May 18, 2015

Resepi Cheesekut Yang Simple dan Sedap

Hi, entri kalini Min nak share resepi buat Cheesekut. Hihi sebenarnye dah lama nak buat tau, siap sembang-sembang dgn opismates cakap nak buat cheesekut.


Akhirnya berjaya gak buat Cheesekut. :)


Hari Sabtu lepas Min kerja, lepas je pukul 5 terus serbu Giant beli lauk dan barang-barang nak buat Cheesekut..kekeke. Cari je kat Giant tu semua hado tauu :p


Ok jom mula resepi cheeskut ni, senang je tayah bakar-bakar dalam oven.


Bahan-bahan cheesekut Min

Okay mari mulakan!!!

Bahan-bahan ni semua senang je, pusing-pusing dalam Giant dah jumpa...
  • Cream Cheese Philadephia
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1 kotak Susu Dutch Lady Full Cream
  • Biskut Coklat Oreo
  • Biskut 4 segi Mini Cracker
  • Tupperware


Biskut Oreo coklat hancur-hancurkan

Biskut Oreo Coklat tu korang buang dia punya krim coklat lepas tu blend sampai hancur-hancur gitu. Kalau malas nak blend ke ape bole je pakai serbuk milo tau.


Cream cheese
Cara nak buat Krim Cheese dia pulak.


  • 1 block Cream Cheese
  • 1/2 tin suss pekat manis
  • 3 sudu besar suss Dutch Lady.

Kasi pukul sebati dengan mixer yer...susu tu 3 sudu je dah cukup tauu..


Cream cheese ciskut

Rendam biskut dalam baki susu Dutch Lady



Ok tu je persediaan bahan-bahan untuk cheesekut ni. Senang je kan...Amik tupperware korg tu, kita nak susun layer by layer...


Mula dari biskut rendam dalam susu. Rendam jap dalam susu tu nanti jadi lembik tak sedap sangat tau..


Dah rendam susun biskut tu dalam tupperware cmni :D



Susun biskut cantik-cantik dalam bekas


Layer dengan cream cheese ikut sukahati tebal korang nak

Tabur pula dengan serbuk biskut Oreo coklat


Dah siap susun, masuk dalam fridge selama 4-5 jam dulu
Haa..kalau serbuk oreo korg tu dah habis boleh je ganti dengan serbuk nestum..

Rangup-rangup gitu tauu...


Nestum pun boleh

Dah siap! Choc Cheesekut versi Min


Bella suka!


Icha bagi thumbs up!
Senang je nak buat, kalau nak buat makan-makan time minum petang ke pun sesuai. Kalau dah pro buat, setengah jam gitu dah siap...tunggu 5 jam dah boleh makan satu family.

Lepas makan cheesekut, jangan lupa telan vitamin Shaklee especially Lecithin, Omega Guard dan B Complex; supaya lebihan gula yang yang badan kita belum nak guna tidak tersimpan dalam badan menjadi toksin dan lemak.

Selamat mencuba! Terima kasih kerana membaca entri ni ye! :)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya