May 6, 2015

PENGALAMAN JAGA ALONG BERPANTANG (HARI PERTAMA)

Alhamdulillah tanggal 13 April 2015 yang lepas Along (Mami Hadhatina) selamat melahirkan baby girl yang comel sihat. So, dikesempatan ni Min nak share sikit pengalaman Min jaga Along berpantang kat rumah. Perkara paling best buat time jaga Along berpantang ni memasak lah. Macam-macam resepi sihat tapi simple Min dapat tau.





Hari pertama sebelum Along discharge dari Hospital Umra, Min, Cet dengan Mak pergi beli lauk untuk Along. Kitaorg beli ikan pelata, sayur sawi dengan karot. Ha..kalau tak tahu macam mana rupa ikan pelata tu kena lah tanya tokeh kedai sebab ikan pelata ni rupa dia macam ikan kembung...

Untuk makan malam tu masak simple je untuk Along. Ikan pelata tu goreng garam kunyit dengan bawang besar potong bulat-bulat. Sayur tu buat sup sawi dengan karot. Sup sawi ni memang feberet family kitaorg tau..nak masak dia pun senang je. 
Jom min share resepi Sup sawi ni:



Sup sawi dan Karot:

  1. 2 ikat sawi (dipotong dan asingkan batang dan daun)
  2. 1 batang karot (kikis kulit dan potong bulat-bulat)
*karot tu celur dulu bagi dia lembut

Bahan tumis:
  1. Lada hitam stgh sudu kecik (tumbuk kasar)
  2. Bawang merah 2 biji (tumbuk kasar)
  3. Bawang putih 1 biji (tumbuk kasar)
  4. Ikan bilis sikit (tumbuk kasar)
  5. Cili merah 2 biji (potong serong)
  6. Garam
  7. Air kosong
Cara masak:
  1. Panaskan minyak dalam periuk
  2. Masukkan bahan tumbuk dan cili merah
  3. Tunggu garing sikit dan masukkan garam secukup rasa
  4. Masukkan batang sawi dengan karot dan air sedikit
  5. Bila dua-dua dah lembut boleh masukkan daun sawi
  6. Gaul dan tambah air lagi
  7. Biarkan dalam 5-6 minit
  8. Dah siap....

Haa, senang je buat sup sawi ni. Lepas dah siap semua lauk ni masak kitaorg pun bungkus kan dalam mangkuk tingkat tu, ada ikan goreng, sup sawi dan nasi panas...selera Along makan ye :)


Ada tips bila masak untuk orang berpantang ni:
  • kalau nak menggoreng, guna minyak sikit 
  • bahan-bahan tu seeloknya tumbuk kasar atau dihiris 


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Facebook : Min Halim
No Tel : 017 508 3248
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya