Jun 1, 2015

Perlawanan Akhir #Iphone6masteria! - Part 1

Untuk pengetahuan semua, perlawanan akhir #iphone6masteria! telah berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu lepas yang bertempat di Ofis baru YourSupermom Resources di Seksyen 22, Shah Alam. Acara dimulakan dengan sesi pendaftaran pada pukul 9.30 pagi. Semasa pendaftaran mereka juga telah diberikan T-Shirt secara percuma kepada setiap peserta dan perlu memakainya sepanjang perlawanan diadakan.
T-Shirt #masteria diberikan pada peserta
Selesai semua peserta sudah mendaftarkan diri sebagai peserta, Master MKB memulakan 'brieffing' dan peserta mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Selepas itu, saringan pertama #iphone6masteria! ini dimulakan. Pusingan pertama bermula pada pukul 10.00 pagi. Sebelum itu, 16 peserta ini telah dibahagikan kepada 4 kumpulan yang di dalam 1 kumpulan ada 4 pemain. Mereka boleh memilih kumpulan secara random. Masa ditetapkan untuk bermain adalah 1 jam 30 minit. Pusingan pertama telah tamat kira-kira pukul 12.00 tengahari.

Pusingan kedua diteruskan lagi selepas pusingan pertama berakhir. Format yang sama seperti pusingan yang pertama tadi. Pihak penganjur telah membuat saringan pertama ini sebanyak 2 kali pusingan adalah untuk para peserta mengumpul mata bagi merebut 9 kedudukan tertinggi. Pusingan kedua berakhir kira-kira pada jam 1.30 tengahari.

Keputusan bagi kiraan mata untuk 16 peserta adalah seperti di bawah :

Jumlah mata bagi 16 peserta

Jadi, kita sudah mengetahui 9 kedudukan tertinggi yang layak memasuki ke Semi- Final #iphone6masteria! 

Top 9 yang berentap ke Semi-Final



Sudah berakhir bagi saringan pertama untuk pusingan kedua. Keputusan amat sengit kerana para peserta memang begitu hebat. Para peserta dibenarkan rehat dan diberikan makanan tengahari. Untuk 9 peserta Semi-Final mereka akan sambung perlawanan mereka pada jam 2.30 petang. 


Mari kita lihat beberapa foto menarik sepanjang perlawanan diadakan. Anda boleh saksikan gambar yang lain juga di sini 





Mahu tahu apa terjadi seterusnya, boleh baca entri Perlawanan Akhir #Iphone6masteria-Part 2