat mudah kan ! Nak beli kat luar mahal sangat. Baik anda buat sendiri dan memang sangat menjimatkan.