Aug 18, 2015

PORT MAKAN : MAGGI KETAM SHAH ALAM, PUAS MAKAN KETAM

Saya memang kaki makan. Kuat makan dan susah nak tolak bila orang pelawa makanan. Dulu masa study di UITM memang geng pon dengan orang kuat makan, tambahan lagi masa tu join Kelab Tarian, so lepas training komfem kitorg akan melepak makan. Yang bestnya, makan tu nak berlawan-lawan pulak. Sapa order paling banyak memang champion lah. hihi

Baru-baru ni viral pulak pasal Mee Ketam Shah Alam. hihi demi untuk makan je, sanggup saya dan tunang gigih mencari bende alah tu. Tengok address pon memang senang jelah. 

Lokasi dekat je dengan Plaza Alam Sentral, kedainya betul-betul berhadapan dengan Plaza Peransang di depan pintu masuk Hotel Quality.

Waktu beroperasi adalah dari 12 tenghari hingga 10 malam


Maggi Ketam

Exited makan maggi ketam

Nasi Goreng Ketam

Nasi Goreng Ketam


Best tau makan dekat sini, kitorang order Nasi Goreng Ketam dan saya order Maggi Kari Ketam. Satu hidangan tu ada 2 biji ketam tau. Memang tak kedekut lah. Harga pon murah je. Takde lah mahal sangat.. Paling best nye kat restoran ni, NASI dan AIR boleh refill. Boleh tambah-tambah. Kalau korang lapar bebetul, boleh la datang sini. Hehe. Set-set yang memang awesome ni pon range harga hanya dari RM 6 ke RM 10 JE! 

Dan istimewa jugak, ada makanan sampingan yang Supeer Duper awesome hehe. Contohnya seperti Sup Tulang Asam Pedas dan lain-lain lagilah! Saya sarankan, anda datang lah kekedai ni. Bawak kawan-kawan dan family. 

Environment yang open, sempoi je kawasannya, 


Ramainya orang



Maggi Kari Ketam

Kalau nak tahu lebih informasi tentang kedai ni, boleh la refer diorang punya Fan Page Naeems Maggi Ketam yew! ;)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Mashidayu Mohyi (ID 846060)
Facebook : Mashidayu Mohyi
No Tel : 017 880 5272
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya