Aug 24, 2015

Kursus Kahwin KL Area

Bukan senang sebenarnya nak menghadapi proses dan prosedur perkahwinan. Jadi, 2 hari lepas, saya dan "kawan" saya berkesempatan untuk menghadiri Kursus Kahwin di Pusat Kursus Kahwin Wanis, Jalan Tunku Abdul Rahman KL (berdekatan dengan Maju Junction, bersebelahan Hotel Lotus). Senang je nak pergi kesana. Banyak parking berbayar disediakan, dan senang juga kalau nak shopping ke Jalan TAR. LRT terdekat adalah di Masjid India atau KTM Bandaraya di sebelah SOGO.

Kursus yang dijalankan selama sehari setengah. Ada juga yang datang sehari then lagi separuh hari diorang buat pada tarikh yang mereka free. So masa untuk korang arrange kan jadual adalah ikut jadual korang sendiri. Jangan nak stress-stress k. Kahwin ni perkara yang elok so, bertenang..

Macam mana nak apply Kursus Kahwin yang mudah ni?

Macam biasalah, sekarang kemudahan dihujung jari. Saya cuma google sahaja Kursus Kahwin Area KL. Sebenarnya saya prefer untuk berkursus di Shah Alam sebab saya menetap disini. Kalau nak kursus Kahwin di Shah Alam, korang boleh pergi ke Masjid Negeri Shah Alam, 
  1. Mula-mula minta borang ni Bangunan MAIP berhadapan Masjid Negeri. 
  2. Bayar RM 120 (standard semua tempat)
  3. Tetapkan tarikh
  4. Dan hadiri kursus kahwin seperti biasa
Ok, yang atas ni prosedur untuk ambil Kursus Kahwin di Masjid Negeri Shah Alam. Untuk yang nak pergi Kursus Kahwin Wanis ni, especially untuk orang KL, boleh la kesini. Ni link dia :


Boleh refer sini tau. Bagi saya kursus kahwini disini memang best.

Best sebab apa tau?

Sebab Ustaz yang memberikan ucapan dan ceramah adalah dari Ustaz yang berpengalaman mengenai masalah-masalah keluarga, Imam-imam masjid terkemuka di Malaysia, dan Hakim mahkamah syariah. Setiap prosedur yang diperlukan untuk memulakan prodesur pekahwinan ini mereka akan jelaskan didalam kursus kahwin tersebut. So kalau korang pergi Inshaaallah apa-apa keraguan dapat diatasi. 

Ditambah lagi, jangan pening dan risau. Makan pagi, tengahari dan petang juga disediakan. So takyah susah-susah nak pergi menapak ke KLCC semata-mata nak makan. hihi gurau jek.

Persediaan sebelum nak pergi Kursus Kawin/Pra Perkahwinan ni?

  • First of all, korang kene sediakan duit RM 120. Dulu RM 80 je. Sekarang dah naik.
  • Fotostat IC korang
  • Pen untuk catat apa yang ustaz cakap (saya memang kaki tulis, kaki conteng)
  • Pasangan tak perlu. Manatau korang saja nak kumpul sijil. hikhik
Bila dah lengkap semua yang perlu dibawa, bolehlah daftarkan diri korang disana. Saya guarantee memang best dan memang tak kering gusi lah. haha Then korang akan dapat satu buku Memasuki Gerbang Perkahwinan. Buku ni untuk reference korang la kalau ada apa-apa yang tak faham di kemudian hari nanti.



Belajar apa di kelas Kursus Kahwin ?

Nama pon dah kursus kahwin kan, macam-macam lah yang akan korang belajar disini. Dari perkara sbeelum kahwin sehinggalah dah kahwin sampailah ke pembubaran perkahwinan.  Ada 6 sesi tau. Korang tak boleh ponteng sebab each session, ustaz akan ambil attandance. So siapa yan tak lengkap sessi tu boleh ambil pada tarikh lain.

Banyak nasihat dan cerita-cerita dari speaker yang boleh korang ambil sebagai pengajaran. 

So, begitulah tempat yang highly recommand untuk pasangan yang baru nak pergi ke Kursus Kahwin. Boleh book cepat-cepat. Jangan risau jangan stress k kalau tak pergi kursus kahwin lagi. xoxo




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Mashidayu Mohyi (ID 846060) 
Facebook : Mashidayu Mohyi
No Tel : 017 880 5272
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya