Jun 1, 2015

Perlawanan Akhir #Iphone6masteria! - Part 2

Mari kita sambung entri dari Perlawanan Akhir #Iphone6masteria! - Part 1 Acara untuk Semi Final diteruskan pada jam 2.30 petang. Masa juga sama ditetapkan 1 jam 30 minit. 9 orang peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan di mana setiap kumpulan ada 3 orang pemain. Ini adalah pusingan kalah mati. Setiap kumpulan harus merebut untuk menjadi 'Master' dan akan melayakkan diri ke pusingan akhir nanti. 

Peserta Semi Final #iphone6masteria!

Peserta habis bermain untuk Semi-Final kira-kira jam 3.30 petang. Sangat cepat dan hebat. Para peserta memang sangat fokus untuk memenangi hadiah utama yang begitu menarik itu. Maka, kita telah mengetahui siapa 3 peserta akhir untuk berentap ke pusingan akhir nanti. 
Top 3 ke Pusingan Akhir
Di atas ialah 3 peserta akhir yang kita perolehi dari Semi-Final. Mereka ialah Puan Hairul Nisah, En Tarmizi dan Wakil kepada Puan Hendrawati iatu Cik Nabila. Perlawanan berehat sebentar dan ada sesi interview daripada 3 orang peserta yang tewas dan 3 peserta akhir #iphone6masteria! Pemain diberikan masa rehat sebelum memulakan perlawanan akhir nanti.

Saat yang ditunggu-tunggu, perlawanan akhir dimulakan pada pukul 4.00 petang. Memang sangat-sangat mendebarkan bila menunggu perlawanan berakhir. 

3 peserta akhir berentap di pusingan akhir

Fuhh.. perlawanan akhirnya tamat pada jam 5.15 petang dengan penuh kontroversi.hehe. Tapi, alhamdulillah kita temui juara dengan 13 downline. Tahniah kepada En Tarmizi kerana menjadi juara #iphone6masteria!

Juara #iphone6masteria!


Acara diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada para peserta. Kita telah dibahagikan kepada 2 kategori iatu Most Viewer's Blog Entri dan pertandingan #iphone6masteria!

Kategori Blog Viewer's Tertinggi






Kategori Perlawanan #iphone6masteria!





Maka, tamatlah sudah acara perlawanan #iphone6masteria! yang sangat-sangat 'awesome'. Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah meluangkan masa untuk menyertai pentandingan ini. Tidak dilupakan juga kepada pihak penganjur yang banyak bertungkus-lumus memastikan perlawanan ini berakhir dengan jayannya. 



Bertemu kita lagi untuk next entri akan datang